Wednesday 18 June 2014

1BestariNet-Servis YTL Dipertikai!!! KPM Jadi Kambing Hitam???

SHAH ALAM – Aktivis Pendidikan Negara, Mohd Nor Izzat Mohd Johari mendakwa projek 1BestariNet di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan itu menyusahkan bukannya memudahkan guru seperti tujuan asal ia diperkenalkan.

Menurutnya, kuota Internet yang disediakan hanya 300Mb sahaja sebulan bagi setiap sekolah.

“Saya merasakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadi kambing hitam dalam isu masalah perkhidmatan 1BestariNet. Ia diperkenal oleh KPM bagi mempermudah segala urusan dalam talian untuk kegunaan para guru di Malaysia.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah perkhidmatan yang diberikan agak menyedihkan malah menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah katanya, projek itu hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 yang merugikan kementerian.

“1BestariNet hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 atau mungkin lebih mahal dan merugikan kementerian. 1BestariNet hanya menyediakan kuota 300Mb sahaja untuk kegunaan satu sekolah setiap bulan. “1BestariNet telah menyebabkan lebih 300,000 guru terbeban dengan sistem server yang lembap,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak KPM mempertimbangkan semula perkhidmatan YTL Communications Sdn Bhd. “Saya memohon kepada pihak KPM agar mempertimbangkan semula perkhidmatan YTL iaitu 1BestariNet yang lebih memalukan pihak KPM sendiri.

“Saya yakin, KPM mahu menyediakan kemudahan terbaik seiring dengan PPPM 2013-2025 iaitu penggunaan ICT ke tahap maksimum tetapi KPM wajar memilih syarikat perkhidmatan yang lebih baik daripada sedia ada,” katanya.-SH.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive