Wednesday, 28 November 2012

ANTARA DUA MASA DEPAN - UCAPAN DASAR KHAIRY JAMALUDDIN @ PAU 2012


Hamzah Fansuri pernah bergurindam, kepada orang muda ditinggalkan pesan: 

“Wahai muda kenali diri mu 
Ia lah perahu tamsil tubuh mu 
Tiada lah berapa lama hidup mu 
Ke akhirat jua kekal diam mu 

Hai muda arif budiman 
Hasilkan kemudi dengan pedoman 
Alat perahu mu jua kerjakan 
Itu lah jalan membetuli insan” 

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi menggegarkan Dewan Tun Dr Ismail, PWTC dengan, memberikan ucapan yang berisi dan mencerminkan harapan orang muda hari ini.

Khairy juga bercakap tentang retorik pakatan haram pembangkang, mengingatkan kita kepada kepincangan dan dongengan mereka.

Kupasan tentang ketidakefesienan kerajaan yang dipimpin oleh pakatan pembangkang itu perlu kita amati dan fahami kerana kita bakal berdepan dengan PRU yang bakal menentukan masa depan bangsa, agama dan negara.

Kerapuhan ikatan sesama parti pembangkang menjadi lebih nyata dengan pertelagahan calon PM untuk mereka.


Di antaranya ialah inisiatif terbaru Pemuda UMNO bernama Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang bakal membantu ribuan orang muda.

Satu lagi ialah saranan Pemuda UMNO agar kerajaan mempergiatkan lagi usaha mencari Asnaf dengan bantuan zakat. Dengan cari itu, saudara-saudara Islam tidak didekati oleh anasir-anasir yang boleh memurtadkan mereka. 

Di antaranya ialah inisiatif terbaru Pemuda UMNO bernama Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang bakal membantu ribuan orang muda.

Satu lagi ialah saranan Pemuda UMNO agar kerajaan mempergiatkan lagi usaha mencari Asnaf dengan bantuan zakat. Dengan cari itu, saudara-saudara Islam tidak didekati oleh anasir-anasir yang boleh memurtadkan mereka.

Malah, sudah banyak propaganda pembangkang yang cuba mengaburi mata rakyat.

Bagaimana pun, orang yang berilmu dan berfikir, tidak mungkin akan percaya dengan propaganda pembangkang itu. Malah, modus operandi mereka memburuk-burukkan sistem pilihanraya dilihat sebagai persediaan untuk memporak-perandakan negara dengan membawa undang-undang ke jalanan.

Propaganda mereka sudah ditanam dan disuburkan sehingga ke hari ini, persis tektik yang dicipta oleh pihak Nazi Hitler.-Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive