Monday, 5 March 2012

BIAR BETUL!!!!! Tinjauan Merdeka Centre Terhadap DS Najib

Pada Ogos 2011, Merdeka Centre, sebuah organisasi yang brgiat dalam bidang analisis politik, telah menjalankan satu tinjauan berhubung tahap kepopularitian Datuk seri Najib sebagai Perdan Menteri Malaysia. Hasil tinjauan tersebut adalah seperti berikut :

1) Secara keseluruhan kepopularitian DS Najib merudum dari 66% kepada 59%.

2) Di kalangan orang Melayu, kepopularitian DS Najib merosot dari 76% kepada 69%.

3) Di kalangan orang Cina  pula. jatuh hingga ke tahap 38%.

4) Tetapi di kalangan orang India , meningkat 4% kepada 69%.

Keputusan tinjauan di atas memperlihatkan kemerosotan terus menerus sokongan kepada DS Najib sejak awal tahun 2011. Menurut Merdeka Centre, punca kemerosotan ini ialah antara lain, kenaikan kos sara hidup dan cara kerajaan menangani perhimpunan BERSIH 2.0.

Berpandukan keputusan tinjauan Merdeka Centre ini, Umno nampaknya akan melalui jalan paling sukar menjelang PRU13 nanti.

Apapun, persoalan yang bermaian di minda rakyat Malaysia ketika ini ialah "Adakah tsunami politik tahun 2008 itu akan berterusan hingga ke PRU ke 13," yang mesti diadakan selewat2nya pada bulan April 2013.

Akan tumbangkah UMNO di PRU 13 nanti?? Ataupun Pakatan Rakyat akan ditalkinkan tanpa kubur??? 

Keputusan Banci Umno Julai 2011 -Pemimpin UMNO harus ambil iktibar!!!!




Bagi memantapkan persediaan Umno bagi menghadapi PRU ke 13, Umno pada bulan Julai 2011, telah menjalankan satu banci berhubung prestasi terkini parti.

Keputusan banci tersebut mendapati Umno hanya selamat di Melaka.Orang Melayu Melaka kelihatan masih kagum dengan Umno. Di Johor, sebuah negeri di mana Umno sangat kebal, kedudukan Umno tercabar tetapi boleh lagi bertahan. Umno berkemungkinan akan tewas di Negeri Sembilan, satu lagi negeri yang mana dulunya merupakan kubu kuat Umno.

Kedudukan majoriti Umno dan kuncu2nya di DUN Negeri Sembilan yang tipis ketika ini dikatakan boleh dan mampu dirobek lagi oleh Pakatan Rakyat sehingga tersungkur.Negeri Perak, negeri yang dirampas Umno dari Pakatan Rakyat pada tahun 2009 melalui cara yang dianggap hina dan kotor oleh pengikut2 Pakatan Rakyat, dijangka akan kembali kepangkuan Pakatan Rakyat.

Belum dilakukan banci dinegeri2 lain di Semenanjung tetapi keadaan di negeri2 ini memang lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat.

 Di Sabah dan di Sarawak Umno dan BN begitu cemas sekali menghadapi pergolakan politik di sana akibat bahang tsunami yang sudah mula merebak di kedua-dua negeri itu.

Banci ini menunjukkan Pakatan Rakyat kini berjaya menembusi negeri2 yang dahulunya mustahil untuk dimasuki sekaligus menunjukkan penghakisan pengaruh Umno semakin ketara.

Masa sudah semakin suntuk, adakah pemimpin2 Umno masih dibuai mimpi indah betapa selesanya mereka dengan jawatan yang disandang serta
kuasa yang ada?????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive