Friday 13 July 2012

SAYA NAK TIDUR DAN TIADA KAITAN DENGAN OREN - PAK LAH


Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' esok.

Sehubungan itu, Abdullah kesal dengan tindakan kumpulan itu yang menggunakan gambar beliau pada poster mereka, lapor Bernama.

"Mereka tidak patut menggunakan nama atau gambar saya untuk apa jua matlamat mereka," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui pegawai khasnya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada poster Himpunan Oren.

Bernama juga melaporkan Tengku Razaleigh bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.

Sebelum ini, NGO Gerakan Selamat Felda (GSF) menjelaskan bahawa mereka tidak mengeluarkan poster 'Himpunan Oren' yang memaparkan wajah kedua-dua tokoh pemimpin Umno itu.

Bagaimanapun, koordinatornya Mazlan Aliman mengakui pihaknya telah menjemput Abdullah dan Tengku Razaleigh menyertai perhimpunan itu, tetapi tiada sebarang maklum balas. -Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive