Tuesday, 29 October 2013

Terbaik!!! Komen Syamsul Tentang Hudud Negara Brunei



Negara Brunei Darussalam mengumumkan pelaksanaan hudud menerusi undang-undang Kod Penal Syariah baru-baru ini.

Ia diumumkan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang mana penguatkuasaan hukum Hudud akan dilaksanakan termasuk hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak juga akan dilaksanakan, Alhamdulillah.

Pengarah KL Gangster, Syamsul Yusuf juga memberi komen tentang perkara tersebut melalui laman Twitternya baru-baru ini.

Syamsul memuji dan bersetuju dengan pelaksanaan Hudud yang dilakukan Brunei dan berharap satu hari nanti Malaysia pun akan mengamalkannya untuk menegakkan undang-undang Islam.

Alhamdullillah, dia agak faham! Tak seperti sesetengah yang lain, sebut pun takut!!


PT
Terbaik anak Yusuf Haslam, Alhamdullillah, dia agak faham! Tak seperti sesetengah yang lain.....

#PRKSgLimau - Syiah Kembali Bantu Pas Berkempen???

Petang semalam, banner yang memaparkan sokongan Syiah kepada calon PAS, Azam Samad masih ada lagi di simpang masuk ke Kampung Sungai Kering. Banner tersebut jelas memaparkan ciri-ciri Syiah yang amat ketara terutama pada seruan kepada Ali yang dianggap oleh Syiah sebagai TAJALLI ALLAH TAALA yang kemudian dilunakkan agar dapat diterima oleh umat Islam sebagai WALI ALLAH.


Malam tadi, ketika tinjauan dibuat di sekitar Sungai Limau, banner Syiah di Sungai Kering sudah tiada. Sayangnya, gambar yang dirakamkan tidak begitu sesuai untuk disiarkan kerana terlalu gelap.

Nampaknya, PAS sudah semakin gementar. Rahsia sudah terdedah. Tembelang dah pecah. PAS tidak sahaja dikaitkan dengan Syiah bahkan calon PAS sendiri pun, mempunyai masalah yang cukup besar berdasarkan latar belakang dan kerja-kerja jahatnya terhadap Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika bekas Pesuruhjaya PAS dan Menteri Besar Kedah itu masih hidup.

Apakah PAS fikir, dengan menurunkan, mencantas atau merosakkan banner yang dipercayai dibuat oleh penyokong-penyokong Syiah Kedah itu, mereka akan dapat menghilangkan atau menyembunyikan perkara sebenar?

Selama ini pun, PAS kerap membuat penafian berhubung pembabitan parti tersebut dengan Syiah tetapi dari sehari ke sehari, bukti-bukti yang dipaparkan semakin jelas dan sangat meyakinkan.

PRK DUN Sungai Limau sudah pun membuktikan kebenaran berkenaan.

PT
PAS dan SYIAH kan ke adik beradik, kalau tak masakan waktu proses pengundian Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang lalu 9 ADUN PAS mengundi menentang rang undang-undang tersebut. Tanpa SYIAH, PAS tak perolehi undi yang banyak pun, malah tersungkur jatuh teruk menyembah bumi terus. Tu sebab terpaksa naikkan Timb. Presiden yang terang-terangan menyokong SYIAH untuk tagih undi demi kuasa.


Syiah ni dah lama bertapak di Kedah ,Mat Sabun memang Syiah pun tapi Pas kata syaitan pun demo terima janji sokong Pas, inikan pulak Syiah no hal punya, kalau kerajaan langit ayah pin sokong Pas, silap-silap demo kata perjuangan ayah pin halal.....Kalau umno menang di Sungai Limau ,bererti kepercayaan rakyat disana sudah terhakis..tambah-tambah lagi DAP masih akrab dengan PAS, walaupun demo tu terang-terang menentang penubuhan negara Islam kalau dapat Putrajaya....

Jurulatih Malaysia - Kelantan Bakal Juara Piala Malaysia 2013???

Kehangatan Final Piala Malaysia 2013 makin terasa , pegumuman harga tiket sudah di putuskan , 75,000 tiket telah di putuskan oleh FAM untuk di jual untuk Final Piala Malaysia edisi kali ini.


Namun yang paling hangat adalah ramalan -ramalan jurulatih tempatan , rata -rata antara mereka meramalkan Kelantan akan menjadi juara untuk edisi kali ini .

Ikuti kata jurulatih tersebut :

B. Sathianathan ( Jurulatih ATM ) - penentuan juara ibarat bergantung kepada kemahuan Kelantan mahu atau tidak untuk bergelar juara lagi,

Beliau meramalkan perlawanan akhir itu akan berakhir dalam 90 minit masa sebenar yang memihak Kelantan 1-0 atau 2-1.

Tidak mungkin terheret ke masa tambahan biarpun saya puji Pahang yang memiliki Azamuddin Akil, Matias Conti dan R. Gopinathan. Ramai pemain Kelantan yang boleh dikatakan susah nak dikawal tetapi jika Kelantan main lewa atau ambil mudah, keputusannya boleh berubah, katanya.

Ismail Zakaria ( Jurulatiah Sime Darby ) - Kelantan ada pengalaman dan ramai pemainnya kerap beraksi pada perlawanan akhir,katanya, bahagian tengah dan serangan mereka juga lebih baik dan berkualiti,mungkin keputusannya Kelantan menang 2-0 dalam 90 minit.

Namun, jangan pandang rendah Pahang kerana jika Kelantan berbuat begitu dan mengambil ringan lawan, boleh berulang seperti ATM mendahului mereka 2-0 pada separuh akhir di Kota Bharu (Jumaat lalu).

"Mungkin ramai meletakkan Dickson Nwakaeme (pemain import Nigeria) yang menjadi perhatian tetapi saya lebih menggemari dua pemain tempatan Kelantan, Nor Farhan Muhammad dan Badhri Radzi sebagai bintang perlawanan akhir itu, katanya.

Menurut Ismail, Pahang hanya mampu mengubah ramalan keputusannya itu dengan bersandarkan keinginan meluap-luap barisan pemain mudanya untuk menjulang Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 1992 dengan menewaskan Kedah 1-0.

Setelah sekian lama Pahang tidak memasuki perlawanan akhir, sudah pasti semangat dan keazaman pemain mereka lebih tinggi berbanding Kelantan yang sudah dua kali juara Piala Malaysia (2010 dan 2012).

Pemain muda ini juga mempunyai motivasi lain iaitu untuk menghadiahkan Sultan Pahang sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-83, Khamis lalu," katanya yang membawa Sime Darby menceburi Liga Super musim depan, bergelar naib juara Liga Perdana dan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2013.

Azraai Khor Abdullah ( Bekas jurulatih Perak ) - Beliau meramalkan Kelantan menang dengan keputusan 3-1 tanpa memerlukan masa tambahan 30 minit,ramai pemain Kelantan sudah berpengalaman perlawanan akhir Piala Malaysia (2009, 2010 dan 2012) dan barisan yang hampir sama akan bermain lagi.

Kualiti Kelantan sudah terbukti ketika separuh akhir kedua menentang ATM apabila dalam 10 minit terakhir pemain mereka masih boleh menyengat. Badhri bakal menyerlah lagi kerana dia mampu mengawal dan mencipta rentak permainan malah menjaringkan gol.

Kelantan terlalu bagus untuk ditewaskan sedangkan Pahang mungkin terlalu bergantung kepada Conti, Alex (Azamuddin) dan Fauzi Roslan (penjaring gol penyamaan separuh akhir kedua menentang Sarawak, Sabtu lalu) katanya.

Apa-apa pun itu pandangan mereka sama -sama kita tunggu perlawanan tersebut Ahad nanti siapakah akan muncul JUARA PIALA MALAYSIA 2013. - Sumber

PT
Tapi yang peliknya ada juga jurulatih di Malaysia ni masih tak reti-reti menilai mutu dan kebolehan permaianan PIYA!!! Tersangat Pelik!!!

Monday, 28 October 2013

Celaka Punya Pak Guard Indon Nih???

Mat indon bukan bodoh, nampak dia ambil kesempatan kelemahan sistem keselamatan kita, mungkin dia dah rancang lama nak rompak bank ni, biar berbaloi....sebab kerja ni hidup mati.....


Nampak isu ni kecik je.....tapi kalau kaji balik impaknya cukup besar...cuba puok demo gi siam, atau gi indon, berani ke buat kerja ni samun ni???

Dia masuk Malaysia....mudah saja beli ic, macam beli kacang..siap boleh kerja...nasib baik tak kerja di bank negara kalau tak!!!

Adakah Ini Account Facebook Pembunuh Pegawai Bank Ambank?

Muka sama beb.
Sebiji.
Rujuk bawah ;




Sama kan? Sama kan? Hah, tadi dapat info dari member facebook. Dia cakap inilah account facebook pembunuh tu. Tengok muka memang sebijik. Nama pula lebih kurang. Kerja pula nampak macam sekuriti juga kalau diperhatikan gambar dia.

Dan kebetulan dia orang Indonesia. Budak dalam account facebook pun orang Indonesia juga.

Cakap-cakap Indonesia apa semua. Last update 21 October hari tu. Itulah tarikh sebelum kes rompakan berlaku. Sebelum si CILAKAK menghilang lepas rompak dan bunuh orang.

Cilakak!!!

Tunjuk gambar mandi macam KACAK. Kalau betul itu la dia, memang CILAKAK!!!

Kalau diperhatikan dari rekod-rekod facebook dia, memang rata-rata kawan dia semua spesis Indonesia. Dan dia sering kemaskini laman dalam bahasa Indonesia. Yang buat aku pelik bin hairan tu macam mana orang tak boleh kesan dia ialah orang Indonesia? Sabah lain la. Kalau demo biasa berkawan dengan orang sabah bahasa demo tu lain. Kita mesti boleh beza punya antara orang-orang Sabah dengan orang2-orang Indonesia.

Dan misteri kad pengenalan palsu semakin mengelirukan.

Korang akan dapati ia bukan sekadar kad pengenalan palsu beb. Siyes. Sepalsu2 kad pengenalan itu sekalipun, takan mampu lepasi rekod untuk buat account bank beb.

Rujukan account facebook ==> https://www.facebook.com/ardi.putrakatela

Apa pun aku rasa ini memang dia. Cuba tengok dia update apa ;




Aku start was-was dah, bila PDRM cakap dia hanyalah pegawal yang menggantikan rakan dia yang tidak bertugas pada hari tu... - Sumber

Rupa2nya Ramai PATI Jadi Pengawal Keselamatan???

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesan ramai warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sektor berisiko tinggi seperti di institusi perbankan di seluruh negara.

Perkara itu dikesan menerusi beberapa serbuan yang dijalankan di seluruh negara setiap tahun dan mendapati sebahagian besar warga asing ditahan kerana memiliki kad pengenalan palsu.

Lebih membimbangkan ialah mereka ini pekerja di syarikat-syarikat keselamatan yang diberi permit yang sah kemudiannya ditugaskan dalam pelbagai industri termasuk menjaga keselamatan bank-bank seluruh negara.

Pembunuhan kejam seorang pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37, di Subang Jaya pada Rabu lalu, membuka mata banyak pihak terhadap mudahnya warga asing ini memperoleh kad pengenalan palsu.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, Norazita maut ditembak di muka sejurus selepas membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah kejam itu.

Pengarah Siasatan Dan Penguatkuasaan JPN, Wan Zakaria Wan Awang mendedahkan, pihaknya telah lama mengesan perkara tersebut melalui beberapa serbuan yang dijalankan di seluruh negara.

Katanya, meskipun tangkapan terhadap mereka yang memiliki kad pengenalan palsu tidak banyak, namun pasti ada yang ditahan berkhidmat di bahagian keselamatan seperti di sektor berisiko tinggi.

Lebih mengejutkan katanya, JPN pernah menahan seorang warga Filipina yang mempunyai kad pengenalan palsu tetapi bekerja sebagai pengawal keselamatan yang menjaga stor senjata api syarikat berkenaan.

"Menerusi pengalaman saya sendiri dalam satu serbuan yang dijalankan di Lembah Klang baru-baru ini, lebih 10 warga asing ditahan atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu bekerja sebagai pengawal keselamatan.

"Saya sendiri tidak terkejut apabila sekarang timbul isu pengawal keselamatan warga asing diambil bekerja di bank kerana ini sememangnya berlaku.

"Malah saya sendiri yakin masih ramai lagi pengawal keselamatan yang memiliki kad pengenalan palsu dibekalkan syarikat keselamatan untuk berkhidmat di sektor-sektor sensitif," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Utusan Malaysia semalam, mendedahkan suspek utama kes pembunuhan Allahyarham Norazita iaitu seorang pengawal keselamatan warga Indonesia dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan harga RM200 sahaja.

Kad pengenalan itu menjadi tiket kepadanya untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bekerja di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang.

Ditanya dari mana warga asing ini mudah mendapatkan kad pengenalan palsu, Wan Zakaria memberitahu, lokasinya tidak dapat dikenal pasti kerana warga asing yang melakukan kesalahan itu ditahan di banyak negeri.

"Serbuan terbesar kita adalah di Perak baru-baru ini dan banyak lagi kita kesan termasuk di Lembah Klang.

"JPN percaya mereka ini membayar kira-kira RM500 untuk mendapat sekeping kad pengenalan palsu dan mencari rezeki di negara ini," ujarnya.

Wan Zakaria turut mencadangkan agar setiap syarikat keselamatan membawa kesemua pengawal keselamatan yang mendakwa mereka memiliki kad pengenalan ke JPN untuk pemeriksaan cap jari.

Langkah mengimbas cap jari adalah yang paling berkesan kerana itu akan mengesan seseorang itu warganegara Malaysia atau sebaliknya, kata beliau.

"Malah setiap syarikat perbankan boleh melaporkan terus kepada JPN sekiranya mengesyaki pengawal keselamatan yang dibekalkan adalah warga asing menggunakan dokumen palsu.

"JPN akan melakukan serbuan untuk pemeriksaan kerana perkara sama sering dibuat terhadap kilang-kilang yang khidmat pengawal keselamatan mereka dicurigai pihak pengurusan," katanya. - Utusan

#PRKSgLimau!!! Fatwa Terbaru Ostazah Abbiey - UMNO Punca Artis Maksiat???


PETALING JAYA: Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi menyelar kenyataan pelakon dan penyanyi Abby Abadi yang menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

"Soal agama adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya menuding jari kepada pihak lain.

"Politik tidak boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan," katanya ketika dihubungi mStar Onlinepada Ahad.

Dalam ceramah di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada malam Sabtu lalu, Abby menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

Abby mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Dalam pada itu, Zed Zaidi turut mempertikaikan perjuangan Abby dalam parti Pas yang dilihat tidak ikhlas dan hanya bersuara apabila berceramah untuk membantu parti tersebut ketika pilihan raya.

Jelas Zed, ceramah yang disampaikan oleh Abby hanya mencari kesalahan orang lain selain menabur fitnah sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini?

Anne memberitahu Umno sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.

"Abby hanya muncul dan lantang bersuara hanya pada ceramah-ceramah untuk membantu calon pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam," jelasnya.

Sementara itu, pelakon Naszriah Ngasri memberitahu sepanjang terlibat sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dia tidak melihat parti komponen BN itu menyesatkan dunia hiburan sebaliknya parti itu sentiasa menegakkan syiar Islam dikalangan ahli-ahlinya.

Kata Naszriah atau lebih mesra dengan sapaan Anne, Umno juga sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.

"Sebagai rakan artis saya menghormati kenyataan Abby dan menganggap itu kenyataan peribadinya sendiri. Pada saya dosa dan pahala tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana parti dan ia mengenai diri masing-masing dan bukan ditentukan oleh orang lain.

Tambah Anne sepanjang bergelar artis, dia belum pernah melihat pihak produksi melarang atau tidak membenarkan artis atau pun krew untuk bersolat. - Sumber

HOT!!! MB Selangor Bakal Diganti Azmin???


SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak desas-desus bahawa jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor bakal diambil alih oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

Malah beliau menyifatkan desas-desus itu sebagai 'asam garam dalam dunia politik'.

"Tidak mengapa... saya tidak terganggu dengan segala khabar angin ini. I sangat realistik kerana saya dari sektor korporat dan apa yang penting ialah berkhidmat untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Our Environment Our Health' di sini Ahad.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Ahad melaporkan wujudnya desas-desus bahawa Mohamed Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid selepas beberapa pihak dalam PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Menteri Besar itu.

Abdul Khalid turut dikritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik.

Mengulas kritikan itu, Abdul Khalid berkata sebagai pemimpin, beliau harus berhati-hati dan berdisiplin dalam menggunakan segala sumber yang ada bagi memastikan pentadbiran di Selangor berjalan lancar.

"Sebab itu saya ingin berkongsi pengalaman saya yang terhad dalam bidang korporat untuk diterjemah ke dalam operasi negeri.

"Apapun saya berpendapat orang ramai harus mengkritik dan kita harus benarkan kritikan kerana dari kritikan itu, kita akan belajar untuk jadi lebih baik," katanya.

Menyentuh tindakan beberapa pihak dalam PKR yang dikatakan membuka akaun khas di laman sosial bagi mengkritik kepimpinan dan 'membunuh' karakter beliau, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak boleh dihalang kerana dalam kemajuan teknologi masa kini, masyarakat bebas mengutarakan pendapat masing-masing.

"Tidak mengapalah... baik dan buruknya perkara ini ialah kita sekarang lebih terbuka memandangkan kita ada Facebook dan Twitter, dan perkara ini sama di negara lain juga. Kita tidak boleh halang tetapi akhirnya nanti masyarakat yang akan putuskan mana baik dan buruk," katanya. - BERNAMA

Sunday, 27 October 2013

Taktik Phahrolrazi Menjadi???


Masa Allahyarham Azizan hidup, musuh ketatnya si Phahrolrazi yang banyak kutuk, caci maki dan buat macam-macam cara untuk jatuhkan Allahyarham Azizan.

Ada orang yang pertikaikan hubungan diantara Phahrolrazi dan calon Pas si Azam. Sedangkan hubungan mereka disahkan sendiri oleh Phahrolrazi. Datuk kepada si Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk kepada Phahrol, Aziz Pendang merupakan dua beradik.

Malah mereka merupakan ahli keluarga yang agak rapat.

Walaupun ada kenyataan daripada isteri Allahyarham Ustaz Azizan yang menyatakan Azam ada 'bau-bau bacang' dengan Allahyarham Ustaz Azizan, tetapi hubungan diantara Azam dan Phahrol lebih rapat malah Azam dikatakan berada di 'Team Phahrol' semasa Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Kalau nak ikutkan hubungan keluarga dengan Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suhaimi bekas Ketua Bahagian UMNO Jerai juga sepupu Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suraya Yaacob, Exco Wanita Kedah, juga dua pupu dengan Allahyarham Ustaz Azizan. ...

Jadi apa sangat la nak dihairankan jika si Azam ada bau-bau bacang dengan Allahyarham Ustaz.

Cuma apa yang menjadi fokus kita sekarang, si Azam ni 'budak kepada Phahrolrazi' yang dihantar untuk menawan Sungai Limau dari sekutu Allahyarham Ustaz Azizan. 

Pemilihan waris Phahrolrazi itu sedikit sebanyak boleh mencacatkan kempen Pas di Sungai Limau kerana semua sudah maklum bahawa semasa Kedah ditadbir oleh Pas, Phahrolrazi antara petualang yang menjahanamkan pentadbiran arwah..

Selepas Pas kalah di Kedah, Phahrolrazi melepaskan jawatan sebagai timbalan pesuruhjaya 1 kerana tidak sebulu dengan Mahfuz.. Perletakkan jawatan itu dilihat ada sesuatu yang tidak kena dalam Pas Kedah dan ini membimbangkan.

Mungkin sebab itu saudara Azam Samat dipilih bertanding di Sungai Limau... Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Ust Azizan MEMPERTIKAIKAN tindakkan calon Pas tergamak BERBOHONG kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah..

Keluarga arwah juga kesal kerana calon pas mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon Pas ini merupakan salah seorang yang menetang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam diam..

Pas nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar arwah Ust Azizan untuk undi simpati.. Gambar calon Pas dengan arwah pun Pas terpaksa Photoshop semata mata untuk meraih sokongan...Hakikatnya Calon Pas Prk Sg Limau adalah anak sepupu kepada Phahrolrazi. - Sumber

[FOTO] Yang Patut Ahli Pas Lihat!!!




Dengan bola sepak dapat manjalinkan ukhwah antara 2 pemimpin PAS dan UMNO,Politik ada medannya,jadi mengapa kita nak bermasam muka antara sesama muslim..


Tetapi dulu-dulu semasa Kelantan dibawah Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz pernah mengeluarkan kenyataan seperti dilaporkan dalam Harakah...

29 Mei 2013

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

May 17, 2013
Ini pulak kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas

Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.


PT
Tapi sekarang Kelantan dibawah MB yang baru Datuk Ahmad Yaakob yang ternyata jauh lebih cerdik dan berpandangan kedepan demi penyatuan sesama muslim....Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Syukur Alhamdulillah.. semoga bibit-bibit penyatuan ini dipanjangkan demi Allah, demi Rasulullah, demi ummah ahli sunnah wal-jammaah dan demi kalimah Laa-ila-ha-illallah Muhammadar-Rasulullah.

#PRKSgLimau - Pengarah Tadika Vs Pensyarah!!!

Pilihan Raya Kecil Sungai Limau bakal berlangsung 4 November ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional dan juga PAS.Kedua-dua calon ini sekarang sedang giat berkempen untuk menempuh PRK ini dengan berusaha untuk memenangi hati pengundi di Sungai Limau.Mari kita lihat biografi kedua-dua calon ini,pertama kita selak latar belakang calon PAS.


Ketua Pemuda PAS Jerai,Mohd Azam Samat merupakan pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah.Beliau berumur 37 tahun dan mempunyai lima orang anak.Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah lulusan Universiti Al Azhar Mesir dan juga memegang Diploma Pendidikan Pengajian Islam.Dalam bidang politik,selain ketua pemuda PAS Jerai,beliau juga merupakan Exco Pemuda PAS Negeri Kedah. 

Calon BN pula menampilkan Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan beliau mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan,Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu,Guar Chempedak.

Jadi sudah jelas nampak perbezaan dua calon BN dan PAS ini,perbandingan antara Pengarah Tadika dan juga Pensyarah Kanan Universiti.Antara mereka berdua,nampaknya calon BN lebih berkredibilti untuk mentadbir Sungai Limau berdasarkan latar belakang dan pengalaman yang ada sebagai seorang pensyarah.Tinggi mana pun belajar,pengalaman adalah lebih berguna untuk mentadbir.

Berdasarkan umum calon BN yang sudah 52 tahun,rasanya beliau lebih banyak makan garam berbanding calon PAS yang baru 37 tahun.Pertaruhan PAS nampaknya kurang menggigit,tetapi tiada siapa dapat menjangka apa yang bakal terjadi.Cuma kalau pengundi bijak,mereka pasti tahu bagaimana untuk menilai dan memilih wakil rakyat mereka.

Apa yang pasti,penduduk Sungai Limau perlukan perubahan dan kemajuan di tempat mereka seiring dengan kawasan lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.memang betul dan saya akui agama penting, bagaimana pula dengan pembangunan ??? Adakah itu juga dituntut dalam Islam ??? - Sumber

Penyebar Klip Video Dicari!!!

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan dua anggotanya dari Balai Polis USJ, Subang Jaya bagi membantu siasatan berhubung penyebaran klip video rakaman kes tembak mati seorang Pegawai Operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan, keterangan kedua-dua anggota itu telah dirakam bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

"Kita juga akan menjalankan siasatan ke atas pekerja di bank itu bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mangsa mati ditembak di dalam bilik kebal," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, selepas mangsa membuka pintu bilik kebal bank itu.

Thursday, 24 October 2013

Terkini!!!! Foto Suspek Tembak Mati Pegawai Ambank Ditahan???

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek dikenali sebagai Ardi Hamza dan berasal dari Sabah.

"Kita telah mengenal pasti identiti suspek tetapi apabila diperiksa kad pengenalannya, dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Abdul Rahim memberitahu, pihaknya menyiasat sekiranya suspek berkemungkinan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu.

"Sebenarnya suspek berkhidmat di Bank Muamalat yang terletak bersebelahan AmBank dan merupakan pengawal gantian di bank itu hari ini.

"Kami telah mendapatkan maklumat dari syarikat keselamatan dan mereka memberitahu, suspek telah bekerja sebagai pengawal selama setahun dan telah bertugas di pelbagai bank," 

Dari sumber yang lain suspek dikatakan telah ditahan di LCCT. Menurut info dari rakan yang bekerja dengan MAB (yang belum dapat dipasti kesahihannya) suspek sudah berjaya ditahan ketika membeli tiket di LCCT.

Jika benar maka jutaan tahniah kepada pihak POLIS yang berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan penangkapan lelaki berasal dari Sabah tersebut.

Diharapkan keluarga mangsa akan bersabar dan tabah menerima ujian Allah ini.

Sumber sahabat Panglima Perang Siber.

Pak Guard Tembak Mati Pegawai Bank Setelah Merompak Bank!!!

Pilu dan menyayat hati!!!
Kekejaman pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank dalam kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, Jln USJ SENTRAL 2, USJ Sentral Subang Jaya.
Mangsa yang ditembak bertugas sebagai operation officer Ambank nama Noazita bt Abu Talib berumur 37 tahun.Mangsa dikatakan sudah berkhidmat selama 16 tahun bersama Ambank. Kejadian berlaku lebih kurang jam 6 petang yang mana suspek nama Ardi bin Hamza umur lebih kurang 37 tahun yang beralamat Jalan Apas Batu 2 no 70 Tawau Sabah.
Suspek menggunakan senjata jenis pumpgun dan sebanyak 1 das tembakan di lepaskan dan mengenai muka mangsa ketika mangsa sedang membuka peti kebal dan suspek melarikan wang dalam jumlah yang tidak diketahui.Kenderaan yang suspek gunakan disyaki motosikal.dan sedang dikesan..
Di bawah  gambar arwah bersama suami dan anak-anak
AL-FATIHAH buat mangsa dan salam TAKZIAH buat suami dan anak-anak mangsa..
Sumber

Wednesday, 23 October 2013

Hebat!!! Kit Siang Diberi Tugas Pujuk Pengundi Sg Limau

Kit Siang Pujuk Penduduk Sg Limau Di dalam keghairahan pengundi Sungai Limau untuk menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau, mereka dikejutkan dengan kehadiran penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika malam pengumuman calon Pas semalam.

Tambah mengejutkan ahli parlimen Gelang Patah itu, turut dibenarkan untuk berucap di hadapan ahli dan penyokong Pas yang rata-rata terdiri daripada penduduk kampung. Sudahlah rata-rata di kalangan mereka dipaksa hadir untuk mendengar ceramah dalam keadaan hujan.

Tetapi mereka juga turut diminta duduk di atas tanah yang masih bertakung air kerana pihak penganjur tidak menyediakan kerusi berbanding para pemimpin pakatan pembangkang yang selesa di kerusi empuk di atas pentas.

Tambah menarik, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar turut menjadikan isu tersebut sebagai modal lawak ketika berceramah dengan meminta para hadirin duduk di atas tanah supaya air yang banyak bertakung di kawasan tersebut cepat kering.

Namun ‘lawak bodoh’ itu hanya mendapat sambutan hambar penyokong Pas. Ini kerana, mereka bukan sahaja geram kerana dipaksa hadir dalam keadaan yag tidak selesa, namun paling menyakitkan hati apabila melihat kelibat Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkongsi pentas dengan Presiden Pas, Hadi Awang dan pimpinan parti yang lain.

Malah ketika Kit Siang berucap, ada di kalangan ahli Pas yang melahirkan rasa kurang senang dan tidak bersetuju dengan pendekatan parti itu menggunakan Kit Siang. Ini kerana umum mengetahui DAP dan Kit Siang adalah merupakan antara mereka yang sangat kuat menentang Islam.

Paling menjengkelkan apabila, di dalam ceramahnya Kit Siang cuba menafikan kononnya dia anti-Islam. Salah seorang pengunjung yang enggan mendedahkan identitinya, mengatakan dia langsung tidak bersetuju dengan keputusan Pas pusat untuk mendapatkan sokongan Kit Siang.

Paling mengecewakan katanya, Pas buka setakat menagih sokongan DAP, malah turut membawanya hadir sebagai penceramah di Sungai Limau. Ini kerana mereka tahu, Kit Siang adalah antara ‘Mastermind’ yang mahu memastikan kalimah Allah dapat digunakan oleh mereka yang beragama Kristian di dalam kitab Bible.

Menurutnya, dengan kehadiran Kit Siang di Sungai Limau ini, ia seolah-olah memberikan gambaran kepada mereka, Pas secara dasarnya telah bersetuju dengan gerakan musuh Islam itu.

Pada mereka, kehadiran Kit Siang di Sungai Limau ini bukan sekadar ingin meraih undi tetapi agenda utamanya ialah untuk menerangkan rasional penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Paling malang, gerakan tersebut turut disokong oleh mereka yang bergelar ulama. - Sumber

Sunday, 20 October 2013

Pemilihan Umno - Kejamkah UMNO Kepada Yang Kalah???

Pemenang Dan Yang Kecundang Dalam Pemilihan Umno Pemilihan Umno selesai, dan inilah yang menang dan kalah:

Datuk Seri Najib Razak

Dia mahu status quo dan dia dapat. Beliau mungkin menjadi bahan jenaka di Malaysia kerana sentiasa diam untuk semua isu penting dalam negara dan mempercayai bahawa semua masalah boleh diselesaikan dengan menghamburkan wang, tetapi nampaknya dalam Umno, dia bertambah kukuh.

Semua orang kanannya - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi , Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipilih semula sebagai naib presiden semalam. Juga melindungi dirinya di kiri dan kanan adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengamuk terhadap Najib, ia hanya mampu membuat bising sahaja kerana bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai mereka yang berkuasa di jawatan kanan Umno untuk menggoncang Najib.

Najib berada dalam kedudukan yang lebih kukuh dalam parti itu berbanding selepas pilihan raya 5 Mei lalu. Tetapi adakah dia akan melakukan apa-apa dengan mandat itu atau dia akan kekal sebagai Mr Tanpa Nama?

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Jika dalam pilihan raya akan datang Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertanding, siapa lagi yang akan menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tidaklah buruk sangat menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998 dan sehingga beberapa tahun lalu beliau masih merenung masa depan politiknya dan harga untuk menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak baik untuk seseorang tanpa graviti atau mempunyai kehebatan intelektual sebagaimana beberapa bekas timbalan perdana menteri sebelum ini, seperti Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Musa Hitam. Tetapi siapalah kita untuk mengatakan apa-apa. Umno benar-benar suka kepada yang pandai bercakap dan beretorik sayap kanan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Ingatkah rakan sekelas anda yang tidak melakukan apa-apa sepanjang tahun, tetapi bertungkus lumus sebulan menjelang peperiksaan dan berjaya lulus SPM. Begitu juga menjelang STPM, dan dia mengikis untuk melepasinya. Sekarang fikirkan Hishammuddin Hussein.

Dia tidak melaksanakan tugasnya dengan baik sebagai Menteri Pelajaran dan hanya berjaya mencelah di saat akhir sebagai naib presiden dalam pemilihan parti yang lalu, terima kasih kepada campur tangan saat akhir sepupunya, Najib. Kali ini, dia terpaksa menggunakan seluruh tenaganya untuk menang.

Hatta Shahrizat terpaksa menggerakkan Wanita Umno untuk membantunya, satu peralihan yang cukup sedih untuk seorang bekas Menteri Dalam Negeri. Kali ini, dia terpaksa berlari sendiri.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Beliau mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno dengan begitu selesa dan meletakkan dirinya sebagai reformis dalam parti (ia hanya penjenamaan kerana dalam Umno reformis adalah seseorang yang mengatakan dia adalah reformis.

Melaksanakan apa yang dikata hanya satu pilihan bukan kemestian). Dengan Datuk Mukhriz Mahathir terkeluar daripada saingan dan keupayaan Dr Mahathir untuk mempengaruhi Umno semakin lemah, Khairy dijangka akan mengambil tempat lebih tinggi dalam Umno.

Beliau juga dijangka akan bertanding naib presiden dalam pemilihan akan datang. Sebagai seorang yang lebih dikenali sebagai menantu Tun Abdullah Badawi, beberapa bulan kebelakangan ini tidaklah buruk sangat untuk beliau.

Ahmad Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin Hussein. Salah satu daripada mereka akan boleh berakhir sebagai Perdana Menteri. Ada Zahid yang sehingga hari ini masih tidak dapat menjawab tuduhan kronisme yang dibangkitkan terhadapnya oleh Dr Mahathir pada 1998 atau menafikan dakwaan menyerang rakan anak perempuannya.

Dia diiapit oleh kenyataan yang penuh dengan cauvinis, hasutan atau hanya cakap kosong yang tidak masuk akal.

Shafie pula tidak berwarna, dengan prestasi lemah yang dibawa dari Sabah manakala Hishammuddin yang terkenal dengan keris terhunus semasa perhimpunan Umno 2006 tetapi hanya mampu melihat jenayah menjadi masalah semakin serius ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri.

Tetapi ini adalah yang terbaik yang boleh ditawarkan Umno. Umpama pasukan bola sepak Malaysia: dengan wajah pucat lesi Arumugam, Soh Chin Aun dan Mokhtar Dahari .

Tun Dr Mahathir Mohamad Bekas perdana menteri itu masih mempunyai beberapa tarikan dalam Umno tetapi tidak berpengaruh sangat sebagaimana yang ditulis oleh penulis blog dan penyokong serta keluarganya ingin percaya.

Tanpa nama Dr Mahathir dan kempen sengit bapanya, Mukhriz sudah lama hancur. Namun, tidak ramai ingin mengingati mereka yang kalah atau jumlah kekalahan mereka. Dalam Umno, ia lebih kejam lagi. Hanya sedikit yang mengingati mereka.

Ahli parti hanya menghormati mereka yang berkuasa. Bagi Dr Mahathir, ini adalah pemilihan yang kedua suaranya tidak didengari. Semasa PRU 13 lalu, walaupun berkempen untuk Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin, namun dikalahkan oleh calon PAS di kerusi Pasir Mas dan Shah Alam. 

Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Lelaki ini memainkan sentimen perkauman dalam kempennya dengan menggambarkan dirinya sebagai mangsa tsunami Cina tetapi pencapaiannya kali ini lebih buruk lagi. Dia yakin akan terpilih untuk menduduki tempat ketiga di kerusi naib presiden. Mengapa dia kalah dengan teruk.

Kolej pilihan raya mungkin dilanjutkan tetapi kuasa sebenar adalah 191 ketua bahagian. Mereka sebenarnya yang menentukan bentuk pengundian untuk perwakilan mereka, majoriti daripada mereka tidak mahu Najib marah kerana beliau sudah menyatakan status quo mesti dikekalkan. - Sumber

Dilema China Malaysia Dari Kacamata China

BACA APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA MALAYSIA:

1.Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu.

Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

2.Pengiktirafan orang cina:

"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat.

Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu.

Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

3.Keangkuhan orang cina:

"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini.
Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini.

Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

4.Perkauman orang cina:

"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu.

Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

5.Penghinaan orang cina:

"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’.

Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun.

Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

6.Sikap negatif orang cina:

"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga.

Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

7.Isu Tuan Rumah:

"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah pendatang.

PT
Sekadar berkongsi pandangan dari penulis....

Saturday, 19 October 2013

Pengundian UMNO Pengkalan Chepa Berjalan Lancar, Tiada Sebarang Kekecohan

Proses pengundian melibatkan 691 perwakilan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa  di Dewan Besar Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan di sini pukul 9.00 pagi berjalan lancar.

Pemilihan Bahagian Pengkalan Chepa merupakan antara pemilihan yang panas kerana bagi jawatan Ketua Umno Bahagian menampilkan 4 calon yang bertanding iaitu  Zaluzi , Che Rosli, Rafli  & Rahim .

Sekarang ini proses pengiraan sedang berlangsung & PT akan update keputusan dari semasa ke semasa.

Thursday, 17 October 2013

Giliran 'Ostad' PKR Chuak Jui Meng Dihentam Ulama Pas !!!!


Tindakan pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng yang menerbitkan potongan ayat al-Quran dalam tulisannya di Twitter untuk mengulas berhubung keputusan mahkamah mengenai kes penggunaan kalimah menerima kecaman ahli politik Melayu dan Islam termasuk PAS.


Setiausaha Dewan Ulama PAS Nik Zawawi Salleh dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini berkata, tafsir ayat al-Quran itu tidak harus digunakan sewenang-wenangnya tanpa merujuk golongan ulama.

“Penggunaan ayat atau tafsir al-Quran tidak boleh dipandang remeh sama ada individu itu Islam ataupun bukan Islam.

“Islam tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk membaca al-Quran, cuma masalahnya tidak boleh sesuka hati menafsir al-Quran sekiranya tidak arif bahagian itu,” katanya seperti dipetik dalam laporan berkenaan.

Dalam tulisan di Twitter itu, Chua mempersoalkan sekiranya hakim Mahkamah Rayuan terlepas pandang potongan ayat dalam surah Al-Ankabut dan Al-Imran berhubung isu kalimah Allah itu.

Beliau menulis bahawa ayat 65 Surah Ali Imran itu menyebut bahawa: “Katalah hai ahli kitab marilah (berpegang) kepada 1 kalimat... bahawa tidak kita sembah kecuali Allah'.

Beliau juga menerbitkan semula tafsir Surah Al-Ankabut ayat 46 dalam bahasa Inggeris: 'we believe in the revelation...(to people of the Book) our God (Allah) & your God (Allah) is One & to Him we submit'.

Turut mengecam tindakan itu ialah naib presiden NGO pro-Melayu PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin yang berkata Chua sepatutnya membaca semula keseluruhan ayat berkenaan untuk mendapatkan maksud sebenar.

Zulkifli juga mendakwa, ayat berkenaan membawa maksud yang berbeza kerana ia sebenarnya “menempelak orang Kristian”.

“Saya ingin ingatkan Chua Jui Meng supaya membaca kesemua ayat dalam Surah (Ali)-Imran bermula ayat 64 hingga 77, bukannya baca separuh sahaja.

'Al-Quran bukan seperti buku Doraemon yang boleh dibaca sesuka hati. Al-Quran perlu dibaca dengan tertib, sebenarnya dalam surah Al-Imran yang dibaca Jui Meng itu menempelak orang Kristian,” katanya.

Pemimpin Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pula dipetik sebagai berkata, beliau sedia bersemuka dengan Chua untuk menjelaskan maksud sebenar ayat yang dipetik oleh bekas menteri tersebut.

Kenapa SPPBS guna teknologi ketinggalan zaman???

KUALA LUMPUR: Pengenalan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) memberikan reaksi yang pelbagai khususnya dalam kalangan guru. Sejak diperkenalkan, antara perkara yang sering menjadi rungutan ialah masalah yang berkaitan dengan teknologi.

Bayangkan, dengan jumlah guru yang mencecah setengah juta, jika sistem teknologi yang digunakan tidak dapat menampung keperluan yang sepatutnya, tentulah lebih banyak masalah bakal timbul.

Oleh itu ramai kalangan guru yang meluahkan perasaan dan memberi saranan agar sistem ini dipertingkatkan. Yang berikut adalah salah satu daripada luahan hati guru yang terbabit.

Aduan penggunaan Internet Explorer dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berikut adalah aduan saya:

1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada browser yang berbahaya dan terdedah kepada pengguna sebab boleh disalah guna untuk penyebaran virus dan malware ketika user online. Takkan beratus-ratus pegawai IT di KPM tidak boleh mengenalpasti perkara asas seperti ini?

2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang. Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tidak compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang mewakili hampir 80 peratus pengguna komputer di seluruh dunia.

3. Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara ini yang menyusahkan ramai pengguna sistem tersebut? Adakah penggunaan Microsoft Server yang mahal tersebut berbaloi dengan kos sistem tersebut yang jauh lebih murah menggunakan open sources seperti Linux, Redhat dan sebagainya. Berapa banyak pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang berpuluh juta ini.

4. Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak boleh menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet Explorer.

5. Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru.

Saranan saya :

1. Penambahbaikan sistem dalam stage akan datang yang membolehkan sistem di access oleh semua browser (compatibility). Semua orang yang develop sistem benci dan mengelakkan menggunakan Internet Explorer (versi 10 dan ke bawah) yang developer tahu kelemahannya yang ketara. Tetapi kerajaan menggunakan juga sistem ini. Semua orang mengelakkan sistem ketinggalan zaman yang masih menggunakan Internet Explorer pada tahun 2013.

2. Bandwidth server untuk access ke dalam sistem perlu di tambah. Fikirkan berpuluh ribu guru seluruh Malaysia access pada masa yang sama terpaksa membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam, bangun awal pagi semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar pada waktu siang pula. Pernah orang KPM mengambil kira perkara ini?

Harap dapat membuat penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua. Idea KPM dalam SPPBS ini amat dipuji dan sepatutnya perkara begini tidak berlaku sebab skala penggunakan sistem yang meliputi beratus ribu pengguna.

Ia hanya menyebabkan matlamat utama penggunaan sistem ini sukar di capai dan ia hanya menyusahkan guru-guru yang semakin terbeban. Bukan terbeban memasukkan data tetapi terbeban menunggu sistem loading dan tak compatible yang memakan masa terlalu lama untuk di access.

Wassalam

Guru IT

[VIDEO] Kalimah Allah!!! Kristian Indonesia Murtadkan Umat Islam...

Satu masa dulu Indonesia adalah antara negera terbesar umat Islam di dunia, tapi dek kerana kebodohan pemerintah Indonesia yang membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah dalam kitab bible dan dalam setiap upacara keagamaan mereka, kini indonesia berdepan masaalah, masaalah yang tak boleh nak di selesaikan lagi, kalau dulu indonesia jadi negara Islam paling besar dalam rantau asia, kini semuanya sudah terbalik, indonesia kini menuju kearah menjadi negara kristian terbesar di rantau ini...

Bagai mana semua ini bermula? semuanya bermulula bila pihak kristian menukar perkataan god itu menjadi Allah, seperti yang sedang berlaku di negara kita sekarang, bermula dari zaman Soekarno hinggalah Gus Dur, mereka langsung tidak kisah kristian menggunakan kalimah Allah, mungkin pendapat mereka seperti pendapat beberapa pemimpin pembangkang di negara kita.

Video di bawah menceritakan segala-galanya bagaimana puak kristian cuba menjadikan sebuah negara terbesar umat Islam menjadi negara kristian terbesar di rantau asia.... - Sumber


#PemilihanUMNO!!! Siapa Punya Kerja Keluarkan List Ini???



Dunia ICT membolehkan setiap ahli Umno tanpa mengira batasan usia dapat mengikuti perkembangan politik di hujung jari.

Oleh itu wajarlah setiap ahli Umno yang menjadi perwakilan cawangan Sabtu ini diberi kebebasan untuk membuat pilihan.

Jangan ada pihak-pihak yang cuba mengedarkan senarai kononnya ini kehendak Umno negeri atau ini kehendak Putrajaya. Jika ada sesiapa yang cuba mengedarkan senarai calon elok lah buat laporan terus kepada Dato Seri Tajol Rosli Ghazali.

Apakah ini yang di mahukan oleh perwakilan-perwakilan UMNO ?? Ada dalam senarai ini langsung tidak membawa dasar-dasar Transformasi yang dilaungkan !!

Inilah jenis yang hanya fikirkan keuntungan semata-mata bukannya untuk membawa perubahan dan kebaikan kepada Umno dalam memperjuangkan Agama , Bangsa dan Tanah Air kita !!! Kepada yang buat cai ini jangan jadi 'haprak' !!!

Ini bukan persatuan atau pertandingan budak sekolah tadika !!! Perwakilan harus membuka mata dan menolak cai seperti ini !!!

PT
Pemilihan Umno yang katanya mengalami transformasi. Kini telah beredar senarai Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi supaya diundi ahli-ahli Umno. Risalah yang diedar untuk mempengaruhi ahli-ahli Umno yang akan mengundi supaya ikut senarai di atas.

Wednesday, 16 October 2013

Giliran Dr.Maza Libas Nooh Gadut???

Dr Maza : "Takkan seluruh dunia Arab murtad?"

Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia,seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

Surendran Turut Serta Dalam Serbuan Polis Terhadap Penjenayah!!!



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran berkata polis harus menghentikan tindakan menembak sewenang-wenangnya.

Surendran berkata demikian kepada media di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di mana beliau menerima cabaran untuk mengiringi polis mengadakan serbuan terhadap penjenayah bersenjata setelah menerima tawaran daripada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter Jumaat lepas.

Surendran berkata, "Mereka terus mengatakan mereka menembak penjenayah tetapi sebenarnya mereka menembak suspek. PDRM bukan hakim dan mereka harus cuba yang terbaik untuk menangkap tanpa perlu menncetuskan keganasan."

Apabila ditanya sama ada beliau takut, beliau berkata bahawa beliau tidak takut. "Saya tidak takut, saya lebih prihatin untuk orang ramai. Ini adalah risiko yang dihadapi oleh semua orang," katanya.

Surendran kemudian masuk untuk dipakaikan baju kalis peluru, tetapi pihak media tidak dibenarkan masuk.

Malah peguam yang mengiringi beliau juga tidak dibenarkan membawa masuk telefon dan komputer riba.

Surendran berkata butiran sah "pengembaraan" beliau akan dikendalikan oleh Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasaiah manakala satu lagi pengendalian adalah daripada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(Risikan/Operasi) Bukit Aman Datuk Mazlan Mansor.


PT
Kalau berani sangat tak payah la pakai baju kalis peluru, takut mati jugak si Surendran ni!! Aku harap dia tak mati waktu operasi...nanti polis juga yang dipersalahkan oleh beliau dari dalam kubur..

Pertikai Keputusan Kalimah Allah,Murtad & Kafir - Nooh Gadut


Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah ‘Allah’ boleh menjadi kafir dan murtad.

Nooh Gadut juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga “mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak”, lapor Utusan Malaysia.

“Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja,” katanya.

Tindakan itu menggambarkan bahawa individu terbabit mempersoalkan bahawa kalimah ‘Allah’ hanya untuk orang Islam, katanya yang mendakwa perkara tersebut digariskan dalam al-Quran.

“Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

“Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua klimah shahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi,” katanya lagi seperti dipetik dalam laporan berkenaan. – Malaysiakini

Terbaik!!! Ridhuan Tee - Untuk Tatapan Melayu Yang Rasa Terlalu Popular???


Dari Tulisan Ridhuan Tee Abdullah

SAYA harap rakan saya berbangsa Melayu tidak salah faham membaca artikel ini. Saya tidak memandang rendah kepada orang Melayu. Pada saya, semua bangsa dijadikan ALLAH mempunyai kekuatannya tersendiri. Tiada istilah Melayu malas, bangsa lain rajin dan sebagainya, sebagaimana yang dipersepsikan. Semua bergantung kepada diri sendiri. Seperti kata Pendeta Za’ba, rupa tidak boleh berubah, tetapi perangai boleh diubah. Terpulang kepada kita, nak pilih yang mana!

Kebelakangan ini, banyak sangat ‘kelemahan’ Melayu sama ada yang saya lihat sendiri atau didedahkan. Saya yakin Melayu tahu dan memahaminya. Tetapi Melayu sengaja membiarkannya. Dalam apa jua bidang, Melayu bermasalah. Dalam politik, mereka saling tikam-menikam walaupun sesama parti. Saling fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuh dan sebagainya. Dalam ekonomi, saling dengki-mendengki melihat orang lain berjaya. Bila tidak puas hati, berlaku santau-menyantau. Mereka tidak faham falsafah korban, walaupun tiap-tiap tahun menyambut Hari Raya Korban.

Pendek kata, dalam apa jua profesion, Melayu bermasalah. Dalam perjawatan awam (juga swasta), politik untuk naik pangkat,. Oouuhhh! dahsyat. Untuk mencapai matlamat itu, kerjanya membodek sepanjang masa untuk naik, walaupun kualiti kerja macam...

Itu belum sebut lagi masalah sosial yang lain seperti gejala sosial remaja, dunia hiburan artis, dadah, dedah, gejala tak solat, masalah keluarga, perceraian dan lain-lain. Berdasarkan statistik, setiap 15 minit, akan lahir anak luar nikah dan pasangan Melayu bercerai.

Mudah sahaja untuk menjadi popular di negara ini. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi atau masuk universiti. Cukup sekadar masuk industri hiburan, tonjolkan kontroversi atau masuk pertandingan menyanyi, melawak, menonjol dalam sukan dan lain-lain berkaitan. Popularlah.

Kenapalah Melayu pantang popular sedikit? Usahkan diri empunya yang mungkin ‘popular’, mereka yang tidak kena-mengena pun terasa popular seperti isteri atau suami artis popular tersebut atau pegawai peribadinya. Maka menyombonglah tidak tentu pasal.

Kepopularan ini menjadi dia glamor. Artis-artis pun suka. Maka mengoratlah mereka. Sanggup hadiahkan rumah berjuta-juta. Akhirnya, kedua-dua jadi popular. Persoalannya, kenapa susah sangat nak cari artis atau orang popular yang warak atau low profile. Kenapa hidup penuh kontroversi. Tidak teringin ke masuk syurga? Takkan nak tunggu tua baru nak bertaubat!.

Lebih pelik lagi, mereka inilah yang menjadi rebutan syarikat swasta untuk menjadi duta sana sini. Peribadi duta-duta produk tidak diambil kira, yang penting popular. Produk laku.

Terbaharu, dilema Melayu popular. Saya naik muak dan lemas menonton YouTube mengenai gelagat isteri seorang pemain bola sepak terhadap pengawal keselamatan di sebuah lapangan terbang. Ini baru bola sepak, belum lagi bola lain.

Cuba banding dengan jaguh-jaguh negara bukan Melayu seperti pemain badminton nombor satu dunia. Beliau amat popular. Isterinya juga popular. Kedua-dua mereka berharta dan kaya-raya. Kehidupan mereka tidak pula kontroversi. Bayangkan jika pasangan itu orang Melayu.

Ingatlah Melayu, popular di sisi ALLAH, kita bukan apa-apa pun jika tidak ada bekalan iman dan takwa. Sepatutnya kita guna populariti itu untuk cari keredaan ALLAH, menjadikan kelebihan itu untuk mendidik manusia jadi manusia, bukan sebaliknya.

Berbeza dengan artis di Barat. Mereka amat popular, bertaraf dunia lagi tetapi mereka tidak sombong, walaupun tidak Islam. Kepopularan mereka digunakan untuk membaiki diri dan keluarga. Buat bekalan di hari tua. Sebab itulah, jarang dengar orang Barat popular merana di usia tua, sebab mereka ada bekalan. Kita pula berlagak tak tentu pasal dengan red carpet sana sini, tetapi poket kosong. Bila tua, merana.

Sempena Hari Raya Korban ini, marilah kita muhasabah diri. Kita hanya makhluk ALLAH. Sepopular mana pun, kita tetap hamba ALLAH. Kita akan ditanya tentang Tuhan kita, agama kita, amalan kita dan sumbangan kita. Sejauh manakah sebenarnya kita berkorban?

Tuesday, 15 October 2013

The National (UAE) - Malaysia Kejam Pada Kristian???

Ada yang berpendapat isu penggunaan kalimah Allah tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS. Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dilihat sebagai usaha Umno memenangi semula sokongan orang Melayu menurut BBC dalam ruangan komentarnya semalam.



Wakilnya, Jennifer Pak yang hadir ketika keputusan dibacakan mahkamah menjelaskan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana populasi penganut Kristian di Malaysia hanyalah 9%.

"Ramai yang percaya isu ini tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS tetapi isu sama juga yang dimainkan semasa dan selepas pilihanraya."

Katanya, bukan semua umat Islam menyokong keputusan kerajaan untuk menghalang Kristian menggunakan kalimah itu tetapi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang terlalu bersemangat menyokong usaha itu.

Sementara itu, sebuah akhbar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Mahkamah Rayuan semalam.

"Keputusan mahkamah Malaysia bukan sahaja bercanggah dengan amalan beragama tetapi sejarah kalimah itu sendiri. Kalimah Allah itu berasal daripada perkataan 'al-ilah' yang bermaksud tuhan. Kalimah itu telah digunakan di serata dunia dan memasuki alam Melayu dari negara Arab," kata pengarangnya.

"Kalimah Allah tidak hanya eksklusif untuk Islam malah Kristian dan Yahudi juga menggunakan kalimah itu merujuk kepada tuhan sebelum kedatangan Islam.
"Al-Quran sendiri dalam Surah Al-Ankabut menjelaskan umat Islam harus menjelaskan kepada kaum (Kristian dan Yahudi) bahawa tuhan adalah satu."

Akhbar itu turut mengambil contoh UAE menjadi negara Islam dengan pecahan populasi Kristian dan Hindu tetapi boleh hidup bersama mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa ada diskriminasi.

Akhbar di Timur Tengah juga kerap memainkan isu ini beberapa kali sejak ia mula didebatkan di Malaysia pada awal 2010. Pada Januari 2010, seorang kolumnis akhbar di sana menyebut,

"Malaysia telah bertindak kejam kepada penganut Kristian dengan menggunakan isu kalimah Allah yang menunjukkan mereka sendiri tidak cukup arif tentang Islam.
"Dalam Islam, Allah merujuk kepada kalimah Arab yang merujuk Tuhan Maha Besar dan Pencipta sekalian alam. Allah juga adalah tuhan kepada Nabi Noh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad dan nabi-nabi yang lain," kata Akash Sagar. – 15 Oktober, 2013.

Dr Maza Harap Tiada Provokasi Terhadap Keputusan Mahkamah

MELAKA: Jangan ada provokasi terhadap keputusan mahkamah melarang penggunaan kalimah Allah untuk majalah mingguan The Herald, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, larangan berkenaan hanya diputuskan untuk majalah berkenaan yang dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah tidak menjadi masalah seperti yang tertulis di dalam Al-Quran dan Hadis.

Manakala, kalimah Allah turut digunakan Bible di negara Indonesia selain di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Surau Taman Krubong Perdana, Melaka.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan menerusi panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri berhubung larangan berkenaan.

Antaranya penggunaan kalimah Allah di majalah berkenaan berpotensi menggugat rentak kehidupan masyarakat negara ini.

Renungan!!! Kisah Benar & Nyata - 7 Kali Naik Haji Tapi Tak Dapat Tengok Kaabah!!!

Kepada sahabat-sahabat sebelum pergi ke Mekah, mari kita ambik iktibar dulu ye.. Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.
  

Ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".

Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu, lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam.

Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya.

Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.

Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan didekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.

Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap. Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah.

Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.

Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesohlehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya. Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.

Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah.

Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. "Anda harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah...

Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya. "Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut.. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

"Disana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka."

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah. ....." betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.

Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?" tanya ulama terperanjat. "Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan? "tanya ulama itu lagi sedikit kesal.

"Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati." "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya memandikan orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir." "Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."

"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam.

Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah.

"Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak dapat bantu anda. Saya angkat tangan".Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji. Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."

Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di Mesir.

Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu... "Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya ulama itu.

Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.

Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat. Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang.

Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur.. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir.

Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya," Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". . kata orang itu.Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.

Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.

Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.  - Sumber MyEmail

The Herald Tiada Hak Guna Kalimah Allah

Mahkamah Rayuan semalam memutuskan penerbitan Katolik, The Herald tidak dibenar menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam edisi bahasa Melayunya.

Keputusan dibuat oleh tiga panel yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali; Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pertikaian mengenai kalimah Allah ini bermula apabila KDN mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah sebagai syarat untuk memperbaharui permit penerbitan itu pada 2007 dengan alasan antara lain, ia akan mengelirukan umat Islam.

Dalam penghakimannya, Mohamed Appandi berkata Mahkamah mendapati penggunaan kalimah ‘Allah’ bukanlah merupakan sebahagian daripada kepercayaan atau amalan agama Kristian.

“Justeru itu, mahkamah tidak melihat alasan kenapa responden (The Herald) begitu berkeras untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan mereka.

“Penggunaan tersebut, sekiranya dibenarkan, akan mewujudkan kekeliruan di kalangan masyarakat,” katanya ketika membacakan ringkasan keputusan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 memutuskan The Herald boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya kerana kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tidak memberi kuasa kepada kerajaan untuk menyekat penggunaan kalimah tersebut.

Ia juga berpendapat kalimah Allah bukan milik eksklusif umat Islam dan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan selagi ia tidak digunakan untuk berdakwah kepada umat Islam. - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive