Showing posts with label JATI. Show all posts
Showing posts with label JATI. Show all posts

Tuesday, 6 November 2012

POLITIK ANWAR TERGOYANG TETAPI DR MAZA PERTAHAN NURUL IZZAH ???



Kali ini Nurul Izzah dihentam oleh pihak JATI pulak dan bakal disiasat oleh JAIS... Nampaknya kini Nurul menjadi sasaran kerana bermulut celupar dan kurang arif mengenai Islam.

Bukan dari pro kepada UMNO/BN aje tapi MKP terkejut jugak Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh, secara tegas meminta mana-mana individu termasuk pemimpin parti politik agar tidak menyentuh hal-hal berkaitan agama Islam sekiranya 'kurang pakar' kerana ia boleh menimbulkan polemik dan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Kiranya pihak PAS pun tak mengiktiraflah kewibawaan Nurul izzah didalam hal Agama Islam,Jika begitu kehendaknya sudah nampak tembelang PAS dan PKR didalam pandangan mengenai Islam...Macam mana PKR dan PAS cakap mereka ini bersatu didalam Pakatan Harami padahal hanya sesetengah golongan aje yang sokong pendirian sesetengan pemimpin.Sah mereka ini berpecah....?

Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu diberi kebebasan untuk memilih agama selain Islam, membuka laluan dan tiket percuma kepada mereka yang mahu menyesatkan umat Islam, kata Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau menambah, pendirian Izzah yang kononnya berpandukan sepotong ayat Al-Quran itu telah membuka ruang yang cuba ditutup dan menjadikan gerakan memesongkan akidah bertambah kuat dan garang.
 Klik di : matkilaupenang

Tapi lain pulak bagi Dr Maza...beliau mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh Nurul Izzah melalui laman twiternya...sedangkan banyak pihak yang geram dan bengang dengan kenyataan oleh anak Pak Sheikh ni...

..YB Nurul Izzah baru bercakap dengan saya menerusi telefon, beliau maklumkan bahawa beliau langsung tidak menyebut 'melayu boleh murtad' dalam program tersebut..apa yang beliau sebut ialah tiada paksaan dalam dakwah kepada Islam, hal itu merangkumi semua bangsa..saya rasa kita kena berhati-hati mempercayai sumber berita yang disiarkan oleh sesetengah pihak.. - Dr Maza.

PT
Kalau Chua Soi Lek ke Lim Guang Eng ke yang taknak hudud tu boleh la diterima, ini orang Islam sendiri keluar kenyataan "orang islam perlu diberi kebebasan beragama" , memang bengong betul la anak si Anwar ni ??? Mana pemimpin Pas..takkanlah senyap tak ada langsung lkenyataan ???

Wednesday, 9 May 2012

BIAR BETUL !!! Saksi Murtad Diancam - Hassan seJATI



Hasan: Pasangan saksi isu murtad diancam
PETALING JAYA – Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa pasangan suami isteri murtad yang membuat pengakuan sebelum ini diugut selepas penayangan video mereka didedahkan.

Hasan turut mendakwa, bukan sahaja pasangan itu diancam dan diugut malah ia disasarkan terhadap anak-anak mereka.

Hasan berkata, kedua-duanya juga terlibat dalam kemalangan beberapa hari selepas itu.

“Mereka terlibat kemalangan apabila keretanya dilanggar lori beberapa hari selepas video itu ditayangkan. Teori mengatakan ia pelanggaran biasa tetapi ada mengatakan ia berkaitan pendedahan itu.

“Apapun ada orang datang jumpa dia. Ada panggilan ancam dia malah mengugut anak-anak dia,” katanya pada sidang media di rumahnya, semalam.

Ketika ditanya sama ada polis memberi perlindungan terhadap pasangan suami isteri itu, Hasan enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh dedahkan perkara-perkara ini tetapi mereka selamat cuma kenderaan rosak.

“Hal-hal berkaitan polis saya tidak menjawab lebih daripada itu tetapi laporan polis ada dibuat,” katanya.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive