Showing posts with label sang saka malaya. Show all posts
Showing posts with label sang saka malaya. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

[VIDEO] Lelaki Botak Rampas Bendera Sang Saka Malaya....


Dah penat nenek moyang aku, T.A.R merdekakan negara ini dengan bendera sedia ada yang penuh makna. Kau (Pakatan Haram nak bawak bendera kebodohan?!) Padan muka demo Somad Said! Sasterawan kayu!!!! 


Orang di sekeliling abang botak tu sepatutnya tolong dia rampas dan koyakkan bendera sang saka malaya. Melayu-melayu bodoh yang perjuangkan bendera Sang Saka Malaya apa yang korang dapat? Populariti? Memecahbelahkan melayu? Merosakkan pemikiran budak sekolah? Hishamuddin dan konco-konconya dari dulu tak habis-habis jadi tentera serpihan perjuang perkara-perkara bodoh dan meracuni anak-anak muda. Bukannya nak membantu membangunkan bangsa dan negara.Tiada sejarah tiadalah kita hidup aman seperti sekarang. Belajarlah bersyukur, berbangga dengan negara sendiri.


PT
Manusia tak reti nak bersyukur! Pergi mati lah samad said. mati  nanti, letak bendera sang saka tu atas keranda. Malaysia dah aman, nak porak peranda apa lagi untuk rakyat konon! Rakyat bodoh! padahal semua gila kuasa nak jadi ketua! nanti kalau malaysia kena serang dek amerika macam negara Islam lain kena, masa tu baru tau tinggi rendah langit!

Sepatutnya segala hasil karya pakcik Samad ini tidak layak dibuat kajian di peringkat sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kerana penglibatan beliau mencari publisiti dengan sanggup untuk menukar bendera Jalur Gemilang dengan sang saka malaya.

Bapak Sang Saka Ditahan Polis???

SHAH ALAM - Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said telah ditahan polis sebentar tadi bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan Ambang Merdeka, Jumaat lalu.


"Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi.

"Saya dibawa tiga anggota polis," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta Samad supaya menyerah diri.

Menurutnya, sasterawan itu merupakan antara tiga individu yang dilaporkan dilihat dalam insiden berkenaan.

Dua individu lain iaitu aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan aktivis politik, Hishamuddin Rais telah ditahan polis malam kelmarin di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan pada jam 3.00 pagi semalam selepas diambil keterangan.

Pada sambutan malam kemerdekaan Jumaat lalu, sekumpulan aktivitis pro pembangkang dilihat bertindak mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.


PT
Pak Samad ni bukan orang Malaysia ,dia adalah rakyat Singapore yang mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia jadi lucutkan saja taraf warganegara beliau dan hantar balik ke Singapore ,orang tua  ni dah terlalu banyak buat onar jadi Malaysia tidak memerlukan makhluk seperti beliau di sini.

Saturday, 8 September 2012

KIBAR SANG SAKA MELAYA 2 DITAHAN POLIS ???




Polis hari ini menahan dua suspek yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam ambang merdeka sebelum ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Assistan Komisioner Aziz Zakaria berkata kedua-dua suspek berumur 20-an itu ditahan petang ini di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

NONEMenurut Aziz lagi, mereka disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan.

"Kedua-dua suspek kini masih disiasat untuk tindakan susulan selepas mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.

"Berkemungkinan akan dibebaskan malam ini dengan jaminan polis. Kedua-dua mereka hadir bersama peguam," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Polis sejak 2 September lalu menggesa individu itu dan saksi tampil membantu siasatan kerana ia dilihat serius kerana bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Salah seorang daripada mereka bagaimanapun sebelum ini menulis di blog bahawa mereka tidak berniat menggantikan Jalur Gemilang.

Bagaimanapun, berdasarkan sejarah kemerdekaan tanah air, mereka merasakan Sang Saka Malaya layar dikibarkan bersama pada sambutan itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah pula berkata, sebanyak 325 laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

Beliau juga menjelaskan, setakat ini, daripada 11 orang yang gambar mereka disiarkan, sudah enam orang tampil menyerah diri. - mk

Tuesday, 4 September 2012

'BENDERA SANG SAKA BUKAN BENDERA ASAL TANAH MELAYU" - PAKAR SEJARAH




Akhirnya terjawab dakwaan bodoh blogger Pakatan Haram yang mendakwa bendera sang saka Malaya tu bendera asal Tanah Melayu. Sedangkan bendera tu adalah ciptaan syok sendiri puak KMM dan PKMM. Baca keterangan lebih lanjut dibawah,

Shah Alam: Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

"Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

"Namun majoriti orang melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

"Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.

Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.

"Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal," katanya. - Sinar


PT
Tak tau nak cakap apa lagi dengan puak2 PR ni..pakar sejarah pun boleh disanggah..manusia ke apa mereka ni??? Fikir2 dan renung2kanlah!!!

Monday, 3 September 2012

PEMBELIT NO 1 !!! PR MAHU TUKAR PEMIMPIN BUKAN TUKAR BENDERA - IDRIS AHMAD




KUALA LUMPUR: Pakatan berhasrat mahu menukar pemimpin kerajaan yang ada bukannya menukar bendera, kata AJK PAS PUsat, Ustaz Idris Ahmad.

"Apakah begitu mudah Pakatan Rakyat hendak menukar bendera negara. Pakatan Rakyat hendak tukar kerajaan, bukan bendera," tegas beliau.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak termasuk menteri Umno yang mendakwa Pakatan mahu menukar bendera Jalur Gemilang apabila menang nanti.

Bagi beliau, aksi ini dibuat selepas gagal menyekat rakyat ke perhimpunan menjelang kemerdekaan di ibu negara baru-baru ini.

Sunday, 2 September 2012

INDIVIDU MAHU TUKAR BENDERA DIBURU POLIS ???




Polis menggesa individu ya ng terlibat membawa bendera alternatif "Sang Saka Malaya" dan pihak yang dalam perhimpunan "Janji Demokrasi" pada malam merdeka tampil membantu siasatan.

Menurut kenyataan dalam Facebook, Bukit Aman berkata, ketua polis negara memandang serius perbuatan itu kerana ia bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Pasukan keselamatan juga meminta pihak dan saksi kejadian memijak gambar perdana menteri dan isteri turut tampil.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan kini sedang dijalankan di bawah seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan, seksyen 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

Semalam seorang pemblog pro-Umno telah menyalahkan perbuatan tersebut kepada penganjur Janji Demokrasi dengan menuduh bahawa mereka turut mahu menukar bendera kebangsaan, Jalur Gemilang.

Menjawab dakwaan itu, juga di blog, penulis yang memperkenalkan diri sebagai "Serigala Selatan" semalam mengaku bertanggungjawab mengibarkan Sang Saka Malaya tetapi tidak berniat menggantikan dengan Jalur Gemilang.

Katanya, beliau membawa bendera itu sebagai mahu memperingatkan orang ramai tentang sumbangan tokoh sejarah ke arah kemerdekaan.


Lebih lanjut klik disini : perigitimur.blogspot.com/2012/09/

ADA SEBAB MENGAPA KAMI KIBARKAN SANG SAKA MALAYA !!!



Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.


Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.



Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris.


 PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.




Sumber : singaselatan.blogspot.com





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive