Showing posts with label Muhdalina. Show all posts
Showing posts with label Muhdalina. Show all posts

Monday, 16 July 2012

MUHDALINA DIDAKWA 2 TUDUHAN


Wanita yang mengamuk bersama seorang lelaki dengan bersenjatakan pedang samurai di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini minggu lepas, hari ini didakwa atas dua tuduhan iaitu ugutan jenayah dan membawa pedang.

Muhdalena Ahmad, 28, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Muhdalena didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya yang bersidang di wad ortopedik Hospital Putrajaya di mana dia sedang menerima rawatan akibat daripada kecederaan yang dialaminya dalam kejadian amuk itu.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia dituduh melakukan kedua-dua tuduhan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.

Bagi tuduhan pertama, Muhdalena, dari Kota Damansara, Petaling Jaya, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Kafli Che Ali menetapkan 29 Ogos untuk sebutan kes dan membenarkan Muhdalena diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Yazaid.

Terdahulu difahamkan dalam rayuannya, Muhdalena dalam keadaan menangis, berkata dia dan suaminya tidak bekerja dan keluarganya disara oleh ibu serta mertuanya.

Hakim bersama-sama seorang jurubahasa, pendaftar Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendakwa Raya diiringi beberapa pegawai polis tiba di hospital itu pada jam 11.55 pagi.

Dalam kejadian Isnin lepas, rakan tertuduh, Khalil Afandi Abd Hamid yang mengisytiharkan dirinya sebagai imam Mahadi ditembak mati oleh polis, meninggal di hospital Putrajaya, manakala Muhdalena mengalami kecederaan di pahanya.- Bernama

Saturday, 14 July 2012

KHALIL KENAL MUHDALINA DALAM KANDUNGAN LAGI - SUAMI MUHDALINA


Mereka ni memang dah sesat ni sampai mengaku diri Imam Mahdi, kata tuhan sebagai bos, sembahyang saja , siang tak payah sembahyang ? Fahaman apa ni , MEMANG AJARAN SESAT , dah tu mengaku dia kekasih Allah paling tinggi pula , hanya Rasullallah S.A.W. kekasih Allah paling tinggi . Baca pengkuan suami Mahdalina sendiri kat bawah ni ..


Kejadian amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk dengan menggunakan pedang samurai.

Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.

Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?

Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.

Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.


Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?

Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.

Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.

Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; “Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?” “Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki?” “Ada lelaki boleh tembus dinding?”

Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi. Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut.

Kenal sejak dalam kandungan

Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi?


Kami ‘berpindah’ ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.

Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil Afandi. Saya tidak mengizinkan, tetapi dia mengugut akan menuntut cerai sekiranya dihalang. Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya membenarkan dengan syarat saya menemaninya.

Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina, dia menceritakan kepada saya bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan. Saya jadi bingung dengan kenyataan Muhdalina.

Bagi meyakinkan saya lagi, Muhdalina juga memberitahu, Khalil Afandi pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah, mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang bersamanya bagi menegakkan keadilan.

Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki baju kurung berwarna merah.

Disebabkan itu, Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi untuk berjuang. Kerana sayang, saya turuti kemahuan Muhdalina untuk tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.Keesokan harinya, Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya.


Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi?

Ketika sampai di rumah itu, Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya kepada saya, “Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!”

Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu, dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir akidah terjejas.

Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).

Bagaimanapun, semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.

Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.

Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.



Apa yang lebih pelik, dia memanggil ALLAH dengan nama ‘bos’.
Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih 'bos' yang paling tinggi. Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik, sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar- tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander. Dia sering mengatakan dirinya sebagai hero filem tersebut.

Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau, sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut
dengannya.

Sumber : SH

"SAYA YANG HANTAR MEREKA" - SUAMI MUHDALINA

Suami Muhdalina, wanita yang bersama Khalil Afandi Abd Hamid pada kejadian amuk Isnin lalu mengaku menghantar isterinya dan Khalil ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Mohd Irwan Mohd Foad, 28 turut mengaku dia dan isterinya tinggal di rumah Khalil selama empat hari.


Suami Muhdalina, wanita amuk di JPM

Suami Muhdalina Ahmad mengakui menghantar isterinya dan Khalil Afandi Abd Hamid ke Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sebelum kejadian amuk, Isnin lalu.

Mohd Irwan Mohd Foad, 28, yang sebelum itu bersama isterinya tinggal di rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan selama empat hari turut mendedahkan diri sebenar lelaki yang mati selepas ditembak polis.

Mohd Irwan juga menceritakan kejadian sebenar sebelum berlakunya kejadian yang menggemparkan negara.


Sumber : SH

Friday, 13 July 2012

KIAMAT AKAN BERLAKU DALAM WAKTU TERDEKAT - MUHDALINA



KLANG - Tiga hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.

Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan berpindah ke Balakong.

"Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajahnya ketika itu juga sangat serius," katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.

Menurutnya, Muhdalina juga memberitahu dia dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.

"Dia juga menyatakan pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya," katanya.

Sumber itu berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apa yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong kerana wanita itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di sini.

"Jawapan dia mudah saja, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang nasib dua anaknya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu kerana melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa," katanya.

Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh seperti itu.

"Setelah dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian amuk di Putrajaya, Isnin lalu, barulah saya faham 'perkara penting' yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu," katanya.

Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam. - sH

Wednesday, 11 July 2012

KESIAN ANAK2 MUHDALINA,TAPI SELAMAT DIJAGA KELUARGA


Keluarga Muhdalina Ahmad yang bersama lelaki mengamuk dengan pedang pedang samurai, Khalil Afandi Abd Hamid mendakwa wanita itu mungkin dipukau. Suaminya, yang hanya dikenali sebagai Yusof, berkata dia telah berkelakuan ganjil baru-baru ini.

“Saya perasan dia sangat obses tentang lelaki itu walaupun hanya mendapat tahu tentang dirinya melalui blog,” katanya, sambil menambah bahawa dia mengetahui tentang hubungan dalam talian antara isterinya dengan lelaki terbabit.

“Saya rasa dia hanya mengenalinya minggu lepas. Saya tidak fikir dia dengan mudah akan mengikut lelaki itu untuk melakukan perkara-perkara seperti itu. Mungkin dia telah dipukau,” kata Yusof, yang berasal dari Klang yang datang melawat Muhdalina yang sedang dirawat kerana cedera terkena tembakan di hospital dekat sini.

Pekerja di Pelabuhan Klang itu berkata dia dan isterinya tinggal bersama dua anak mereka, Mohd Fariz Khorizmi, 2, dan Ratisha Mia, 1, di Rantau Panjang, Klang.

Pemeriksaan di wad pengasingan hospital mendapati seorang wanita berselendang hitam berbaring di atas katil yang dijaga oleh dua anggota polis wanita. Dia telah diletakkan di bawah reman oleh pihak polis. -mStaron9

TERLALU TAKSUB WALAU BARU KENAL - SUAMI MUHDALINA




Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi menyebabkan isteri orang itu terjebak dengan perkara yang sungguh tidak masuk akal. Muhdalina sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di kakinya dan keadaannya dilaporkan stabil. Sementara itu, suami Muhdalina yang hanya dikenali sebagai Yusof berkata, dia yakin isterinya itu TERLALU TAKSUB dengan Khalil Afandi walaupun hanya mengenali lelaki itu melalui laman blog seminggu lalu. -SH



TAKSUB atau FANATIK - merupakan sifat yang keterlaluan & melampau dalam meyakini kepada sesuatu atau seseorang. Ini bertentangan dengan Islam kerana mengambarkan kejumudan dan kebekuan fahaman yang membuatkan hati menjauh dari sifat tasamuh & toleransi. 

-sumber-
pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !...

# Al-Fatihah untuk Allahyarham Khalil Afandi

 

Tuesday, 10 July 2012

MUHDALINA PEREMPUAN AMUK 'GILA INTERNET '

PUTRAJAYA - "Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini."

Demikian kata Ahmad Adam, 55, ayah Muhdalina, 28, yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

“Saya tidak sangka perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi telah menyebabkan anaknya itu terjebak dengan perkara yang tidak masuk akal seumpama itu.

“Saya percaya ini ekoran sikapnya yang ‘Gila Internet’ malah kami sendiri tidak pernah mengenali Khalil Afandi dan hanya kenal dia dari surat akhbar hari ini malah percaya Muhdalina hanya mengenali lelaki tersebut melalui internet sahaja,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.

Ahmad berkata, tiada sikap mencurigakan mengenai Ina melainkan dua hari sebelum kejadian dia menghantar dua anaknya ke rumah dan memaklumkan ada urusan untuk dua ke tiga hari malah, "kami tidak mengesyaki apa-apa."

“Dia tinggal bersama suami yang bekerja sebagai pemandu di syarikat yang sama di Rantau Panjang, Klang banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet dan bukan dikategorikan sebagai seorang yang memiliki pengetahuan agama tinggi,” katanya. -sH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive