Wednesday, 14 March 2012

Kenapa Shahrizat letak jawatan? Sedangkan Nazri kata tak perlu!!!!!!

Menteri Wanita dan Ketua Wanita Umno, Shahrizat meletak jawatan tetapi bagaimana dengan duit rakyat RM250 juta yang di'sedekahkan' oleh Kerajaan BN kepada keluarga Shahrizat. Bila mereka hendak ganti?


Bagaimana pula dengan mereka yang terlibat meluluskan projek tersebut. . Adakah mereka akan terlepas begitu sahaja. Tanpa perlu dibicarakan???


Sepatutnya rakyat didedahkan fakta sebenar tentang kes tersebut. Seolah-olah keputusan Shahrizat tidak menyambung tugasnya sebagai Menteri April ini menyelesaikan semua perkara. 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya. Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC. “Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak  masalah hal yang tidak diingini,". katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, pada 13 Februari lalu. 



Kepada pemimpin UMNO jangan di tambah lagi kebencian rakyat kepada kerajaan di sebab oleh sebilangan pemimpin UMNO yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Pada pandangan PT, kes ini juga akan memberi impak yang besar dalam menentukan kemenangan atau kekalahan kepada BN dalam PRU13 nanti.

Saturday, 10 March 2012

PANAS!!!!!! PAS LAWAN PAS...DAP DAN PKR TEPUK TANGAN!!!!!


Memang koloberasi yang sangat bijak bila DAP dan PKR hanya bersikap berdiam diri bila PAS mencampuri urusan pentadbiran Pas negeri Kedah dengan membuat perubahan pelik dalam memastikan Ketua Negeri,Menteri Besar Kedah hilang kuasa mutlak didalam pentadbiranya.

DAP dan PKR menganggap diri mereka berjaya memecahbelahkan orang melayu dan Islam setelah melihat sendiri pergolakkan Pas yang sedang berlaku. Apa yang boleh kita buktikan bahawa DAP dan PKR penyumbang besar kepada pepecahan dan pergolakkan Pas Kedah.

DAP dan PKR yang sangat mendapat keuntungan dari hasil dalam pakatan haprak, Pas rela dilacurkan asalkan mereka diberikan tempat dalam perkongsian kuasa kelak.

DAP dan PKR dianggap bacul kerana membisu dengan cadangan PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri Kedah yang menggambarkan mereka tiada hak sebagai sekutu dalam pakatan pembangkang, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Kemelut ini menjelaskan betapa lemahnya PAS yang menunjangi kerajaan pakatan di Kedah, bercakaran sesama sendiri dan mengecewakan rakyat yang memberi mandat,” katanya kepada pemberita -Bernam

Sumber :kmpm

APA HAL PULAK TETIBA NIK AZIZ NAK JADI ARTIS???

"Anggap saya artis". Demikian kata-kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengajak masyarakat terutama yang beragama Islam menganggapnya sebagai artis supaya dakwah disampai lebih mudah difahami.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam itu sendiri adalah seni dan penyusunan perkataan di dalam al-Quran itu juga berseni sehingga dapat menarik perhatian tokoh-tokoh ternama.

“Artis sebenarnya perkara baik, iaitu orang yang menggunakan seni. Alangkah seronoknya jika saya juga dianggap sebagai artis. Saya seorang pendakwah, saya juga menggunakan seni iaitu seni pemikiran untuk memperkembangkan ajaran Islam. ” katanya pada Sidang Media Selebriti Hari Hiburan Islam (Hai) di kediaman rasminya di sini, semalam.

Beliau turut melahirkan rasa kekecewaannya terhadap segelintir artis yang banyak dikaitkan dengan pakaian yang tidak menutup aurat serta terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah.

“Seperi perkataan maksiat di tempat kita yang hanya diertikan sebagai perbuatan zina sedangkan maksud maksiat itu ialah menderhaka kepada Allah termasuk zina, tidak sembahyang, berjudi malah rasuah pun adalah maksiat,” katanya.

Apa kata Nik Aziz bersara saja daripada menjadi ahli politik..mungkin seleps bersara Nik Aziz mempunyai lebih banyak masa untuk memenuhi keinginannya iaitu menjadi artis...Mungkin Nik Aziz mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi seorang artis..boleh jadi macam Akhil Hay..Bolehlah Nik Aziz berdakwah sambil menghiburkan peminat..
.PT rasa Nik Aziz sudah terlalu lama memegang jawatan MB sejak 22 tahun lalu dan mungkin beliau mahu beralih angin ingin menjadi sebahagian dari kehidupan dunia artis?

Bukan setakat boleh berdakwah pada peminat saja..berdakwah sesama artis pun boleh...boleh selesaikan isu pakaian yang tidak menutup aurat, gejala penyalahgunaan dadah dan maksiat....

Sumber : Sinar Harian dan EP

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive