Friday, 2 November 2012

KENAPA OSTAD BADROL '3 PAGI' DI MAJLIS AL-ARQAM DI RAWANG ???



SHAH ALAM- Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr. Badrulamin Baharon menafikan beliau seorang ahli jemaah Al-Ikhwan, sebaliknya hanya menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atas jemputan yang disampaikan melalui risalah.

Menurutnya, beliau pergi ke majlis malam tadi bukan atas jemputan rasmi tetapi kehendak dirinya sendiri dan ingin membawa isteri dan anak-anaknya melihat persembahan nasyid yang diadakan.

“Saya tidak nafikan tiada jemputan rasmi tetapi melalui risalah yang diberi ketika saya membeli-belah di kawasan Global Ikhwan Sdn Bhd, hanya ke sana untuk mebawa anak-anak saya yang menggemari nasyid dan sekadar makan-makan, itu saja,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Badrulamin ditahan dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas satu acara dianjurkan bekas pengikut Al-Arqam di Rawang.

Laporan akhbar mendakwa Badrulamin merupakan tetamu khas majlis sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari.

“Apa salahnya jika saya memberi sokongan dalam majlis yang berbentuk dakwah itu, saya sendiri terpinga-pinga, belum sempat minum sudah ditahan Jais.

“Kalau benar mereka bersalah, tangkap saja ahli jawatankuasa penganjur majlis, jangan tangkap tetamu seperti saya, saya tidak salah, malah saya tidak ada kaitan sama sekali dan tiada kepentingan apa-apa dalam Al-Ikhwan,” tegasnya.

Menurutnya, beliau tertarik untuk menghadiri majlis itu atas rasa kagum dengan kegiatan ekonomi Global Ikhwan yang berkembang maju, malah dirinya sendiri serta keluarga selalu membeli-belah di sana.

“Saya suka membeli-belah dengan syarikat itu kerana mereka menyediakan segala kelengkapan bagi umat Islam, malah makanan yang dijual turut terjamin dari segi halal, sebab itu saya selalu pergi ke sana,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah akhbar hari ini yang mengatakan dirinya ahli pertubuhan itu.

“Sejak bila pula saya ahli dalam Al-Ikhwan? Saya penat nak jawab, saya tidak ada kena-mengena langsung,” tegasnya.

Golongan pengikut Al-Arqam membangunkan entiti korporat kumpulan Global Ikhwan bagi mempertahankan empayar perniagaan Ashaari, selepas pergerakan itu diharamkan pada 1994.

Syarikat tersebut diasaskan pada 2009 selepas pihak berkuasa mengenakan tekanan ke atas Rufaqa Corporation Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh kumpulan sama pada 2006.

PT

Badrul Amin..dah tahu benda tu salah pergi nak buat apa..kan dah kena..suka sangat..buat benda bodoh supaya orang simpati dengan dia..untuk..mendapat sokogan..dalam PRU akan datang, lepas tu salahkan UMNO...diri sendiri yang bebal tak sedar diri. Dari maklumat mengatakan yang Badlol ni adalah penyokong kuat abuya al-arqam dan menatakan Kerajaan berlaku kejam pada kumpulan al-arqam. Mungkin juga Badlol cuba cari calon isteri dari balu-balu si abuya....Pelik dengan ostad badlol nih ????


1 comment:

  1. Wahai hamba allah, janganlah kamu suka menuduh tanpa bukti, jikalau benarpun doakn spy dapat hidayah, saya doakan anda dpt ptnjuk Illahi agar kembali ke jln islam yg sbnr, berakhlak dgn akhlk yg baik dan bertutur dgn prkara yg mhmudah. amin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive