Friday, 16 November 2012

BETULKAH KETUA SAINTIS ISLAM FAKTOR KEMENANGAN OBAMA ???


Saya tidak mengikuti sangat perkembangan pilihanraya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini. Tetapi apabila rakan saya yang bukan Melayu mengatakan bahawa antara faktor kemenangan Obama ialah Obama menguasai kempen di internet dengan
twitter, e-mail dan sebagainya, saya pun tertarik, kerana takkan tak cukup dengan kempen di TV, kerana dia seorang Presiden sebelum ini.

Faktor kedua kemenangan Obama menurut rakan saya lagi ialah pesaingnya iaitu Mitt Romney melakukan serangan peribadi terhadap Obama, sedangkan Obama sepanjang kempennya hanya menjelaskan dasar-dasar yang akan dilakukannya sekiranya diberi
mandat sekali lagi untuk menerajui negara. Motto kempennya ialah bukan memberitahu rakyat jasa-jasa beliau sebelum ini , tapi memberitahu rakyat bahawa masih banyak lagi kerja untuk dilakukan untuk masa depan negara iaitu “We've Got More Work To Do”.

Saya pun carilah dalam internet siapa yang mengetuai atau merupakan “master mind” kempen Obama. Rupa-rupanya Obama telah melantik seorang Islam untuk menjadi Ketua Saintis dalam jentera kempen beliau. Ketua Saintis Islam ini berumur
awal 30an, mendapat pendidikan awal di negara asal beliau di Asia berhampiran Malaysia, mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Tertinggi dalam Matematik dan Sains Komputer serta Ijazah Sarjana dalam Penerokaan Ilmu dan Pengkajian Data (Knowledge Discovery and Data Mining) dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat.

Ketua Saintis Islam ini telah melakukan banyak kajian, banyak maklum balas, banyak dapatan, menggunakan kaedah saintifik dan sebagainya untuk mengolah dan membentuk keseluruhan jentera kempen Obama, seolah-olah macam siri TV Numbers.
Dari olah data dan nombor banyak kes jenayah dapat diselesaikan dalam siri TV Numbers.

Beberapa minit selepas kemenangan Obama,Obama telah tweet kepada peminatnya dengan gambar beliau memeluk isteri kesayangan beliau Michelle. Tweet Obama ini mendapat respon yang begitu banyak sehingga memecah rekod dunia serta mengalahkan tweet beberapa selebriti terkenal antaranya Justin Bieber.

Tidak sampai seminggu kemenangan Obama, Ketua Pengarah CIA telah meletakkan jawatan, seorang Ketua Pengarah CIA yang sebelum ini mengetuai tentera Amerika Syarikat yang melakukan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Adakah perletakan
Ketua Pengarah CIA yang tidak pernah berlaku sebelum ini ada kaitan dengan kemenangan Obama? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Jadi kepada pemimpin politik di Malaysia, contohilah Obama, yang sepanjang kempen tidak melakukan serangan peribadi, tidak mengingatkan rakyat agar mengenang jasa-jasa mereka sebelum ini, sebaliknya mengajak rakyat bersama memacu negara
dengan perasaan kasih sayang terutamanya dengan keluarga sendiri, isteri sendiri serta menerangkan secara terperinci dasar-dasar mereka. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive