Friday 13 July 2012

KIAMAT AKAN BERLAKU DALAM WAKTU TERDEKAT - MUHDALINA



KLANG - Tiga hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.

Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan berpindah ke Balakong.

"Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajahnya ketika itu juga sangat serius," katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.

Menurutnya, Muhdalina juga memberitahu dia dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.

"Dia juga menyatakan pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya," katanya.

Sumber itu berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apa yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong kerana wanita itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di sini.

"Jawapan dia mudah saja, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang nasib dua anaknya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu kerana melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa," katanya.

Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh seperti itu.

"Setelah dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian amuk di Putrajaya, Isnin lalu, barulah saya faham 'perkara penting' yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu," katanya.

Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam. - sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive