Showing posts with label Adun. Show all posts
Showing posts with label Adun. Show all posts

Wednesday, 26 June 2013

ADUN Kuala Besut Meninggal

YB. DR. A RAHMAN BIN MOKHTAR, Ahi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu telah meninggal dunia pada jam 10.18 pagi tadi akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut mengalahkan calon Pas dalam pilihan raya lalu. Menurut Penasihat Agama Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Mohd Zin, jenazah allahyarham akan dikebumikan hari ini selepas asar.

Dilahirkan pada 28 Mac 1958 di Kg. Pulau Perhentian, allahyarham mendapat ijazah kedoktoran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudiannya mendapat ijazah lanjutan Master of Public Helath dari Manila.

YB Dr. Haji A. Rahman selalu mengimbau zaman kanak-kanak yang sederhana tetapi tetap bermakna sebagai seorang anak nelayan di Pulau Perhentian. Kini beliau sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

Antara kenangan yang tidak boleh dilupakan semasa menjadi seorang siswazah, YB Dr. Haji A. Rahman pernah bertanding dan menang dalam pilihanraya kampus perubatan UKM (PERSIAP), lalu menyandang jawatan setiausaha sukan dan kebajikan PERSIAP.

YB Dr. Haji A. Rahman merupakan sahabat karib dengan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Karim Mansor. Bila bertemu, dua sahabat rapat ini akan makan-makan sambil bersembang perihal politik dan kehidupan.

Di masa lapang, YB Dr. Haji A. Rahman juga gemar bersukan dan memukul bola golf. Al-fatihah buat allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat dan Rahim-Nya ke atas Allahyarham. Jasa mu dalam kenangan.

Sumber

Sunday, 14 October 2012

BETULKAH YB PAS NIKAH PANDAI TAPI HUTANG TAK BAYAR ???





Seharusnya, kerja yang baik harus disudahkan dengan baik. Akan tetapi, Yb Pas ni memilih jalan sukar kerana liat membayar hutang walaupun jumlahnya tidak seberapa kalau dibandingkan dengan pendapatannya sebagai exco Pas Kelantan???. Rupa-rupanya yb Pas ni hanya pandai dan reti tukar bini tapi tak pandai nak langsaikan hutang dengan peguam yang menyelesaikan kesnya dengan bekas bini muda beliau ???




Untuk rekod, Yb Pas ini berkahwin dengan Siti Aishah bt Abdullah selepas beliau menang  PRU 12 rakyat Kemboja keturunan Cina dan berumur 19 tahun pada 2003. Tapi dengan pertolongan peguamnya Mohd Zaki Zainal Abidin proses penceraian dengan Siti Aishah selesai. Tetapi mengikut Siti Aishah Yb Pas itu telah menceraikannya tanpa sebab.Tapi itulah perangai sebenar Yb Pas ini bila sudah selesai kesnya beliau begitu liat untuk melunaskan hutangnya dengan peguam yang membantu dalam kesnya itu ???

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :- Maksudnya :

"Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan."


Friday, 3 August 2012

KITA TIDAK BOLEH SEKAT YB NAK KAHWIN RAMAI - NIK ABDUL AZIZ



PAS tidak menghalang wakil rakyatnya untuk berkahwin lebih daripada satu asalkan berkemampuan dan memenuhi syarat-syarat untuk berpoligami, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

NONE"Kita tidak boleh sekat mereka (wakil-wakil rakyat PAS) nak kahwin berapa pun, walaupun sampai empat orang, itu masalah peribadi dan ia tidak bercangah dengan Islam asalkan ikut peraturan dan syarat-syaratnya," kata menteri besar Kelantan itu.

Nik Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di Kota Baharu, hari ini.

Beliau mengulas senario ramai wakil rakyat dari parti itu berkahwin lebih daripada satu termasuk dakwaan melalui blog dan Twitter yang mendakwa seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu telah mengahwini selebriti Abby Abadi (bawah) yang baru-baru ini menyertai PAS.

Bagaimanapun, ADUN berkenaan menafikan beliau berkahwin dengan selebriti itu.

NONENik Abdul Aziz berkata berkahwin ramai tidak menjadi kesalahan kerana ia menjadi hak peribadi seseorang.

Ditanya apakah tindakan sesetengah pemimpin politik PAS yang kahwin ramai itu boleh menjejaskan politik mereka, Nik Abdul Aziz berkata: "Itu dia punya pasal.

"Berkahwin boleh tapi biar dia fahamlah syarat, jangan semata-mata nak puaskan nafsu, jangan...(kerana) isteri hamba Allah juga. kewajiban kita jaga hamba Allah... Dia (isteri) izin, dia puas hati tak apa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri Kelantan juga akan membayar setengah bulan gaji dan bonus RM500 kepada kakitangan awamnya sebagaimana dilaksanakan kerajaan pusat, sebelum hari raya ini.

"Perkara ini telah diputuskan di dalam perbincangan di peringkat negeri dan saya sendiri tanda tangan (kelulusan)," katanya.

- Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive