Sunday 17 August 2014

Terkini!!! TS Khalid Ternganga, Pas Tekan Brake Tengah Jalan???

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda tentang langkah seterusnya untuk diambil berikutan keputusan terbaru PAS hari ini.

Beliau berkata menerima dengan hati terbuka keputusan PAS Pusat berkenaan status menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang dibuat melalui mesyuarat selama 90 minit pagi ini.

"Dengan perkembangan terbaru ini, saya akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

"Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli Exco daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada mesyuaratnya pagi ini, PAS memutuskan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid. Parti Islam itu juga turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini, menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membaca kenyataan yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Sumber

PT

Memang sudah dijangka Pas tidak akan menyokong TS Khalid Ibrahim. Siapa tak kenal parti Pas..parti yang yang hanya reti mengikut apa saja arahan dalam pakatan. Parti yang tiada prinsip...

7 comments:

  1. Mmg PAS x konsisten...dulu Aljuburi skrg Alwangi. Mcm ni nak memperjuangkan Islam dan melayu?..hancus

    ReplyDelete
  2. PAS Parti aper pulok? Kesian ahli Jemaah PAS? Ini kah Islam yg diagung-agungkan oleh pemimpin dan ahli2 PAS?

    Nak tegak kan Islam atau Duit semata2 - akhirnya PAS pon sama keduniaan dan Keduitan kebendaan

    ReplyDelete
  3. Kita jangan kata PAS tidak mempunyai prinsip sebab prinsip parti itu sekarang adalah hanya akur dengan apa sahaja kata Anuar dan DAP. Itu juga dikatakan berprinsip.!! Tahniah

    ReplyDelete
  4. PAS..alhamdullillah..bijak memilih jalan...TGNA dgn TGHH apa dah jadi...

    ReplyDelete
  5. Aku dah kata PAS mana boleh nyanggah bang non, mcm mcm jawatan ngan gaji puluh puluh ribu, mana boleh tinggal.

    ReplyDelete
  6. Minta maaf bro! Ikut undang2 Tubuh, DYMM perlu diberi pilihan dulu untuk bubarkan DUN atau tidak, jika tidak barulah TSKI dikehendaki meletakkan jawatannya. Tuanku titah dah tunggu hingga dia balik pada 27 Ogos. TSKI kenalah tunggu dulu. Yaang lain tunggulah juga. Bukan begitu? Sementara tu duduk diam2 dan jangan meroyan.

    ReplyDelete
  7. Yang bengong dan bangang ialah parti pas..yg tiada pendirian. .takkanlah tok2 lebai dan ulama pas jadi pak anggup juga kpd bang non???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive