Wednesday, 1 August 2012

TERKINI !!! PORT JUAL BELI NASI KEPADA KAKI PONTENG PUASA DI NEGERI SERAMBI MEKAH ???


Inilah kebenaran yang berlaku di Negeri Serambi Mekah ini, sudah 13 hari umat Islam berpuasa menunaikan Rukun Islam yang ke 3. Tetapi apa yang berlaku di negeri yang diperintah oleh Parti Islam SeMalaysia ini ?Foto2 di bawah yang menjadi bukti kukuh bahawa Kerajaan Pas Kelantan seakan membiarkan gejala ini sengaja tidak WAT CARO kegiatan menjual makanan (nasi) kepada kaki ponteng puasa secara terbuka.

Urusan jual beli hanya dijalankan di tepi jalan 'Industry Area' Pengkalan Chepa.

Tiada sedikit pun rasa malu, selamba mereka berjalan 
selepas mendapat bekalan nasi... 

Tokey nasi kat dalam kereta manakala si kaki ponteng mengambil bekalan .


Kelihatan pelanggan yang siap membeli nasi memasuki kereta Saga.



Drebar lori pun tumpang sekaki ...


Kereta Kancil tokey nasi bungkus...

Daripada tinjauan PT sekitar pukul 10.30 pagi, boleh dikatakan setiap hari proses jual beli ini berjalan tanpa gangguan dari pengguna jalan sekitar kawasan kilang Pengkalan Chepa. Di setiap masa dua atau tiga buah kereta yang tertera didalam foto di atas berhenti dan pemandunya membeli nasi yang di jual dari sebuah kereta kancil silver. Kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman panorama ini datanglah berkunjung dan lihat sendiri suasana yang memalukan ini.


Inilah hakikat sebenar sebuah opera kehidupan di Negeri Serambi Mekah yang tidak seindah nama yang diberi gelaran. Di manakah pihak berkuasa yang sepatutnya memantau operasi penjualan nasi kepada umat Islam yang tidak berpuasa?

Tunggu video yang berkaitan di paparan akan datang!!!!!

BIAR BETUL !!! DAP DAN REPLIKA BOTOL ARAK TERBESAR DI MALAYSIA ???

Replika Botol Arak Terbesar di Malaysia : Tak percaya?…tengok gambar. Satu replika botol arak terbesar telah dibina di Pusat Bandar George Town , Pulau Pinang.



Menambahkan persoalan apabila replika botol arak yang terbesar di Malaysia tersebut dikatakan diletak berdekatan dengan replika atau perhiasan khas untuk sambutan hari raya Aidil Fitri.

Replika yang diletakkan sebanyak 400 botol arak biasa itu pastinya menjadi perhatian disebabkan saiznya yang besar dan tinggi. Apatah lagi ianya terletak berdekatan dengan jalan.
Eyriqazz Vs Denaihati
Persoalannya, mengapakah ianya diletakkan disana disaat umat Islam sedang dan bakal menyambut hari raya Aidil Fitri nanti?

Gambar dan cerita replika ini telah tersebar menerusi laman web. Adakah sebelum keputusan untuk membinanya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak ambil kisah dengan sensitiviti umat Islam di Pulau Pinang khususnya dan di Malaysia amnya?



Sumber

UMNO KELANTAN BUKAN LEMAH !! PAS PULA BUKAN KUAT !!


Boleh dikatakan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan parlimen di Kelantan sudah bertuan atau sudah ada sang pemilik. Baik dipihak Pas maupun Umno sudah ada calon masing-masing. Tapisan nama-nama calon di peringkat akhir sudah dibuat dan berada dalam tangan ketua parti masing-masing. Bagi Pas ia tergenggam erat ditangan Nik Abdul Aziz Nik Mat, manakala Umno pula tergenggam erat ditangan Mustapa Mohamed.

Sesiapa yang boleh 'menyekah' tangan kedua orang ini mereka akan dapat mengetahui apakah nama mereka ditanda (right) atau pun dipangkah. Nama-nama calon yang sudah ada dalam genggaman Nik Aziz sukar untuk diketahui. Sebagai pemegang amanah beliau tidak akan berkongsi maklumat dengan sesiapa. Sukar untuk Nik Aziz membuka mulut dan semuanya menjadi rahsia beliau seorang.

Kedudukan anaknya, Nik Mohamad Abduh sendiri tidak diceritakan kepada sesiapa. Apakah timbalan Dewan Pemuda Pas Pusat itu bertanding atau tidak belum dapat dipastikan. Tanya berapa kali pun beliau tidak akan membuka mulut. Tetapi saya pasti kali ini Nik Abduh akan turun gelanggang.

Berlainan dengan Mustapa. Beliau agak bertolak ansur dan terbuka mengenai calon. Walaupun sesetengahnya sudah dikenal pasti tetapi berubah kembali. Mustapa juga tidak lokek untuk berbincang dan bertanya pihak-pihak tertentu mengenai calon yang dikemukakan kepadanya. Ini menjelaskan Mustapa tidak ada 'kunci' khas untuk memuktamad calon-calon. Bahkan yang pernah dikunci pun ada yang terbuka dan terlepas balik.
Makanya walaupun nama-nama calon Umno sudah ada dalam kocek Mustapa, tidak bermakna nama-nama itu sudah muktamad. Masih dalam penilaian dan semakan terakhir. Semakan secara menyeluruh bukan saja mengenai latar belakang diri, tetapi latar belakang keluarga dan 'sain sobat' juga. Ini dirasakan kerana nama-nama ini masih bertukar ganti di peringkat akhir.

Pertukaran ini menyebabkan bakal-bakal calon jadi tidur tidak lena, makan tidak kenyang juga demam tidak kebah. Sekali berhajat untuk ke kedai gambar untuk pukul gambar buat poster calon, sekali tangguh dulu. Begitu juga yang terpaksa menanggung biaya sendiri sudah pun ada bayangan untuk mengadai tanah atau harta untuk dijadikan belanja pilihan raya.

Dalam Umno berbeza, mereka yang merasa akan jadi calon sudah membayangkan berapa banyak yang akan mereka perolehi sekiranya menjadi calon. Mereka akan membungkus wang berkenaan. Sebab itu dalam Umno kalau kalah bertanding tidak mengapa kerana wang imbuhan pasti dapat. Dalam Umno pilihan itu dianggap sebagai perdagangan yang tidak perlu mengeluarkan modal. Perangailah antara punca kenapa berlaku perebutan.

Berbalik kepada mauduk awal tadi hari ini lobi melobi masih berterusan di kalangan mereka berhajat untuk jadi calon. Lobi melobi ini bukan saja setakat bahagian, negeri tetapi yang langkah panjang sedikit sanggup melangkah ke Putrajaya atau pun mengikut ke mana perdana menteri pergi, sampai PM yang mempunyai berbagai masalah itu pun naik pening untuk melayan mereka yang tergila hendak bertanding. Pantang kalau Najib Razak atau Muhyuddin Yassin ajak berbuka puasa mereka akan 'berungga' ke rumah presiden dan timbalan presiden itu sanggup tinggal anak isteri atau penyokong di kawasan. Yang penting kena tunjukkan muka kepada pemimpin dulu.

Bercakap hal ini bagi Umno ada beberapa kawasan di Kelantan nampak gawat berhubung pemilihan calon ini. Bagaimana Mustapa tidak pening... kalau sampai enam orang nama dicadangkan untuk satu-satu kerusi. Bayangkan yang akan dipilih hanya seorang. Masing-masing mengaku dan merasa layak dan boleh bawa kemenangan kepada parti. Yang 'merohakkan' Mustapa beliau tidak boleh membuat keputusan. Walaupun ada kuasa prerogetif sebagai ketua perhubungan tetapi jarang keputusan itu dihormati.

Pernah berlaku sebelum ini nama yang diputuskan oleh Pengerusi Perhubungan kemudian dipotong atau dibatalkan disaat-saat akhir. Implikasinya menyebabkan berlakulah "berkucar wak yoh" di dalam parti itu akhirnya membawa kekalahan. Umno di Kelantan bukan lemah dan lawannya Pas bukan kuat. Tetapi kelemahan yang ada kepada Umno ialah ahli tidak dapat menerima dan akur kepada keputusan pucuk pimpinan dan sikap cah keting sesama sendiri terus menjadi kongkalikong politik. Masalah atau budaya inilah menyebabkan Umno kalah.

Sekiranya Umno akur, tenang dan menerima keputusan parti dengan redha, barang kali sukar juga untuk Pas merangkul banyak kerusi dan menang secara berterusan sebanyak empat penggal. Kalau budaya cah keting dan kongkalikong politik itu dibuang Umno tidak mustahil berpeluang untuk membentuk kerajaan di Kelantan.

Seperti diakui kekalahan Umno bukan kerana Pas kuat, tetapi kekalahan Umno kerana kelemahan yang ada kepada parti itu. Tidak dapat menerima orang lebih baik dari kita sebagai calon dan berusaha untuk melemahkan juga termasuk dalam ciri-ciri kelemahan itu yang boleh disifatkan Umno selalu menggali lubang untuk mengambus diri sendiri. 

PT
Apa pun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Kuasa memilih pemerintah berada di tangan kita. Pastikan PRU13 tidak berlalu sia-sia, tidak kira bila ia menjelma. Bijak memilih, negara bersih.Demi keamanan dan keharmonian kepada generasi akan datang dan jangan kita buta dan dibutakan !!!...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive