Showing posts with label JPM. Show all posts
Showing posts with label JPM. Show all posts

Wednesday, 29 August 2012

HEBAT !!! MUHDALENA PAKAI TOPENG 'POWER RANGGER'' MERAH




PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.

Monday, 16 July 2012

MUHDALINA DIDAKWA 2 TUDUHAN


Wanita yang mengamuk bersama seorang lelaki dengan bersenjatakan pedang samurai di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini minggu lepas, hari ini didakwa atas dua tuduhan iaitu ugutan jenayah dan membawa pedang.

Muhdalena Ahmad, 28, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Muhdalena didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya yang bersidang di wad ortopedik Hospital Putrajaya di mana dia sedang menerima rawatan akibat daripada kecederaan yang dialaminya dalam kejadian amuk itu.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia dituduh melakukan kedua-dua tuduhan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.

Bagi tuduhan pertama, Muhdalena, dari Kota Damansara, Petaling Jaya, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Kafli Che Ali menetapkan 29 Ogos untuk sebutan kes dan membenarkan Muhdalena diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Yazaid.

Terdahulu difahamkan dalam rayuannya, Muhdalena dalam keadaan menangis, berkata dia dan suaminya tidak bekerja dan keluarganya disara oleh ibu serta mertuanya.

Hakim bersama-sama seorang jurubahasa, pendaftar Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendakwa Raya diiringi beberapa pegawai polis tiba di hospital itu pada jam 11.55 pagi.

Dalam kejadian Isnin lepas, rakan tertuduh, Khalil Afandi Abd Hamid yang mengisytiharkan dirinya sebagai imam Mahadi ditembak mati oleh polis, meninggal di hospital Putrajaya, manakala Muhdalena mengalami kecederaan di pahanya.- Bernama

Saturday, 14 July 2012

KHALIL KENAL MUHDALINA DALAM KANDUNGAN LAGI - SUAMI MUHDALINA


Mereka ni memang dah sesat ni sampai mengaku diri Imam Mahdi, kata tuhan sebagai bos, sembahyang saja , siang tak payah sembahyang ? Fahaman apa ni , MEMANG AJARAN SESAT , dah tu mengaku dia kekasih Allah paling tinggi pula , hanya Rasullallah S.A.W. kekasih Allah paling tinggi . Baca pengkuan suami Mahdalina sendiri kat bawah ni ..


Kejadian amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk dengan menggunakan pedang samurai.

Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.

Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?

Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.

Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.


Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?

Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.

Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.

Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; “Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?” “Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki?” “Ada lelaki boleh tembus dinding?”

Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi. Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut.

Kenal sejak dalam kandungan

Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi?


Kami ‘berpindah’ ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.

Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil Afandi. Saya tidak mengizinkan, tetapi dia mengugut akan menuntut cerai sekiranya dihalang. Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya membenarkan dengan syarat saya menemaninya.

Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina, dia menceritakan kepada saya bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan. Saya jadi bingung dengan kenyataan Muhdalina.

Bagi meyakinkan saya lagi, Muhdalina juga memberitahu, Khalil Afandi pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah, mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang bersamanya bagi menegakkan keadilan.

Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki baju kurung berwarna merah.

Disebabkan itu, Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi untuk berjuang. Kerana sayang, saya turuti kemahuan Muhdalina untuk tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.Keesokan harinya, Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya.


Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi?

Ketika sampai di rumah itu, Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya kepada saya, “Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!”

Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu, dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir akidah terjejas.

Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).

Bagaimanapun, semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.

Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.

Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.



Apa yang lebih pelik, dia memanggil ALLAH dengan nama ‘bos’.
Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih 'bos' yang paling tinggi. Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik, sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar- tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander. Dia sering mengatakan dirinya sebagai hero filem tersebut.

Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau, sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut
dengannya.

Sumber : SH

"SAYA YANG HANTAR MEREKA" - SUAMI MUHDALINA

Suami Muhdalina, wanita yang bersama Khalil Afandi Abd Hamid pada kejadian amuk Isnin lalu mengaku menghantar isterinya dan Khalil ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Mohd Irwan Mohd Foad, 28 turut mengaku dia dan isterinya tinggal di rumah Khalil selama empat hari.


Suami Muhdalina, wanita amuk di JPM

Suami Muhdalina Ahmad mengakui menghantar isterinya dan Khalil Afandi Abd Hamid ke Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sebelum kejadian amuk, Isnin lalu.

Mohd Irwan Mohd Foad, 28, yang sebelum itu bersama isterinya tinggal di rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan selama empat hari turut mendedahkan diri sebenar lelaki yang mati selepas ditembak polis.

Mohd Irwan juga menceritakan kejadian sebenar sebelum berlakunya kejadian yang menggemparkan negara.


Sumber : SH

Friday, 13 July 2012

KIAMAT AKAN BERLAKU DALAM WAKTU TERDEKAT - MUHDALINA



KLANG - Tiga hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.

Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan berpindah ke Balakong.

"Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajahnya ketika itu juga sangat serius," katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.

Menurutnya, Muhdalina juga memberitahu dia dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.

"Dia juga menyatakan pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya," katanya.

Sumber itu berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apa yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong kerana wanita itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di sini.

"Jawapan dia mudah saja, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang nasib dua anaknya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu kerana melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa," katanya.

Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh seperti itu.

"Setelah dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian amuk di Putrajaya, Isnin lalu, barulah saya faham 'perkara penting' yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu," katanya.

Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam. - sH

Thursday, 12 July 2012

POLIS TANGKAP SAHABAT LELAKI AMUK



KUALA LUMPUR, 12 Julai - Dua individu yang mengamuk di perkarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya Isnin lepas, bertindak sendiri tanpa ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat, kata polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki terbabit Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, bertindak secara berseorangan dan mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi.

"Siasatan setakat ini mendapati tidak ada penglibatan dengan mana-mana kumpulan ajaran sesat yang lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata susulan kes itu, polis menahan reman seorang lelaki berusia 39 tahun sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Difahamkan lelaki terbabit ialah rakan kepada Khalil Afandi yang beralamat di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan. Isnin lepas, Khalil Afandi, yang mengaku dirinya Imam Mahadi dan seorang wanita yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital yang sama. - BERNAMA

Wednesday, 11 July 2012

KESIAN ANAK2 MUHDALINA,TAPI SELAMAT DIJAGA KELUARGA


Keluarga Muhdalina Ahmad yang bersama lelaki mengamuk dengan pedang pedang samurai, Khalil Afandi Abd Hamid mendakwa wanita itu mungkin dipukau. Suaminya, yang hanya dikenali sebagai Yusof, berkata dia telah berkelakuan ganjil baru-baru ini.

“Saya perasan dia sangat obses tentang lelaki itu walaupun hanya mendapat tahu tentang dirinya melalui blog,” katanya, sambil menambah bahawa dia mengetahui tentang hubungan dalam talian antara isterinya dengan lelaki terbabit.

“Saya rasa dia hanya mengenalinya minggu lepas. Saya tidak fikir dia dengan mudah akan mengikut lelaki itu untuk melakukan perkara-perkara seperti itu. Mungkin dia telah dipukau,” kata Yusof, yang berasal dari Klang yang datang melawat Muhdalina yang sedang dirawat kerana cedera terkena tembakan di hospital dekat sini.

Pekerja di Pelabuhan Klang itu berkata dia dan isterinya tinggal bersama dua anak mereka, Mohd Fariz Khorizmi, 2, dan Ratisha Mia, 1, di Rantau Panjang, Klang.

Pemeriksaan di wad pengasingan hospital mendapati seorang wanita berselendang hitam berbaring di atas katil yang dijaga oleh dua anggota polis wanita. Dia telah diletakkan di bawah reman oleh pihak polis. -mStaron9

TERLALU TAKSUB WALAU BARU KENAL - SUAMI MUHDALINA




Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi menyebabkan isteri orang itu terjebak dengan perkara yang sungguh tidak masuk akal. Muhdalina sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di kakinya dan keadaannya dilaporkan stabil. Sementara itu, suami Muhdalina yang hanya dikenali sebagai Yusof berkata, dia yakin isterinya itu TERLALU TAKSUB dengan Khalil Afandi walaupun hanya mengenali lelaki itu melalui laman blog seminggu lalu. -SH



TAKSUB atau FANATIK - merupakan sifat yang keterlaluan & melampau dalam meyakini kepada sesuatu atau seseorang. Ini bertentangan dengan Islam kerana mengambarkan kejumudan dan kebekuan fahaman yang membuatkan hati menjauh dari sifat tasamuh & toleransi. 

-sumber-
pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !...

# Al-Fatihah untuk Allahyarham Khalil Afandi

 

PELIK & TERKEJUT DENGAN TINDAKAN KHALIL - JIRAN

PETALING JAYA – “Sebulan yang lalu arwah Khalil ada datang ke rumah bersama isteri dan anaknya bertanya khabar kami sekeluarga, dia salam banyak kali dengan saya, percakapannya agak laju dan sukar difahami,” kata jiran arwah Khalil, Sahak Mat Dan, 60.
Menurutnya, Khalil tidak bercakap apa-apa mengenai aktivitinya.

“Dia lahir dan membesar di Kampung Lindungan sebelum berpindah ke sini (Taman Lindungan Jaya) sejak berkahwin dia tinggal di Puchong dan sejak itu kami jarang bertemu.

“Saya terkejut selepas mendengar berita dia ditembak mati polis kerana mengamuk di Putrajaya sedangkan di sini dia terkenal dengan sifat lemah lembut dan menghormati orang tua,”katanya ketika ditemui di Taman Lindungan Jaya, semalam.

Dalam pada itu, seorang lagi jirannya Hashim Abdullah, 64, berkata, sejak ibunya meninggal dunia pada tahun 2008 rumah itu dihuni oleh salah seorang adik lelakinya.

Menurut Hashim, arwah Khalil juga sempat bertemunya ketika datang ke situ sebulan yang lalu.


Rumah yang pernah didiami oleh arwah Khalil

“Dia tidak cakap apa-apa cuma tanya sihat ke tidak, itu sahaja dan dia kelihatan ceria,” katanya.

Difahamkan arwah Khalil merupakan anak ketiga dari enam beradik seorang berperwatakan periang dan mudah digauli.

Adik lelaki arwah ketika ditemui di rumahnya pula enggan mengulas lanjut apa yang berlaku. - sH

pT
Peristiwa 13 Mei 1969, Tunjuk perasaan Perlajar 1970'an, Peristiwa mamali, Peristiwa serangan Balai Polis Batu Pahat, Perintiwa Al-Maunah, Keganasan perhimpunan Bersih, dan juga Kegananas Pengganas komunis serta lain-lain juga adalah berpunca dari terlalu terpengaruh dan taksub dengan kempen dan ajaran yang tidak selari dengan norma-norma kemanusiaan yang mempunyai roh dan pemikiran. 

Ada jalan keamanan dan perundingan tetapi memilih jalan keganasan yang penuh dengan kebencian. Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !...

Tuesday, 10 July 2012

MUHDALINA PEREMPUAN AMUK 'GILA INTERNET '

PUTRAJAYA - "Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini."

Demikian kata Ahmad Adam, 55, ayah Muhdalina, 28, yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

“Saya tidak sangka perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi telah menyebabkan anaknya itu terjebak dengan perkara yang tidak masuk akal seumpama itu.

“Saya percaya ini ekoran sikapnya yang ‘Gila Internet’ malah kami sendiri tidak pernah mengenali Khalil Afandi dan hanya kenal dia dari surat akhbar hari ini malah percaya Muhdalina hanya mengenali lelaki tersebut melalui internet sahaja,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.

Ahmad berkata, tiada sikap mencurigakan mengenai Ina melainkan dua hari sebelum kejadian dia menghantar dua anaknya ke rumah dan memaklumkan ada urusan untuk dua ke tiga hari malah, "kami tidak mengesyaki apa-apa."

“Dia tinggal bersama suami yang bekerja sebagai pemandu di syarikat yang sama di Rantau Panjang, Klang banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet dan bukan dikategorikan sebagai seorang yang memiliki pengetahuan agama tinggi,” katanya. -sH

BIAR BETUL !!! PENGAMUK DI JPM SEORANG BLOGGER KONTROVERSI


Khalil Afandi Lelaki yang mengamuk di Putrajaya dengan membawa pedang samurai dan akhirnya maut akibat terkena tembakan polis adalah seorang blogger berdasarkan maklumat dari facebook.Tulisan-tulisan dalam blognya banyak memaparkan pandangan dirinya tentang kehidupan dan ketuhanan.

Petikan berita BH ini menguatkan tanggapan gua bahawa pemilik blog itu adalah si pelaku kejadian amuk

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama. beritaharian

Almarhum adalah seorang yang mempunyai pandangan tersendiri tentang agama terutamanya Islam.

Kritikannya terhadap insan-insan ternama dalam hal ehwal islam di Malaysia memang kontroversi namun layak untuk difikirkan semua.Jika benar dia adalah orangnya maka tulisan terakhirnya adalah berjudul 'HIDUP DAN MATI....... apa yang dipertaruhkan'

TGNA diperlekeh..

"Tuan guru Nik Aziz menangis dalam sedu dan sedan....dia berdoa......hayati doa Ilmuan ini.. " butakanlah mata pengundi" "biar mereka cuma nampak BULAN"....... tolonglah ya Allah.... tis ..tis.. tis. menitis airmata.... terasa hampir dengan Allah pada ketika itu. Mampus. Bedooh demo ni. Nik Aziz demo raso Allah saye ke demo... kalu Allah saye ke demo wakpo nyo dok Kelate... tak habis-habis. Gi lah tawe Melako. Hok ni pong hambo nak ajar ke demo.... weeee lah!" antara tulisan dalam blognya.-jayanegara

Mufti Perak juga dibaham...

Kerusi dia yang dia duduk dah sampai berkulat..... cendawan pun dah tumbuh.... Punya lama pegang jawatan Mufti. Punya seronok kerja mengampu kerajaan dan Raja-raja melayu. Orang tua ni terpeleot lama dah. Murtad dia ni lah yang gembar-gemburkan.... alih-alih tak ngaku. 100 000 orang dah murtad mana datanya kita nak tengok.
Memanglah dari raut wajahnya pun dah tergambar...... cannot be trusted. Dia inilah yang dikata pendusta dalam ugama. Yang peliknya dia ceramah cerita pasal ulama suuk. Habisnya siapa dia yang ulama suuk. Jawapannya semua kamu adalah ulama suuk dan inilah yang manusia gelarkan Alim-alim kucing. Sana kencing sini kencing habis semua sudah hancing. dipetik daripada blog almarhum-jayanegara

Noh Gadut Dituduh Pembodek Sultan Johor....
Dato' Noh Gadut
Ulama ini tanpa malu-malu menyatakan..... "Ulama adalah pewaris nabi. Yakni menyambung tugas nabi.... maka semakin jauh kamu dari ulama semakin jauh kamu dari Tuhan. Semakin kamu benci ulama semakin jauh kamu dari rahmat Tuhan". Soalannya adakah Insan ini siAlim ini hampir dengan Tuhan. Tengok wajahnya betul-betul. Soalan lagi.... adakah Insan ini disayangi tuhan dan Allah melimpahkan Rahmat keatas susuk siUlama ini. Tengok wajah dia betul-betul. 

Islam yang dianuti hariini bukannya 'genuine' lagi. Islam hariini telah ditarah-tarah sampai mendatar sampaikan hendak duduk sama aras dengan ugama lain pun sudah tidak mampu. Islam telah gagal untuk diguna pakai bagi merahmati seluruh umat manusia. Lebih malang lagi...... Islam adalah ugama yang paling teruk kemusnahannya. Kenapa tidak? Dalam keadaan rosak luaran dan musnah serta telah mati kekuatan spiritualnya... Ketua-ketua ugama Islam masih mampu untuk mengkafirkan semua ugama selain Ia. Allah dan Syurga adalah milik mutlak orang Islam sahaja. Iya ke? Jiwa nak kemana kamu?-jayanegara

Sultan Selangor Tidak Terlepas Daripada Kritikan
Apa kritikan blogger ini terhadap sultan Selangor? Sila kejayanegara untuk membaca tulisannya.


Oleh kerana yang dikritik adalah sultan, maka gua tak berani nak copy paste di sini.

Kazim Elyas DiGelar Spesis Mangkok Ayun

Kazim Elias ini ulama suuk
Dapat pahala. Bukan saya yang kata tapi siKazim Elias. Kazim ni spesis mangkok ayun biol. Ada ka patut pencuri Islam yang tak makan babi dikatanya ada Iman. Perompak islam yang tak makan babi boleh masuk Syurga. Tauke Cina yang kena rompak tapi makan babi dihumbankan keNeraka. Adakah dunia ini masih ada Tuhan? Pelik!

Entah la kenapa miskinnya siAlim hari ini dari rahmat Allah. Kemanusiaan umat Islam hari ini telah tertanggal. -jayanegara

Satu-Satunya Orang Yang Dia Puji Adalah Mahathir

Dr Mahathir pernah dikafirkan semasa mengusulkan pendapat supaya Alquran diubahkan kepada banyak bahasa supaya mudah dipelajari. Hariini cuma ada terjemahan kebahasa-bahasa lain. Terjemahan tidak sama. Itu bukan yang Dr Mahathir maksudkan. Ia berbeza dengan kitab Injil telah lama diubah dan Wal hasilnya Kristian dianuti lebih dari 2.2 bilion penduduk Dunia. Penat orang tua ni menjawap. Dr Mahathir satu-satunya manusia berjiwa besar yang aku temui diMalaysia hingga hari ini. Jika dia masih mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pasti aku amat-amat bersetuju. Dia sudah tua dan selalu sakit-sakit tidak mungkin dia mahu. -jayanegara

Apa pun niat dan kesahihan tulisan beliau, sudah tidak bermakna lagi. Dia telah tiada di muka bumi untuk mejelaskan segal-galanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

- Sumber

pT
pT Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !...

VIDEO !!! PENGAMUK DI TEMBAK POLIS @ JPM PUTRAJAYA



Lihat dengan mata dan hati......




Video pengamuk dan pasangannya di Kompleks B, bangunan Jabatan Perdana Menteri




Siapa sebenarnya yang mengamuk di Putrajaya itu? 

Beliau adalah Khalil Afandi Hamid, pengganggur berusia 47 tahun dari Petaling Jaya bersama pasanganya berusia 28 tahun, bekas pelajar UIA tumpas setelah mengamuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. Di katakan baru seminggu pasangan tersebut berkenalan.

Monday, 9 July 2012

FOTO !!! 'IMAN MAHDI' BERTOPI DITEMBAK DI JPM


Kecoh apabila berita mengenai kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlaku baru petang tadi, dalam pukul 4 lebih, tersebar. Setakat ini, hanya Utusan yang bertindak pantas menyiarkan berita penuh tentang kejadian amuk ini. Berita Harian pula setakat ini telah mengeluarkan berita ringkas. 

Pihak akhbar lain seperti terlambat sedikit. Tidak tahu lah kenapa. Di bawah ini, kami lampirkan berita daripada Utusan. Tapi sebelum membuat apa apa spekulasi, mari lihat gambar gambar sekitar kejadian dahulu.

PUTRAJAYA 9 Jun – Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.
UTUSAN

PUTRAJAYA: Seorang masing-masing lelaki dan wanita dipercayai suami isteri ditahan polis selepas difahamkan mengamuk dan cuba mencederakan orang ramai yang lalu di Kompleks Kerajaan berhampiran Blok B1 Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini. -Berita Harian

Sebenarnya ada beberapa persoalan di sebalik gambar dan berita daripada Utusan ini. Cuba korang perhatikan, dah kena tembak pun macam tak sakit je? Dan jika benar mereka mahu menggulingkan kerajaan, takkan dua orang je? 

Macam mana pula mereka boleh lepas masuk? Utusan kata, perempuan itu ditembak di peha kiri, tapi jika lihat gambar di peha kanan pula. Persoalan ini dilemparkan oleh sumber sumber lain. Apa apa pun, kita nantikan berita penuh daripada akhbar lain pula untuk membuat penilaian.

Buletin Utama TV3 pula melaporkan yang si lelaki telah meninggal dunia di hospital. 

-Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive