Wednesday 9 October 2013

Terbaik!!! Hadiah Kerajaan Pas Kelantan Untuk Rakyatnya - Harga Air Melambung

Rakyat Kelantan bukan sahaja dibebani dengan masalah air sejak azali lagi, tetapi kini menerima satu lagi ‘bala’ apabila masalah itu dilipatgandakan dengan kenaikan tariff air sehingga lebih 30%. Apa yang lebih malang lagi bagi rakyat Kelantan ialah kenaikan ini bukan bermakna yang kualiti bekalan air akan meningkat.

Ini kerana, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad, kenaikan itu bukanlah untuk memperbaiki sistem bekalan air tetapi untuk menampung kos elektrik yang tinggi dalam operasi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) iaitu sebanyak RM2.1 juta sebulan. Ini berikutan kenaikan tariff elektrik sebanyak 45% dengan tiga kali kenaikan sejak 2001 hingga 2012.

Mungkin penjelasan itu boleh diterima, tetapi bukankah sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mewar-warkannya agar pengguna tidak merasa terpedaya? Alasan Hanifa bahawa ia tidak diwar-warkan kerana tidak menjejaskan ramai pengguna domestik tidak boleh diterima. Nampak jelas seolah-olah kerajaan Kelantan ingin menyembunyikannya kerana bimbang akan reaksi rakyatnya.

Kesimpulan dari isu ini ialah Kelantan di bawah pimpinan PAS telah GAGAL menjana ekonomi sehingga tidak mampu memperbaiki sistem bekalan air dan tidak mampu menampung kos operasi yang kian meningkat, selaras dengan keadaan ekonomi negara dan dunia.

Kelantan diketahui sebagai negeri paling miskin. Setelah lebih dua dekad PAS memerintah, Kelantan masih belum mampu menukar fakta ini. Sehingga ke hari ini, belum ada sebarang usaha signifikan dilakukan untuk menjana ekonomi negeri itu. Satu-satunya sumber pendapatan yang diketahui oleh kerajaan Kelantan ialah balak. Itupun, kebanyakannya telah tergadai kepada tauke-tauke bangsa lain dari luar Kelantan, tidak termasuk yang dijadikan ‘habuan’ untuk pemimpin DAP di Perak.

Selanjutnya baca [SINI]


PT

Kalau kerajaan pusat berbuat demikian maka akan bergegarlah Dewan Rakyat dengan salakan para yb pembangkang. Apalagi lagi akan dituduh kerajaan zalim dan sebagainya. Tetapi bila melibatkan negeri milik mereka maka senyap sunyi tanpa apa-apa protes dan bangkangan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive