Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Friday, 20 July 2012

SEKADAR RENUNGAN !!! 10 LALUAN YANG BAKAL DILALUI OLEH MANUSIA DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT


BAGAIMANAKAH MEMUDAHKANNYA?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Sumber : myEmail

Friday, 13 July 2012

SEKADAR RENUNGAN !!! WASIAT IMAM HASAN AL-BANA


Wasiat Imam Hasan al-Banna
Wahai kawanku,segera tunaikan solat pada awal waktu,ketika mendengarazan, usahakan semampu terdaya(utk bersembahyang) . Ini membuktikan kesungguhan anda. Disitu ada sumber kejayaan,pertolonga n dan taufiq.perhatikan, byk perintah ayat al-Quran dimulakan dgn menyebut solat di awalnya.Perhatikanl ah Tuhan mensyariatkan solat walaupun di medan perang dan pada saat genting serta cemas.

Wahai kawanku,bacalah al-Quran dan perhatikan mesejnya. Selalu berzikir dan cari ilmu,walaupun sedikit. Kurangkan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kpd anda dan saya.Bacalah al- Quran kelak ia akan memberi syafaat.Sentiasalah membaca,menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir.Disini ada ketenteraman, ada kedamaian dan ada kesalaman.Jadilah hamba yang sejahtera.

Wahai kawanku,dorongkan diri anda menguasai bahasa al-Quran.Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama bermulaiaitu sejak anda solat setiap hari.Sebut dulu walaupun tak paham.Antara malapetaka pertama menimpa umat kita adalah kecuaian menguasai bahasa agamanya.Juga mengutamakan bahasa pasar. Ayuh! Apa tunggu lagi! Bukalah ruang walaupun seminit.

Wahai kawanku,usah bertarung idea tanpa adab. Berdebat jika ada berbuahkan kebaikan. Awasi pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. Syaitan namanya.

Wahai kawanku, senyum selalu tetapi beserdehana lah dalam ketawa.Rasulullah saw paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya,tetapi berpada-pada sahaja. Wahai kawan,Plato berharap pementasan hiburan tidak bermutu dan terlalu banyak ketawa bodoh hanya disaksikan golongan abdi dan orang upahan asing. Aristotle berpendapat belia ditegah menyaksikan hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular keburukan dalam diri.

Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorg penyair: "Rehatkan jiwamu yang sibuk dengan berfikir,ubatinya dengan bergurau,tetapi kalau mengubatinya dengan bergurau,mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam dalam gulai".

Wahai kawanku, kawal nada suaramu setakat diperlukan pendengar di depanmu. Jangan berlebihan sehingga kata-kata kita menyakit hati orang lain. Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai. Surah al-Isra' memberi tips kepada kita: "Jangan keraskan suaramu dalam solat tetapi jangan pula merendahkannya. Cari jalan tengah diantara keduanya."

Wahai kawanku,usah umpat-mengumpat. Usah merendahkan pertubuhan lain. Bercakap jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat.Tidak sekali mencabuli jemaah yang lain.Perkataan kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka. Tetapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang mati? Sesekali tidak. Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubat la jika anda mengumpat,tetapi mesti minta ampun terhadap orang yang umpatanmu bersama. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie, iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi,untuk menghapuskan kemungkaran, untuk memberi amaran kepada Muslim mengenai kejahatan, dan untuk mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

Wahai kawanku,luaskan interaksi mu dengan umat manusia, sekalipun mereka tidak diminta berbuat demekian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkan salam perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa,lapisan dan darjat datang berkunjung. Bersama-sama mereka menjunjung obor suci tidak mengenali tetapi tidak sepi.

Wahai kawanku,maksimumkan faedah waktu anda dan tolong orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkan masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual.

Sumber : myEmail

Friday, 15 June 2012

SEKADAR RENUNGAN DI PAGI JUMAAT - JANGAN REMEHKAN DOSA-DOSA KECIL

Ramai manusia tertipu oleh kata hatinya sendiri setelah diputar belit oleh pengaruh syaitan. Syaitan berbisik ke dalam hati manusia: ”Allah Taala Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segala sesuatu. Setelah kamu melakukan dosa-dosa kecil, mengapa Allah tidak juga menurunkan apa-apa bala ataupun azab disebabkan maksiat kamu itu? Bukankah dosa yang kamu lakukan itu ringan-ringan saja? Lepas buat bertaubatlah! Habis cerita. Jangan takut, amal baik kamu banyak lagi.”

Tidaklah semudah itu menanggalkan daki-daki maksiat dalam jiwa raga kita. Kalau dikiaskan maksiat seperti kotoran yang melekat pada kain, boleh dihilangkan dengan sekali cucian saja, alangkah mudahnya. Asalkan dicuci dengan taubat maka hilang serta merta. Sedangkan kain yang selalu diberus untuk menghilang noda takkan bertahan lama. Pasti koyak rabak pada akhirnya. Inikan pula hati manusia. Jangan diremehkan dosa-dosa kecil. Semakin kerap ia dilakukan walaupun dengan diiringi taubat, ia akan merosakkan hati dan seterusnya memberi kesan kepada amal perbuatan keseluruhannya.

Apakah kesan daripada melakukan dosa kecil?

1. Merangsang untuk melakukan dosa besar.

Amat jarang sekali ditemui seseorang yang tiba-tiba membunuh tanpa ada mukadimah pergaduhan atau pertelingkahan. Begitu juga orang yang berzina, pasti ada mukadimah rangsangan-rangsangan yang dilihat oleh matanya, penciuman atau sentuhan-sentuhan dalam pergaulannya.

Ibarat titisan air yang terus-menerus boleh melubangi bongkah batu yang keras. Maksiat yang dilakukan terus menerus akan memberi kesan kepada maksiat yang lebih besar lagi. Mata yang memandang gambar keji yang menjijikkan akan menyuruh kepada anggota badan yang lain untuk berzina. Sehingga Ibnu Abbas berpendapat; ”Tidak ada dosa-dosa kecil jika terus menerus dilakukan.” Kerana ia akan merangsang seseorang melakukan dosa besar.

Kadang-kadang perbuatan baik yang dilakukan hamba walaupun kecil dan ringan, namun bagi Allah Taala ia sungguh bermakna. Demikian juga sebaliknya dosa yang bagi manusia sedikit tetapi cukup membuat Allah Taala murka hingga hari kiamat. Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: ”Adakalanya seseorang melepaskan sepatah kata daripada kata-kata yang diredai Allah yang dia tidak menyangka hal itu sedemikian rupa, tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam keredaan-Nya sehingga dia berhadapan dengan Allah Taala dalam keadaan diredai. Demikian pula adakalanya seseorang bercakap sepatah kata daripada kata-kata yang membuat kemurkaan Allah yang dia tidak menyangka akan sedemikian rupa tiba-tiba dicatat oleh Allah Taala dalam kemurkaan-Nya hingga hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Malik dan al-Tirmizi)

2. Merasa aman daripada azab Allah Taala.

Orang yang sentiasa melakukan dosa-dosa kecil beranggapan bahawa dia boleh berpegang kepada tali rahmat dan kasih sayang Allah sehingga tidak akan mungkin terjatuh ke dalam jurang kebinasaan. Tetapi sayang dia sesungguhnya lupa terhadap sifat Allah yang Maha Adil saat membalas setiap kejahatan. Bukankah telah datang khabar daripada wahyu yang menyatakan perbuatan yang besar atau kecil semuanya tertulis dalam kitab catatan amal manusia? Setiap pandangan yang menyimpan syahwat, kebencian atau kedengkian segalanya dirakam dengan begitu rapi. Perkataan yang mewakili fitnah, ghibah dan kekotoran zina juga tidak luput dari pemerhatian dua malaikat pencatat amal.

Firman Allah Taala yang bermaksud: ”Dan diletakkanlah Kitab catatan, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: “Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada tertulis. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun”. (Surah al-Kahfi ayat: 49)

Tetapi mengapa manusia masih merasa aman daripada azab dan hukuman Allah Taala? Mungkin kerana azab Allah itu tidak terus diturunkan serta merta selepas mereka melakukan maksiat. Cuba anda bayangkan selepas melayari laman web lucah seseorang terus dijangkiti penyakit mata merah yang rasanya gatal dan pedih bukan kepalang. Pasti tidak ada seorang manusia pun berani melihat benda-benda keji seperti itu. Ataupun selepas mengumpat, mengeji dan memfitnah orang lain tiba-tiba orang itu terkena kanser di mulutnya. Setelah puas makan harta anak yatim perutnya membuncit. Perkara ini tak pernah berlaku disebabkan kelembutan Allah Taala kepada makhluknya.

Namun demikian masih saja mereka yang bermaksiat itu berdalih: ”Mengapa Allah tidak membalas kejahatanku ini? Aku masih hidup dengan limpahan nikmat-Nya, tidak ada musibah dan siksa yang menimpa diriku. Lantas dia menyangka baik apa-apa perbuatan jahat yang dilakukannya. Padahal Allah Taala hanya menangguhkan balasan atas kejahatannya itu untuk menguji sekebal mana imannya melawan tebasan pedang maksiat.

Al-Quran menggambarkan manusia yang merasa aman dari perbuatan maksiat dalam surah Al-Mujadilah ayat 8 yang bermaksud: “Mengapa Allah tidak menyiksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka Jahannam yang akan mereka masuki dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.”

3. Mencemarkan jiwa dan menghilangkan rasa nikmat dalam beribadah.

Dosa-dosa kecil yang dilakukan terus menerus walaupun boleh dihapuskan dengan melakukan solat dan berpuasa sepertimana tersebut di dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Sembahyang lima waktu, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadhan hingga Ramadhan menjadi penghapus dosa di antaranya. Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar,”

Akan tetapi kekerapan melakukan dosa bagaimanapun akan membawa pengaruh yang buruk dalam keseluruhan peribadi seorang Muslim. Setiap perbuatannya yang mewakili kejahatan akan membekas di dalam jiwa. Apabila perbuatan dosa itu semakin sedap dilakukan maka akan dicabut nikmat dari dalam hati hamba ketika bermunajat kepada Allah. Dan digantikan dengan azab yang tidak nampak. Apakah bentuk azab itu?

Tahukah anda azab yang paling menyakitkan berbanding kanser, muflis, dipulaukan kawan-kawan, dijarah harta benda, dilucutkan daripada pangkat dan jawatan bahkan diaibkan di dada akhbar? Azab ini begitu merbahaya, mematikan kesucian jiwa hingga meranapkan binaan iman. Azab yang melanda hati. Iaitu apabila hati tidak merasai kemanisan berdekatan dengan Allah Taala, apabila kenikmatan ibadat itu telah dicabut daripada rongga hati.

Selagimana seseorang itu melakukan dosa dia tidak akan merasai nikmatnya beribadah.

Apakah ada kekhusyukan ibadat bagi orang yang menyimpan amarah, dengki dan cemburu kepada orang lain? Adakah terasa nikmatnya berpuasa bagi orang yang tak pernah puas melayani hawa nafsunya? Adakah berkesan ibadah zakat dan sedekah bagi mereka yang tamak kepada harta orang lain? Adakah nikmat merasai kelazatan al-Quran bagi orang yang suka membaca aib orang lain dengan begitu teliti.

Semua ini adalah akhir dari rentetan panjang sejarah dosa-dosa kecil yang dilakukan, bermula secara senyap, sedikit dan tak nampak. Akhirnya menjadi kebiasaan, terang-terangan tanpa rasa malu dan takut . Bermula melakukan dosa kecil berakhir dengan kejahatan besar yang menjadi penyesalan buat selama-lamanya.

Sumber :- Drjuanda.com

Friday, 4 May 2012

RENUNGAN DI PAGI JUMAAT - Kedasyatan Saat-saat Kematian Iblis



Abu Laits Assamarqandi meriwatkan dengan sanadnya dari Ahnaf bin Qays berkata;
Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Sayyidina Omar bin Al-Akhattab. Tiba-tiba saya bertemu dengan majlis orang-orang sedang mengerumuni Ka'bul Ahbaar yang sedang bercerita:

Ketika Adam Alahissalam akan mati, ia berkata;

"Ya Rabbi, musuhmu pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi tempoh hingga Qiamat."

Allah menjawab;

"Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedangkan si Mal'uun ditunda hingga hari Qiamat supaya merasakan sakit maut sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir."

Maka Adam bertanya kepada Malikulmaut:

"Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut".

Maka sesudah diterangkan, maka berkata Adam;

"Tuhanku...cukup, cukup".

Maka bergemuruhlah suara para hadirin berkata;

"Hai Abu Ishaq, ceritakan kepada kami, bagaimana ia merasa maut".

Pada mulanya Ka'bul ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata:

Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang-orang sibuk di pasr bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengar suara yang sangat keras, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya. Maka tidak sadar kecuali sesudah tiga hari, sedangkan sisanya yang tidak pengsan, bingung bagaikan kambing ketakutan melihat binatang buas. Ketika orang-orang dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan halilintar yang sangat keras. Maka tiada seorang pun melainkan mati kerananya. Maka binasalah dunia dan tidak ada yang tinggal di bumi ini seseorang manusia atau jin atau syaitan atau binatang.

Maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah itu kepada iblis, kemudian Allah Taala berfirman kepada Malakulmaut:

"Aku telah menjadikan untukmu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir, dan aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan penduduk bumi, dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marahKu kepada si mal'uun yang terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanya kepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang-orang yang dahulu hingga terakhir dari Jin dan Manusia, berlipat-lipat ganda.

Dan hendaklah kamu membawa 70,000 malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan. dan tiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari Neraka Ladha dan cabutlah dengan 70,000 cungkil (bantolan) dari Neraka Ladha dan beritakan kepadsa Malaikat Malik supaya membuka pinu-pintu neraka".

Maka turunlah Malakulmaut dalam keadaan yang sangat mengerikan, sehinggakan andaikan penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk itu, nescaya akan cair semuanya kerana sangat ngerinya.

Maka apabila sampai kepada iblis dan dibentaknya sekali saja langsung ia(iblis) pengsan dan mendengkur dan andaikan dengkur itu didengar oleh penduduk timur hingga ke barat , nescaya pengsanlah mereka.

Lalu Malakulmaut membentak iblis:

"Berhentilah wahai penjahat. Kini aku merasakan kepadamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah kamu sesatkan dalam beberapa abad yang kamu hidup. Dan hari inilah hari yang telah ditentukan oleh Tuhan bagimu. Maka kemanakah kamu akan lari?".

Maka larilah iblis itu ke hujung timur tiba-tiba Malakulmaut telah ada di depannya, lalu ia menyelam ke dalam laut. Maka berlari ia keliling bumi, tetapi tidak ada tempat untuk berlindung baginya.

Kemudian ia berdiri di tengah kubur Nabi Adam Alaihissalam sambil berkata;

"Keranamu aku telah menjadi Mal'uun. Duhai sekiranya aku tidak dijadikan".

Lalu ia tanya kepada Malakulmaut;

"Minuman apakah yang akan akan kau berikan kepadaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?"

Jawab Malikulmaut;

"Dengan minuman dari neraka ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda".

Maka berguling-gulinglah iblis di tanah sambil menjerit(berteriak) sekeras-kerasnya, kemudian lari-lari dari barat ke timur dan berbalik. Maka sampai ke tempat yang ia pertama diturunkan, sudah dihalang oleh Malaikat Zabaniyah dengan bantolannya, sedang bumi ini bagaikan bara api, sedangkan ia(iblis) dikerumuni oleh Malaikat Zabaniyah yang menikamnya dengan bantolan dari neraka itu sehinggakan merasakan nazak (sakaratulmaut) akan mati itu.

Kemudian dipanggil Adam dan Hawa untuk melihat keadaan iblis. Maka bangkitlah keduanya untuk meilhat itu. Dan sesudah melihat itu, keduanya berdoa;

"Ya Tuhan kami, sungguh Engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami".

Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi?" [Shad :75] 

Sumber : myEmail

RENUNGAN DI PAGI JUMAAT - DETIK TERAKHIR MANUSIA TERAGUNG




 Terlalu tinggi kemuliaan dan darjat Rasullullah
 SAW...

 
Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW. Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka, "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wamaa malakat aimanuku", peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." 


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah Kepada kita.

Kongsikan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive