Showing posts with label sb. Show all posts
Showing posts with label sb. Show all posts

Wednesday, 5 February 2014

Kes SB Ditembak - Rakan Setugas Ditahan

Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes anggota cawangan khas yang maut ditembak di Bukit Persekutuan semalam.

Anggota berkenaan yang juga merupakan rakan setugas mangsa ditahan pada jam 7 malam semalam di Balai Polis Cawangan Travers.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, rakan setugas mangsa itu akan direman hari ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

“Positif atau negatif dia (rakan) terlibat akan diberitahu kemudian, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti. Suspek kini akan direman selama tujuh hari bermula hari ini,

“Pistol dan beberapa dokumen lain milik anggota berkenaan turut dirampas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan papan kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati hari ini.

Dalam kejadian semalam, anggota Cawangan Khas terbabit ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.

Difahamkan, kejadian itu disedari oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan yang kemudian melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut kira-kira jam 4.30 petang. – MyNewsHub

Saturday, 5 January 2013

KESIAN KEPADA ARWAH SB INI ????


Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar masuk PAS tempoh hari.


Dia telah berceramah di Muktaar PAS dan mengaku dia bekerja sebagai polis selama 35 tahun dan 35 tahun sebagai SB. Dia meminta maaf dan konon mendedahkan SB melakukan kerja-kerja kotor dalam menjalankan tugas memantau keselamatan dalam sektor politik.

Dengar lah ceramahnya baru-baru ini.

SETERUSNYA BACA [SINI]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive