Sharifah Norazmira, 16
TEMERLOH – Kehidupan pasangan suami isteri, Syed Daud Syed Ibrahim dan Jamilah Nordin dihantui kebimbangan apabila anak mereka, Sharifah Norazmira, 16, tidak pulang ke rumah sejak dua minggu lalu.

Syed Daud 52, yang bertugas sebagai kakitangan Jabatan Perhutanan dan tinggal di kuarters kerajaan dekat Seberang Temerloh berkata, anaknya itu dilaporkan hilang sejak 9 April lalu ketika dia dan isteri menghantar anak kedua keluar bekerja di bandar ini.

Menurutnya, ketika itu Norazmira atau mesra dipanggil ‘adik’ tinggal bersama datuk dan neneknya yang kebetulan berada di rumah.

“Hari itu, dia mengadu sakit perut dan tidak ke sekolah walaupun pada mulanya semua kelengkapan sudah disediakan termasuk wang belanja RM3.

Syed Daud berkata, selepas menyedari kehilangan anaknya itu, dia dan isteri segera membuat laporan polis, namun sehingga hari ini masih tiada petunjuk di mana anaknya berada.

Syed Daud berkata, dia juga menggunakan khidmat lebih 10 pengamal perubatan Islam hingga ke Negeri Sembilan untuk mengetahui lokasi sebenar adik berada.

Menurutnya, pihak yang mengetahui di mana anaknya atau mempunyai sebarang petunjuk berkaitan boleh menghubungi talian 0119941736 atau 0179736930. -sH