Tuesday 9 September 2014

Pas Tak Sanggup Lagi Jadi Tukang Cuci Kekotoran Anwar???

Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik secara keras membidas semula kenyataan yang dibuat oleh PKR dan sekutunya dalam Pas dan menyenaraikan lapan kekesalan rakyat dan penyokong Pas terhadap parti itu dalam kemelut tersebut.

"Selama Pas berada didalam pakatan rakyat Pas terpaksa mencuci segala kekotoran yang dibuat oleh Anwar Ibrahim demi untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada PR.

"PKR sengaja mempermainkan mandat rakyat dengan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tanpa sebab bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kawasan berkenaan.

"Kami kesal dengan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang mengatakan `Langkah Kajang' tiada kaitan dengan pertukaran Menteri Besar tetapi berlaku sebaliknya dan tindakan PKR mencipta projek `Langkah Kajang' tanpa persetujuan Pas serta komponen pakatan pembangkang," katanya menerusi status Facebook beliau hari ini.

Mokhtar berkata, rakyat dan penyokong Pas juga kecewa terhadap penipuan Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyebut mereka sudah berbincang dengan Abdul Hadi di Terengganu tentang nama calon Menteri Besar Selangor tetapi sebenarnya memaksa Presiden Pas itu menandatangani surat sokongan kepada satu nama sahaja iaitu Wan Azizah sedangkan mereka tidak pernah berbincang dengan Presiden Pas.

Dakwanya, perkara lain yang dikesalkan adalah penipuan PKR yang menyebut bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengkhianati wang rakyat tetapi sehingga kini gagal membuktikan fitnah tersebut.

"Kami juga kesal dengan PKR apabila masih gagal menyatakan bukti penafian terhadap 'Dokumen Langkah Kajang' yang tersebar sebelum ini yang dianggap mengkhianati Pas. Hari ini sudah masuk hari ke-19 dokumen tersebut tersebar,'' ujarnya.

Tambah beliau, sikap 'lidah bercabang' Anwar dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa Pas berkehendakkan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri sedangkan mereka terlebih dahulu berjumpa Ahli Parlimen Gua Musang itu tetapi gagal juga dikesali oleh penyokong Pas.

Selain itu katanya, mereka kesal dengan sikap PKR tidak menghormati konsensus pakatan pembangkang yang bersetuju menjunjung institusi beraja berikutan masih berdegil mengikuti arahan istana Selangor dalam isu penggantian Menteri Besar.

Oleh itu jalan mudah untuk menyelesaikan masalah menteri besar yang dibuat oleh Anwar Ibrahim ialah jika Sultan pilih MB dikalangan Yb Pas, maka PKR dan DAP dengan semangat setiakawan yang duk sebut-sebut sangat sebelum ini perlu sokong sepenuhnya.

"Jika sekiranya sultan memilih YB daripada PKR rasanya PAS tidak jadi masalah untuk menyokong tapi yang bermasalah sekarang jika sultan memilih YB Pas menjadi MB", kata Mokhtar lagi.

Sumber

PT
Setelah sekian lama bergelumang  dengan kekotoran Anwar baru sekarang Pas tersedar??? Takkanlah berpuluh ulamak kelas dunia dalam Pas seirabgbpun tak kenal siapa Bang Non???

3 comments:

  1. Bersekongkol dgn setan, pastu puas la cari dalil nak cover tindak tanduk setan setan tu. Tak ke setan tu hanya berkawan dgn setan juga. Setan setan yg mmg dikenali.

    ReplyDelete
  2. Politik semata2 puok2 ulamak pas???

    ReplyDelete
  3. Ramai yg terpedaya dengan PKR, samalah ramai melayu dah tertipu. Biarlah ...PAS pun dah tempuh pengalaman nya sehingga perjuangan PAS yg dulu telah di kotori oleh puak2 liberal yg menyusup masuk kedalam PAS dn memegang jawatan yg tinggi dalam parti. Mungkin hikmah ini adalah untuk PAS dapat menapis kembali dan buang kotoran itu supaya keluar dari parti. Kita sesama melayu islam berpegang lah dengan tali Allah, sesungguhnya kita bersaudara...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive