Saturday, 17 March 2012

SKANDAL LEMBU!!! SEDIKIT INFO DARI KAK IJAT????



1. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki serta dikendalikan National Feedlot Corporation Sdn Bhd, yang diberi status Projek Berimpak Tinggi telah menyasarkan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

2. Projek ini dilancarkan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kenaikan harga barang makanan yang ditanggung rakyat kesan daripada ketidakstabilan ekonomi global.

3. Sasaran yang ditetapkan oleh Pusat Feedlot Kebangsaan di tanah kerajaan seluas 5,000 ekar di Gemas, Negeri Sembilan sebagai projek Lembah Daging Negara adalah seperti berikut;

Sasaran pengeluaran lembu pada 2015 = 60,000 ekor
Sasaran pengeluaran lembu setiap tahun bermula 2008 = 8,000 ekor
Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran = 350 ekor sehari

4. Maklumat awal yang diperolehi menjelaskan National Feedlot Corporation Sdn Bhd setakat ini hanya mencapai sasaran seperti berikut:

Jumlah pengeluaran lembu setakat tahun 2010 = kurang 3,500 ekor setahun

Anggaran purata lembu disembelih setiap hari = 10 ekor
Pasaran daging lembu hanyalah di Hypermarket dalam negara
Anggaran purata daging lembu dikeluarkan sehari = 1,500 kg
Anggaran pengeluaran daging lembu setahun = 41.1%

5. Selain aktiviti pengeluaran lembu, National Feedlot Corporation juga dilantik kerajaan untuk melakukan perkara berikut TETAPI masih belum dilaksanakan:

Membangunkan 130 penternak kecil dengan konsep "penternakan satelit" untuk menggandakan pengeluaran lembu
Membangunkan pengeluaran makanan lembu berkualiti
Membangunkan pengeluaran baja melalui operasi penternakan lembu


Pada tahun 2007, kerajaan di bawah Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi (kanan) meluluskan pinjaman RM250 juta dengan kadar faedah dua peratus kepada NFC untuk memajukan industri ternakan lembu daging tempatan. 

Nampaknya, bukan Shahrizat saja yang kena jawab perihal lembunya malah mantan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani pada 2008 juga perlu sama menjelaskan bagaimana projek NFC ini boleh dikurniakan kepada keluarga Menteri Kabinet. Bab kegagalan projek bolehlah bagi pelbagai alasan, tapi bab nepotisme ni payah la sikit. 

Keadaan yang semakin menekan Sharizat ini seolah-olah mengesahkan lagi bahawa tiada tempat untuk Sharizat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti disebabkan ianya bukan sahaja memberi tekanan kepada Sharizat dan keluarga sahaja, malah turut memberi kesan kepada Umno dan BN.

BERASAP!!!! TIKAM BELAKANG DAN DEPAN BERMULA DIKELANTAN - UMNO!!!


KOTA BHARU - Dua pemimpin Umno bersepakat bahawa tindakan menikam dari belakang antara anggota parti mampu menjejaskan peluang untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang sekali gus boleh mengakibatkan              parti ke­cundang lagi.


Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Fatmi Che Salleh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bicara Diambang PRU13 di Dewan Perhubungan Umno Negeri Kelantan di Jalan Tengku Chik di sini.

Hamzah, ahli Majlis Tertinggi Umno, yang menyokong pandangan Fatmi berkata, Umno perlu anggota yang mampu berjihad untuk me­negakkan perjuangan me­martabatkan bangsa, agama dan tanah air tetapi bukan mereka yang menggugat keharmonian parti untuk berdepan dengan PRU13.


“Tindakan sesetengah ahli yang menjejaskan kehar­mo­nian dalam parti akan mem­beri ruang dan peluang yang lebih mudah kepada musuh politik untuk menggagalkan perjuangan Umno bagi men­jamin kemenangan yang mutlak pada dalam PRU13,” katanya.



Hamzah berkata, ahli Umno perlu mempertahan­kan perjuangan bangsa Me­layu sebagai platform meng­hadapi PRU13 yang mungkin berlaku tidak berapa lama lagi selain menyaksikan pertaru­ngan sengit antara parti-parti bertanding.

"Sebenarnya kita boleh memenangi semula beberapa negeri yang terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang jika kita membuang sikap menikam dan memburuk rakan-rakan dalam parti," katanya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, perbuatan menikam dari belakang adalah antara faktor yang melemahkan UMNO selain menjadi senjata kepada pembangkang sebagai bahan kempen dalam pilihan raya. Katanya, pembangkang sebenarnya tidak mempunyai kekuatan tetapi sikap bermuka-muka ahli UMNO membuka ruang dan kekuatan kepada pembangkang. "Sikap ahli UMNO seperti itu sengaja menempah musibah dan menyebabkan parti berada seperti telur di hujung tanduk. 

Umno perlu anggota yang mampu berjihad untuk mermartabatkan agama, bangsa dan tanah air. PT beranggapan rakyat sekarang  mahukan perjuangan Islam bukan perjuangan korupsi. Rakyat nak yang utamakan Islam lebih dari segala2nya.Rakyat tak mahu pemimpin yang kata memperjuangkan Islam tapi dia sendiri, melakukan penindasan, korupsi, dll. Rata2 rakyat nak pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat terutama sekali mematuhi perintah Allah. Rakyat akan lebih berbahagia dan maju kalau diredhai Allah.

Wednesday, 14 March 2012

"APA BERUNDUR ? SHAHRIZAT SUDAH TAMAT TEMPOH SENATOR APRIL,"- RAFIDAH.


Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.


"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail pada 13 March 2012.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah. 


Barangkali betul kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamed terhadap Umno parti yang dianggotainya sejak sekian lama malah 22 tahun beliau memimpinnya sebagai presiden, Umno kini busuk sampai ke usus..

PT beranggapan jika busuknya telah sampai ke usus ertinya UMNO kini sangat kritikal . Ianya seperti cancer di tahap 4 yang sukar lagi dirawat . Ironisnya , kritikan keras lagi kesat oleh Tun Dr. Mahathir ini di saat Dato' Seri Najib dan orang - orangnya sedang bertungkus lumus untuk  menyelamatkan UMNO dan BN . Pelbagai alat bantu pernafasan digunakan malah UMNO telah diletakkan dalam unit rawatan rapi [ ICU ] sebelum ini .

Hanya rakyat yang boleh menentukan jatuh bangunnya UMNO dalm PRU13 nanti!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive