Showing posts with label jakarta. Show all posts
Showing posts with label jakarta. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

Kenapa Muhyiddin Ke Jakarta???

Khabar angin yang tersebar mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yasin bakal disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semakin hampir menjadi kenyataan apabila beliau dikhabarkan ke Jakarta, sebaik Perdana Menteri menafikan ada sebarang pertukaran untuk orang nombor dua itu.

Justeru, para pengundi serta ahli-ahli Umno Pagoh lega menerima perkhabaran itu. Bagi penulis Shahbudin Husin, sebagaimana yang selalu terjadi, penafian tidak lagi bermaksud sesuatu itu tidak akan berlaku, malah lebih merupakan petunjuk bahawa khabar angin semakin hampir menjadi kenyataan.

“Ini berikutan tidak berapa lama selepas Najib Razak menafikan ada sebarang pertukaran orang nombor duanya, dikhabarkan pula bahawa Muhyiddin telah pun berlepas ke Jakarta dengan diikuti oleh beberapa orang pengikut serta rakan karibnya dalam dunia politik,” tulis beliau di blognya, seperti dilapor.

Menurutnya, sumber yang dekat dengan Muhyiddin memberitahu, pemergian itu ada kaitan untuk membincangkan perkembangan politik terbaru mengenai dirinya serta hubungannya dengan Perdana Menteri yang menjadi bualan ramai ketika ini.

“Difahamkan, hasil daripada perbincangan di Jakarta itu nanti, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat
sesuatu keputusan yang mengejutkan.

“Namun tidak mustahil juga beliau dinasihati terus kekal dan bersabar sehingga pilihan raya umum akan datang,” ulasnya lagi. Desas desus berkenaan sebelum itu disebarkan dalam laman blog dan media sosial, mengatakan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran.

Akhbar baru-baru ini turut melaporkan bahawa Najib akan membawa masuk pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet. Perubahan tersebut dikatakan turut melibatkan tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Muhyiddin dikatakan bakal digantikan dengan Hishammuddin yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Najib. Perkara ini turut diulas bekas Menteri Penerangan dan bekas wartawan, Datuk Zainuddin Maidin dengan mengatakan faktor umur dan kesihatan Muhyiddin dikatakan antara punca Muhyiiddin diminta berundur.

Tuesday, 26 March 2013

Anwar Jumpa Misuari Di Jakarta - RPK !!!

Raja Petra Kamaruddin mendakwa memang berlaku pertemuan antara Anwar dan Nur Misuari bagi membincangkan isu politik Sabah.

Dakwanya pertemuan pertama Ketua Pembangkang dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu berlangsung pada 16 Jul 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta dan diatur oleh sahabat baik Anwar sendiri.

Pertemuan seterusnya berlaku pada 4 Ogos 2012 di Manila bertujuan memuktamadkan segala perbincangan yang dibuat di Jakarta dan penerbangan ke sana menggunakan pesawat MAS.

"Dalam pertemuan itu Anwar dikatakan meminta pertolongan Nur Misuari bagi memastikan kemenangan PR pada PRU akan datang dengan tumpuan khusus perbincangan adalah berkait isu Sabah. Pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen di Malaysia Timur untuk membentuk kerajaan pusat dan bagi memastikan perkara itu berlaku, Anwar memerlukan pertolongan pengundi Muslim di Sabah" katanya.

Menurutnya Anwar berjanji kepada Nur Misuari apabila PR memerintah, kerajaan pusat akan memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin mengesahkan Anwar telah beberapa kali bertemu Nur Misuari sebelum berlaku insiden pencerobohan berdarah oleh pengganas Kiram.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu jumlah sebenar pertemuan tersebut kerana pihak berkuasa masih meneliti dengan terperinci setiap maklumat yang diperoleh sebelum mendedahkannya kepada rakyat. - sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive