Friday, 2 November 2012

KES TEMBAK POLIS - PENJENAYAH TAK TAKUT KEPADA SESIAPA TERMASUK NIK AZIZ


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kecewa sikap penjenayah yang semakin berani bertindak sesuka hati sehingga hampir meragut nyawa anggota keselamatan.

“Penjenayah sekarang usahkan agama mereka tidak takut, polis pun mereka tidak hormat sedangkan ini adalah anggota keselamatan. Sekarang ini siapa sahaja yang ganggu kerja mereka akan ditembak," kata Nik Aziz ketika melawat anggota polis, Mat Raduan Mat Hassan, 50, yang mengalami kecederaan teruk di bahagian lengan kanan apabila ditembak oleh penjenayah di simpang tiga, Kemuning, Machang, semalam.

Mat Raduan yang berasal dari Kampung Permatang Pasir, Gunong, Bachok itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II pada jam 10.45 pagi apabila peluru yang terkena pada badannya turut menembusi tulang rusuk.

Isteri mangsa, Naziah Yusof, 48, berkata, suaminya yang berkhidmat di cawangan kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Machang itu memulakan tugas pada jam 12 malam kelmarin dan berakhir pada jam 8 pagi semalam.

“Bagaimanapun pagi ini saya dikejutkan dengan berita yang mengatakan suami cedera semasa bertugas dan mendapat tahu tentang perkara ini daripada ibu saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HRPZ II.

Menurut ibu kepada tiga orang anak yang berusia 25 hingga 21 tahun itu, ia merupakan kejadian pertama berlaku sepanjang 29 tahun suaminya bertugas sebagai anggota polis.
Sumber : sinarharian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive