Tuesday, 26 February 2013

Manifesto PR : Lama Pun Tak Tertunai ! Janji Yang Baru Pula !





Jika perkara-perkara yang tertulis di dalam senarai di bawah sememangnya dilaksanakan oleh Pakatan Pembangkang, ianya memang memberi kebaikan kepada rakyat. Tetapi, sudah terbukti apa yang dikatakan manifesto oleh Pakatan Pembangkang sebelum ini tidak berjaya mereka tunaikan.

1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.
2-Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
3-Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
4- Membina 5 universiti dan 25 sekolah vokasional
5- Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 berbanding RM250,000 sekarang.
6- Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.
7- Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.
8- Memberi permit terus kepada pemandu teksi
9- Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.
10- Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.


Manifesto yang lama pun masih belum terlaksana, bagaimana pula rakyat mahu mempercayai mereka sekali lagi? Sedangkan yang lama pun masih tidak berjaya meyakinkan rakyat untuk memilih mereka, bagaimana pula dengan yang baru ini?

Manifesto bukan janji katanya. Kalau bukan janji, apa pula maksudnya dengan senarai panjang yang tertulis perkara-perkara seperti di atas? Adakah itu sekadar cakap-cakap kosong sahaja seperti manifesto yang sebelum ini?


Perlukah lagi rakyat membiarkan diri mereka diperbodohkan oleh sebuah parti yang hanya pandai berjanji tetapi tidak tahu untuk menunaikan janji-janji tersebut? Jangan tepuk dada tanya hati tetapi duduk dan renungkanlah sedalamnya apa yang telah diperolehi daripada manifesto yang dikatakan bukan janji itu. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive