Showing posts with label Google. Show all posts
Showing posts with label Google. Show all posts

Friday, 2 November 2012

INFO !!! TANDA2 KETAGIHAN SEKS DAN PENYELESAINNYA


Beberapa selebriti dan artis dunia dikhabarkan mempunyai ketagihan terhadap seks. Di negara kita sendiri tidak terkecuali baru-baru ini kita juga di gemparkan khabarnya ada artis kita yang merakam adengan seksnya. Ketagihan seks digambarkan sebagai gangguanprogresif yang bertanda fikiran dan tindakan seksual kompulsif.

Sebahagian pakar menyebut gangguan ini sejenis gangguan mental, sebahagian yang lainmenggelarnya penyimpangan keperibadian. Mereka yang termasuk penagih seks sangatterdedah berkaitan intim dengan temujanji seksual berbahaya, walaupun tahu akibatburuknya.

Ini beberapa tanda-tanda ketagihan seks, seperti dilaporkan oleh Times of India.

1. Standard Berganda
Tanpa mereka sedari, penagih seks mulai menjalani kehidupan seks rahsia. Mereka boleh menjadi seseorang yang selalu berbohong kompulsif dan menikmati banyak pornografi.

2. Ketegangan dalam hubungan peribadi
Umumnya, para penagih seks tak boleh menguruskan hubungan utama mereka dengan mudah. Sebab, mereka banyak berbohong dan mempunyai sisi lain dalam kehidupan.

3. Cabaran menyenangkan
Mengambil risiko seperti melakukan aktiviti intim bahkan hubungan seks di tempat awam adalah hal yang sangat mencabar. Dan, pelakunya semakin tertantang untuk melakukannya.

4. Merasa bersalah
Walaupun hidup terasa sangat menyenangkan, banyak yang berasa bersalah dan kerapmerasai kemurungan.

5. Selalu mencari mainan seks
Para penagih seks selalu ingin mencuba perkara baru dan membuat mereka ketagihan. Sehingga, tak hairan anda akan menjadi pengumpul mainan seks. Tapi, pasangan mungkin tak setuju dengan banyaknya mainan seks. Lagipun selama berhubungan intim, fikiran para penagih seks lebih banyak mengkhayalkan obsesi seksnya.

6. Berisiko Merosakkan Nama Baik
Selain boleh mengakibatkan berkemungkinan berhadapan dengan undang-undang akibat perilaku berisiko anda, perilaku seks berlebihan juga boleh memerangkap dalam kedudukan memalukan dan merosakkan reputasi. Yang pasti nama akan tercalar jua mungkin lansungnya mereka dianggap oleh masyarakat golongan yang tidak bermoral. :(

7. Seks intrusif
Tanda yang paling nyata dari ketagihan seks adalah mengganggu keselesaan orang lain dengan sentuhan yang berbau seksual.

8. Berfantasi tentang seseorang
Sementara berfantasi tentang seseorang adalah hal yang umum, terobsesi adalah sesuatu yang berbeza. Yang pasti, obsesi seks akan memberi kesan buruk.

9. Seks Tidak Bertanggungjawab
Ketika seseorang terlibat dengan pasangan, mereka seharusnya bertanggungjawab dengan melakukan hubungan dalam. Namun, banyak para penagih yang tak bertanggungjawab dengan menyebarkan penyakit jangkitan seksual. Sebaiknya, jujur dengan pasangan seks adalah cara yang paling ideal.

Seksolog, Dr Dhananjay Gambhire mengatakan, menerima diri sendiri yang mempunyai ketagihan seks adalah langkah pertama. "Seseorang akan tetap terlibat dalam aktiviti penuh risiko ini hingga tangkap basah, dan sebaginya.

Para penagih seks hanya boleh mengawal dan mengubah perilaku dengan sokongan dan motivasi pasangan. Perundingan dengan pakar serta ubat-ubatan seringkali diperlukan untuk memulihkan diri. "Paling penting adalah keinginan untuk memperbaiki diri dan hubungan bersama pasangan." 

Sumber disunting by Google.

Saturday, 15 September 2012

Video Hina Nabi dan Islam, Google enggan padam di you tube !!!


Laman web Google, enggan memadam video hina nabi dan Islam di youtube walaupun menerima banyak aduan dan kecaman.


SAN FRANCISCO – Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam kenyataannya, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. – Reuters

Friday, 3 August 2012

SURATAN ATAU KEBETULAN ? SENIBINA PUTRAJAYA BERKONSEPKAN FREEMASON ???



Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.

Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.

Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.


Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..





Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Bukti: http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross


Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.

Putrajaya



Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

Lagi gambar..




Di Alamanda, Putrajaya.




Presint 5, Putrajaya.


Yang ini jelas "mata"nya




Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?




Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima.

Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.


Source: Facebook | Mass edited by Oh! Tidak

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive