Thursday 19 April 2012

PANAS !!!! PTPTN - KENA SERANG PUN UMNO JUGAK YANG SALAH?

 SHAH ALAM  (8.00 am) - Aktivis-aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dalam kempen mereka menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mendakwa mereka telah diserang oleh sekumpulan individu, yang menurut mereka kumpulan samseng, awal pagi tadi.

Aktivis itu yang berkhemah di Dataran Merdeka buat hari keenam hari ini, diserang sekitar 2.45 pagi tadi.

Mesej mengenai serangan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang ketika dihubungi awal pagi ini mengesahkan mereka diserang dan beberapa aktivis dimasukkan ke hospital.

"Ya, kami semua diserang 60 gengster, tidak tahu siapa (mereka) dan mereka merobohkan semua khemah kami. Kami disepak, diterajang, ditumbuk dan dihalau dari Dataran. Tapi kami masih tetap di sini. Seorang sedang dapat rawatan kecederaan telah dihantar ke Hospital KL.

"Masa itu kami dalam 40 orang. Yang cedera ringan dalam lima orang sebab dipukul. Seorang dibawa ke hospital," katanya lagi.

Rakaman serangan dan kekecohan ketika insiden turut dimuatkan dalam YouTube di bawah tajuk "Mob of 40 attacking students at Dataran Merdeka".



Sementara satu lagi mesej pula menyebut seorang aktivis wanita, yang berada dalam khemah, telah ditendang beberapa kali dan ditarik keluar oleh penyerang.
Malah, beberapa mesej mengaitkan insiden itu dengan parti politik tertentu memandangkan seorang dua penyerang ada memperkenalkan diri mereka sebagai anggota sayap pemuda sebuah parti.
"Kami tidak akan tunduk kepada keganasan. Dataran Merdeka milik rakyat," tulis akaun occupydataran. sH

1 comment:

  1. UMNO mmg suka wat keje menyerang org...altantuya pun kene bedal, inikan pula org wat demo jer...dasat geng2 samseng UMNO nih...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive