Showing posts with label besut. Show all posts
Showing posts with label besut. Show all posts

Wednesday, 26 June 2013

PRK Yang Kritikal Kepada UMNO - Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut bakal menyaksikan saingan sengit ekoran kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar akibat kanser paru- paru pada pagi Rabu.

"Ini satu pilihan raya kecil yang sangat kritikal, kerana majoriti yang diperolehi oleh Umno di situ (kerusi Kuala Besut) agak membanggakan.

"Namun mereka (Umno) hanya mendapat kelebihan dua kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.

Anwar turut melahirkan keyakinan pilihan raya kecil yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tersebut merupakan peluang terbaik kepada dan Pakatan Rakyat merampas kembali kerusi berkenaan.

"Kita ucapkan takziah kepada keluarga arwah (Adun Kuala Besut). "Saya percaya PAS juga akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Dr A.Rahman meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi, Rabu di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi. Pilihan Raya Kecil Kuala Besut bakal menyaksikan saingan sengit kerana Barisan Nasional (BN) memperoleh 17 kerusi sementara PAS mendapat 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu pada PRU-13.

Sumber

ADUN Kuala Besut Meninggal

YB. DR. A RAHMAN BIN MOKHTAR, Ahi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu telah meninggal dunia pada jam 10.18 pagi tadi akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut mengalahkan calon Pas dalam pilihan raya lalu. Menurut Penasihat Agama Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Mohd Zin, jenazah allahyarham akan dikebumikan hari ini selepas asar.

Dilahirkan pada 28 Mac 1958 di Kg. Pulau Perhentian, allahyarham mendapat ijazah kedoktoran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudiannya mendapat ijazah lanjutan Master of Public Helath dari Manila.

YB Dr. Haji A. Rahman selalu mengimbau zaman kanak-kanak yang sederhana tetapi tetap bermakna sebagai seorang anak nelayan di Pulau Perhentian. Kini beliau sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

Antara kenangan yang tidak boleh dilupakan semasa menjadi seorang siswazah, YB Dr. Haji A. Rahman pernah bertanding dan menang dalam pilihanraya kampus perubatan UKM (PERSIAP), lalu menyandang jawatan setiausaha sukan dan kebajikan PERSIAP.

YB Dr. Haji A. Rahman merupakan sahabat karib dengan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Karim Mansor. Bila bertemu, dua sahabat rapat ini akan makan-makan sambil bersembang perihal politik dan kehidupan.

Di masa lapang, YB Dr. Haji A. Rahman juga gemar bersukan dan memukul bola golf. Al-fatihah buat allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat dan Rahim-Nya ke atas Allahyarham. Jasa mu dalam kenangan.

Sumber

Monday, 17 June 2013

Suami Tangkap Isteri Selepas Berzina Dengan Jantan Dalam Bilik Sendiri !!!

BESUT – Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan
Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya. – Sinar Harian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive