Sunday 22 July 2012

PATUTLA NAK JADI CALON PRU13 RUPANYA ??




ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam.

“Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara. - sH


4 comments:

  1. bagus la tu Bob...dapatlah imbuhan bulan2...dpt jadi yb lagi...

    ReplyDelete
  2. Pelawak dalam loghat kelantan maknanya PENIPU.....sesuai la tu

    ReplyDelete
  3. Pelawak.....dalam loghat kelantan maknanya PENIPU...dah betul la tu

    ReplyDelete
  4. Pelawok kdg2 kecek belawok...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive