Wednesday, 21 November 2012

BETULKAH MAYAT PERISIK ISRAEL YANG DIBUNUH DAN DISERET OLEH PEJUANG HAMAS ???


Dalam suasana yang amat tegang, dalam suasana Palestin diserang tanpa henti, dalam suasana anak-anak kecil mati terkena bom, kini muncul imej yang agak sadis, mayat yang dikatakan perisik Israel dibunuh dan diseret untuk tontonan awam.

Tidak perlu dinafikan seluruh dunia mengutuk keras kekejaman israel bila mereka seperti orang gila menyerang Palestine tanpa henti dan tanpa peri kemanusiaan. MI sendiri mengutuk kekejaman israel.

Apabila tindakan pejuang Hamas dipertontonkan begini, timbul banyak persoalan dan sememangnya akan wujud pro dan kontra. Ada yang gembira seolah dendam berbalas. Ada yang kecewa seolah perangai orang Islam sama dengan perangai zionis laknatullah. Seterusnya sila tekan.


Tapi mengikut sumber Hamaslah yang menjadi punca penghalang kedamaian Palestin yang diterajui Fatah. Mereka Hamas pernah direkodkan bergaduh dengan parti pesaing mereka Fatah sehingga sanggup memburu anggota Fatah pimpinan Yaseer Arafat waktu itu hingga ke katil hospital dan menembak mati musuh mereka anggota Fatah tersebut.


PERHATIKAN KAMERA YANG BERLUMURAN DARAH INI DIPERCAYAI MILIK WARGA PALESTINE YANG DITUDUH PERISIK ISRAEL OLEH HAMAS.

Menurut berita sumber luar negara mereka kemudian mendapati bahawa mangsa adalah seorang wartawan setelah ditemukan peralatan media yg digunakannya.

Ianya adalah kamera seorang penduduk palestin yang ditangkap Hamas semalam kemudiannya diseret sepanjang jalan Gaza lalu dibunuh kononnya dia mangsa seorang perisik yahudi. Kemudian baru mereka temui pelbagai kelengkapan media yang menunjukan beliau mangsa adalah wartawan.

BACA DI SINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive