Friday, 22 February 2013

ISU LAHAD DATU - SIAPA DALANG SEBENAR PENCEROBOHAN ???

PELIK juga seorang "conman" yang selalu berlegar-legar di kawasan kampung Air Kota Kinabalu, tiba-tiba mengubah penampilan. Dia tidak lagi berpakaian biasa, akan tetapi berpakaian berjenama dan sudah menggunakan jam rolex.
Jika sebelumnya, hanya minum kopi di kedai berdepan dengan mahkamah Kota Kinabalu, kini sudah lepak di Hyatt dan sudah mempunyai kereta mewah siap dengan pemandunya sekali.

Suatu masa lalu, conman inilah yang berlegar-legar menawarkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan pemimpin kerajaan terutama Perdana Menteri yang juga menteri kewangan, agar melepaskan kiriman RM3 bilion kepada Anwar yang kononnya daripada Pewaris Sultan Sulu- Sultan Jamalul Kiram. Sultan Jamalul Kiram dikatakan mempunyai simpanan US137 bilion di sebuah bank di New York Amerika.

Menurut sumber, Anwar dikatakan berjumpa secara rahsia dengan wakil kumpulan itu seminggu sebelum kejadian pencerobohan di Kg Tanduo Lahad Datu melalui perantaran conman ini. Sejauh mana kebenaran desas desus ini? tiada yang boleh mengsahkannya, namun jika dilihat daripada penampilan conman itu, sudah tentu dia menerima habuan wang yang banyak, jika tidak mana mungkin penampilan dan keadaannya tiba-tiba berubah, bagaikan seorang jutawan.

Kononnya untuk menyelesaikan pencerobohan ini, salah satunya agar wang RM3 bilion untuk Anwar itu dibenarkan untuk dicairkan.


Anwar merelukan kewangan itu untuk tujuan berhadapan dengan PRU-13.

Hubungan Anwar dengan pemberontak Islam di Selatan Filipina bermula sejak beliau bersama ABIM lagi, dan kemudian diteruskan selama beliau dalam kerajaan termasuk semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sebelum ini pihak polis ada memberi kenyataan bahawa salah satu syarat bagi penceroboh itu meninggalkan kawasan yang diduduki dan ingin berjumpa personaliti berprofile tinggi di negara ini. Juga berkaitan dengan isu sama, Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi ada membuat kenyataan, bahawa pencerobohan di Lahad Datu itu didalangi oleh pihak tertentu dalam negara.

Apa kah pihak kerajaan mempunyai maklumat bahawa dalang itu adalah Anwar? Jika ia, sungguh malang, kerana demi tujuan mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri, maka sanggup menggadai keselamatan negara.

Demi gimik kepada pencerobohan itu, maka penceroboh itu meminta agar kumpulan mereka diiktiraf sebagai Tentera Sulu yang sah dan setiap warga sulu yang di negeri Sabah supaya jangan dihantar semula ke negara asal (ada kaitan dengan RCI pendatang Sabah yang sedang berjalan). - Sumber

2 comments:

  1. gempur penceroboh dulu lepas tu gempur anwar ............inilah bakal pm selipar jamban yang orang sabah nak

    ReplyDelete
  2. Kisah Sebenar Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah Dan Waris Sultan Sulu Filipina | Sunguh kecewa melihatkan perkembangan pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh (waris Sultan Sulu) ini. Terus-terang kami katakan askar kita tiada masalah. Mereka menjalankan tugas dengan sebaiknya atas arahan.

    Cuma…..kami bermasalah dengan Menteri Dalam Negeri ketika ini yang boleh kami katakan sangat lemah….Mengapa?

    Datuk Seri Najib Razak, terus-terang kami katakan sepupu Datuk Seri sangat-sangat lemah. Ada lebih ramai lagi pemimpin yang lebih layak menggalas Kementerian ini, mengapa beliau yang dipilihnya? Kami agak musykil sebenarnya pemimpin yang sebegini boleh dipertanggungjawab menjaga satu kementerian yang cukup penting.

    Sekarang ini beliau telah berikan “baton” pula kepada Wisma Putra untuk menyelesaikannya isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini. Jadi apa peranan beliau jadi Menteri Dalam Negeri?

    Berita terkini pencerobohan Lahad Datu Sabah….

    Pencerobohan Lahad Datu Sabah : KDN serah kepada Wisma Putra Lanjut Tempoh Pengusiran

    "KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah.

    Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bagaimanapun berharap jika permohonan terbabit dipersetujui, tempoh lanjutan itu tidak terlalu lama kerana pihaknya tidak akan berkompromi dengan anasir yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

    Pihak berkuasa negara sedang memujuk kumpulan itu supaya segera meninggalkan Sabah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya. SUMBER : BERNAMA"

    Dalam keadaan pencerobohan Lahad Datu Sabah genting sebegini, masih lagi mahu runding lagi? Boleh pula minta tangguh dan biarkan askar penceroboh Lahad Datu Sabah ini begitu sahaja.

    Ada penceroboh bersenjata ceroboh rumah kita, nak ambil “harta” kita. Dalam hal sebegini, “kill or be killed”. Pilih yang mana satu?

    Mengapa apabila dengan rakyat sendiri seperti apa yang berlaku di terhadap kes Memali contohnya semudah itu mereka ditembak mati? Tidak pula untuk kali ini? Mengapa tidak bertindak tegas untuk kes yang terang-terang telah menceroboh kedaulatan dan keamanan negara?


    Read more: http://beritamy.blogspot.com/2013/03/kisah-sebenar-isu-pencerobohan-lahad.html#ixzz2MU0GG5vo - See more at: http://beritamy.blogspot.com/2013/03/kisah-sebenar-isu-pencerobohan-lahad.html#axzz2MTyulVJG

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive