Showing posts with label You Tube. Show all posts
Showing posts with label You Tube. Show all posts

Monday, 1 October 2012

KES PUKUL ISTERI YOU TUBE - SUAMI DIDAKWA





IPOH - Seorang pengurus butik yang pernah mencetuskan kontroversi apabila tindakan memukul isterinya, yang sedang mengandung, heboh menerusi laman sosial Facebook dan Youtube, dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi.

Calven Chik Foo Keong, 27, didakwa melakukan serangan hingga mendatangkan kecederaan ke atas Amanda Fong Kim Yem, 19, di butik Amanda & Co di Ipoh garden South, kira-kira jam 4 petang pada 23 Ogos lalu. -SH


Saturday, 15 September 2012

Video Hina Nabi dan Islam, Google enggan padam di you tube !!!


Laman web Google, enggan memadam video hina nabi dan Islam di youtube walaupun menerima banyak aduan dan kecaman.


SAN FRANCISCO – Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam kenyataannya, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. – Reuters

Monday, 27 August 2012

VIDEO !! SUASANA GANGNAM RAYA - BARU 4 HARI UPLOAD SUDAH 222,080 K PENGUNJUNG



On 30th Ramadhan and 1st Syawal, the clan of Anak Cucu Tok Haroon came up with the idea of spontaneous mash up music video and dance of Suasana Hari Raya by Anuar & Elina and Gangnam Style (강남스타일) by PSY.

Nenek yang paling gangnam star !!! terbaik. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive