Friday 27 September 2013

Bini Mat Yo Mohon Maaf!!! Tapi Bukan Kepada Pak Guard Yang Dulu Ditendang Kini Disayang


Insiden Shahrul Aishah, bini Mat Yo atau Nor Shahrul Idlan Talaha maki seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) menjadi topik hangat pengguna internet. Setakat ini belum reda.


Ramai yang mengutuk Shahrul Aishah sehingga ada yang mengambil insiatif membuka akaun Facebook “Kami Benci Bini Mat Yo” sebagai bantahan atas perbuatan melampau perempuan tersebut. Page tersebut sehingga kini mendapat 58 558 like.

Isteri Mat Yo mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.Beliau berkata "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

Saya percaya kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku".

Tu la pasainya bila perasaan ego menguasai diri , suka memandang orang sebelah mata maka terimalah akibatnya dari perbuatan kamu itu.

Tu pun mujur sedar akan kesilapan bila dicemuh oleh orang ramai, jika tidak pasti ego bertingkat tingkat.


Bini Mat Yo lupa barangkali... agama memang melarang umat menghina sesama insan hatta walau pada seekor kucing kurap sekali pun kita ditegah menyakitinya, inikan pula sesama manusia.Jadi perbuatan yang dilakukan oleh bini Mat Yo patut dicemuh oleh orang ramai ,baru jumpa akal baru nak mintak maaf...

Tatapi tak perlu la mintak maaf pada semua rakyat Malaysia , cukup la sekadar pergi mintak maaf dekat " pakcik Guard" tutup cerita.

Pakcik tu yang kena tendang dan sakitikan hatinya dengan sumpah seranah dari mulut longkang mu itu ,maka pergi la mintak ampun padanya sebelum terlambat.

28juta rakyat Malaysia tak ada kena mengena dan tak perlu mohon maaf,. lain kali jaga diri serta tingkah laku , jangan biadap dengan orang tua serta undang undang.



Sementara itu Siti Aisya menyifatkan kebenaran mengenai isu yang berlaku ini akan terbongkar dan meminta umum jangan terus menghukum dan mencemuh suaminya dengan hanya menonton rakaman video yang tersebar itu tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya

Mengenai rakaman video yang mendapat kecaman ramai itu, Siti Aisya menjelaskan bukan dia yang memuat naik di internet seperti yang di dakwa oleh sesetengah pihak

Mengulas lanjut tentang video terbabit, Siti Aisya turut memaklumkan hanya dua individu memiliki rakaman terbabit namun beliau enggan mendedahkan siapa dua individu tersebut, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis

Tambah laporan lagi, ekoran penyebaran video berkenaan, Siti Aisya menghadapi tekanan apabila ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku

Beliau turut menafikan tuduhan masyarakat yang tindakannya itu memalukan suami malah dirinya bukan seorang yang biadap dan menegaskan kejadian itu berlaku apabila individu lain membuat dirinya terasa tercabar sehingga menimbulkan kemarahannya.


Bini Mat Yo juga tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar

Ada laporan menyebut isteri Mat Yo akan mengambil tindakan saman terhadap pengawal tersebut. Kenapa agaknya? Adakah dia ingin menambah lagi kemarahan orang ramai terhadapnya yang sepatutnya diselesaikan dengan cara lebih baik. Adakah ini juga ego orang berduit?



3 comments:

  1. Sebenarnya ini adalah kelemahan Mat Yo takut kat bini tak tau nak mendidik bini agar menjadi isteri tg solehah.

    ReplyDelete
  2. Minta maaf pun.. nasi dah jadi bubur.... siapa nak maafkan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive