Tuesday, 24 June 2014

Kenapa Muhyiddin Ke Jakarta???

Khabar angin yang tersebar mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yasin bakal disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semakin hampir menjadi kenyataan apabila beliau dikhabarkan ke Jakarta, sebaik Perdana Menteri menafikan ada sebarang pertukaran untuk orang nombor dua itu.

Justeru, para pengundi serta ahli-ahli Umno Pagoh lega menerima perkhabaran itu. Bagi penulis Shahbudin Husin, sebagaimana yang selalu terjadi, penafian tidak lagi bermaksud sesuatu itu tidak akan berlaku, malah lebih merupakan petunjuk bahawa khabar angin semakin hampir menjadi kenyataan.

“Ini berikutan tidak berapa lama selepas Najib Razak menafikan ada sebarang pertukaran orang nombor duanya, dikhabarkan pula bahawa Muhyiddin telah pun berlepas ke Jakarta dengan diikuti oleh beberapa orang pengikut serta rakan karibnya dalam dunia politik,” tulis beliau di blognya, seperti dilapor.

Menurutnya, sumber yang dekat dengan Muhyiddin memberitahu, pemergian itu ada kaitan untuk membincangkan perkembangan politik terbaru mengenai dirinya serta hubungannya dengan Perdana Menteri yang menjadi bualan ramai ketika ini.

“Difahamkan, hasil daripada perbincangan di Jakarta itu nanti, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat
sesuatu keputusan yang mengejutkan.

“Namun tidak mustahil juga beliau dinasihati terus kekal dan bersabar sehingga pilihan raya umum akan datang,” ulasnya lagi. Desas desus berkenaan sebelum itu disebarkan dalam laman blog dan media sosial, mengatakan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran.

Akhbar baru-baru ini turut melaporkan bahawa Najib akan membawa masuk pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet. Perubahan tersebut dikatakan turut melibatkan tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Muhyiddin dikatakan bakal digantikan dengan Hishammuddin yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Najib. Perkara ini turut diulas bekas Menteri Penerangan dan bekas wartawan, Datuk Zainuddin Maidin dengan mengatakan faktor umur dan kesihatan Muhyiddin dikatakan antara punca Muhyiiddin diminta berundur.

2 comments:

  1. Diharap khabar angin ni tidak benar sama sekali..!! Jika Hishamuddin yg ganti lagi la tunduk kepada barat gamaknya. Tahun lalu kes SULU ceroboh sabah smpi sekarang belum selesai, kata pembangkang disebalik kejadian tersebut ttp pembangkang masih bermaharajalela menghasut rakyat. Tahun ini kes MH370 lagi, pencarian masih diteruskan xtau tmpt pencarian tu betul @ tidak, semuanya masih belum terjawab! KPI ape yg mereka ambil utk jadikan Hishamuddin TPM???

    ReplyDelete
  2. KPI dia julang keris keramat. Kalau jadi TPM, untung la pembuat keris. Laku di pasaran.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive