Showing posts with label cnn. Show all posts
Showing posts with label cnn. Show all posts

Thursday, 20 March 2014

Teori Ghost Plane Dibongkar!!! Punca MH370 Terhempas??? Kronologi MH370 Hilang Oleh Pilot Tersohor???


Begitu banyak spekulasi yang bertebaran di Internet sekarang ini mengenai MH370. Spekulasi keganasan, rampasan, yang paling tidak tahan spekulasi “meteor”. Ok Full STOP!! Berita Semasa sependapat dengan Kapten Nik Huzlan (DI SINI). Jangan sama sekali percaya kepada CNN. Ini kerana…

Dalam banyak-banyak spekulasi selepas 12 hari operasi MH370 dilancarkan, sudah ada cakap-cakap yang mengatakan teori ‘Ghost Plane” ini bakal menjadi nyata dan pastinya ia sekaligus membersihkan nama Pilot dan Co Pilot MH370 dan nama Malaysia amnya.

Berdasarkan semakan terhadap “GhostPlane’s Theory“, berikut adalah kemungkinan insiden yang boleh berlaku di dalam pesawat MH370 khususnya di dalam kokpit MH370. Apabila bercakap mungkin, boleh jadi terjadi, boleh jadi tidak kerana analisa ini dibuat berdasarkan pengalaman dan kajian mereka terhadap beberapa insiden tragedi penerbangan dunia….

Kronologi Terlengkap Kemungkinan Punca MH370 Hilang & Terhempas?

Bersama-sama ini,mari kita kongsikan kemungkinan kronologi kapal terbang MH370 hilang & terhempas satu persatu seperti di bawah ini :

1) Boeing 777 berlepas pada tengah malam Sabtu dari Kuala Lumpur ke Beijing. Cuaca malam panas. Pesawat agak berat. Sekitar 1 jam sedang MH370 arah ke Vietnam di Laut China Selatan, tiba-tiba “bergelap” yang mana transponder telah dimatikan dan juga alat pengesan isyarat telah dihentikan (radar kedua memancarkan isyarat yang meminta maklumat daripada alat pengesan isyarat pesawat)

2) Dua hari kemudian iaitu pada 11 Mac 2014, kita disuapkan dengan laporan berita mengatakan radar tentera Udara Diraja Malaysia (yang merupakan radar utama berjaya mengesan hasil daripada tindak balas berbanding melalui transponder) pesawat berjaya melepasi sehingga ke barat Semenangjung Malaysia di arah Selat Melaka.

3) Ok baik. “Left turn” adalah kata kunci utama untuk dijadikan petunjuk di sini. Kapten Zaharie Ahmad Shah (BUTIRAN HIDUPNYA KLIK SINI) adalah juruterbang MAS yang cukup berpengalaman dengan 18,000 jam penerbangan. Mungkin sesetengah juruterbang muda yang pernah ditemuramah oleh media antarabangsa termasuk CNN contohnya tidak dapat menangkap apa yang berlaku disebalik tindakan “left turn” ini. Kalangan juruterbang berpengalaman sentiasa cepat menganalisa lapangan terbang yang paling selamat dan terdekat sepanjang tempoh penerbangan.

Di mana kedudukan lapangan terbang di hadapan mereka, lapangan terbang di belakang dan sebagainya.


Semuanya sudah dianalisa dan berada dalam kepala juruterbang berpengalaman seperti mereka ini.

Sentiasa beringat dengan sebarang kemungkinan dan cepat bertindak untuk mendapat alternatif terbaik demi keselamatan beratus-ratus nyawa yang mereka kendalikan!!

4) Dan kebanyakan pakar-pakar penerbangan dunia bersetuju tindakan “turn left” Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak lain dan tidak bukan, berdasarkan pengalaman mereka dan melihatkan kedudukan lapangan terbang yang ideal dan terdekat adalah lapangan terbang Pulau Langkawi untuk tujuan pendaratan.

5) Sebenarnya, Kapten Zaharie telah mengambil laluan terus ke Pulau Langkawi dengan ketinggian 13,000 kaki dari atas permukaan air pada waktu malam tanpa sebarang halangan dan rintingan di mana perlu menyeberang pelbagai gunung di antaranya.


Lapangan Terbang Pulau Langkawi

6) Baik? Pasti ramai tertanya-tanya apa sebenar yang berlaku di dalam pesawat MH370 pada malam kejadian itu? Terdapat peristiwa besar yang telah berlaku.

7) Berdasarkan pengamatan pakar-pakar penerbangan sama sekali tidak terkejut dengan laporan transponder mahupun komunikasi dimatikan. Ia memang masuk akal apabila berlakunya kebakaran besar ataupun kebakaran elektrik. Untuk memeriksa dan memulihkan satu demi satu masalah tersebut daripada berpanjangan adalah tindakan yang kurang bijak pada masa itu malah mungkin ia akan menjadi lebih serius. Masakan tidak, masa itulah nak kawal pesawat, masa itulah juga mahu mengawal kebakaran. Mampu?

8) Kapten Zaharie Ahmad Shah segera melakukan apa yang dirasakan perlu berdasarkan latihan dan pengalaman luasnya sebelum ini bagi mencari alternatif dan penyelesaian secepat mungkin dengan masa suntuk yang berliau ada termasuk mencari lapangan terbang yang terdekat mendarat, akhirnya lapangan terbang Pulau Langkawi menjadi sasarannya. Ada 2 kemungkinan kebakaran di sini :

Kebakaran elektrik mungkin tidak akan cepat merebak sehingga mengeluarkan asap yang menggangu tumpuan mereka.

Ataupun…..besar kemungkinan masalah berpunca terhadap keadaan terlampau panas di bahagian salah satu gear tayar pendaratan di bahagian hadapan sehingga menyebabkan ia perlahan-lahan terbakar.

Ini diperkuatkan dengan keadaan & faktor :

“kapal terbang berat = malam yang panas = paras laut = jangka masa yang panjang ketika berlepas”

9) Ada satu kemalangan yang agak tersohor di Nigeria daripada DC8 apabila berlaku kebakaran gear mendarat ketika berlepas. Akhirnya mengeluarkan keadaan kepulan asap yang mengerunkan…Begitulah kemungkinan keadaan di kokpit pesawat MH370. Ya…benar. Di juruterbang dan co pilot ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak mampu menandingi “kedegilan” kepulan asap berpunca daripada kebakaran.

10) Antara pakar penerbangan mula menyimpulkan yang mana Kapten Zaharie dan Co Pilot Farid Ab Hamid sedang bertarung hebat di dalam ruang kokpit apabila asap terus menyelubunginya. Dan bekas juuterbang ternama mula menggangkat nama Kapten Zaharie bersama-sama Farid Ab Hamid (KENALI BELIAU DI SINI) adalah “hero” yang sedang bertarung nyawa sedaya upaya menyelamatkan nyawa bertaus-ratus anak kapal dan penumpang. Malangnya….situasi yang hampir mustahil apabila waima juruterbang terhebat sekalipun belum mampu mendaratkan kapal terbang MH370 di landasan Pulau Langkawi dalam situasi dan keadaan sebegitu rupa.

11) Manakala kapal terbang MH370 terus bergerak secara autopilot sehingga samada minyak telah mula kehabisan ataupun kebakaran api telah memusnahkan papan kawalan MH370 dan terhempas. Ini antara asas kesimpulan mereka. Sebab apa?

12) Sesetengah bekas juruterbang yang berpengalaman menemplak cakap-cakap tidak masuk akal kononnya MH370 dirampas. Mengapa?

13) Kata kuncinya “left turn”. Seseorang perampas kapal terbang contohnya tidak akan meminta kapal terbang yang dirampasnya berpatah balik tetapi membiarkan pesawat MH370 meneruskan penerbangan dan akan memutuskan pelan mereka seterusnya selepas itu. Mereka membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalaman mereka dalam penerbangan berpuluh-puluh tahun lamanya di samping menganalisa beberapa tragedi penerbangan termasuk…….

Pakar penerbangan menyimpulkan beberapa perkataan dengan situasi 
tragedi MH370 iaitu :

Tragedi penerbangan AirCanada DC9
Tragedi penerbangan Swissair CD-10 pada tahun 1998

Wednesday, 19 March 2014

Misteri MH370 - Bukti Baru Dalam Kokpit Ditemui #PrayForMH370


Berikutan bukti baru dari radar tentera Thailand, penyiasat kini percaya seseorang di dalam kokpit pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memprogramkan perubahan arah pesawat sekurang-kurangnya 12 minit sebelum pembantu juruterbang memutuskan hubungan dengan pengawal trafik udara dengan memberitahu mereka, "Baiklah, selamat malam" .

Penganalisis “AC360” di CNN memberi tafsiran berbeza berkenaan makna penemuan terbarunya – sesetengah pakar memberi amaran perubahan arah berkemungkinan sebahagian daripada rancangan penerbangan yang diprogramkan terlebih dahulu jika berlaku kes kecemasan, dan petunjuk lain menunjukkan sesuatu tindakan jahat sudah diatur.

"Kita tidak tahu secara khusus bila ia dimasukkan," kata Mary Schiavo, pakar penganalisis penerbangan CNN dan bekas ketua Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat .

Wartawan New York Times, Michael Schmidt memberita CNN tempoh baru yang dirancang itu "menjadikan isu unsur jenayah kelihatan lebih ketara."

"Ini kerana, ia menunjukkan pesawat sudah pun menuju ke arah yang berbeza apabila mereka mengucapkan selamat malam.”

Bagaimanapun, sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan.

Tentera Thailand menerima laluan penerbangan dan data komunikasi biasa daripada Boeing 777-200 bagi laluan 8 Mac dari Kuala Lumpur ke Beijing sehingga jam 01:22 pagi, apabila ia hilang daripada radar itu.

Enam minit kemudian, tentera Thailand mengesan isyarat yang tidak dikenali, jurucakap Tentera Udara Diraja Thai memberitahu CNN. Pesawat tidak dikenali ini, mungkin MH370 yang menuju arah bertentangan. ~tmi

Misteri Kehilangan MH370 Hari Ke12!!! Petunjuk Baru Ditemui??? #PrayForMH370

Misi mencari dan menyelamat antarabangsa untuk MH370 masuk hari ke 12 dengan Thailand sekarang mengatakan tentera mereka mengambil masa 10 hari untuk melaporkan blip radar yang berkemungkinan daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang “kerana kami tidak memberikan perhatian kepadanya.”

India juga mengatakan Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang itu berkemungkinan tidak berjaya dikesan melalui Lautan Hindi yang jarang melakukan semakan radar.

Kedua-dua laporan tidak memberikan petunjuk baru untuk mencari pesawat hilang itu yang dikatakan “misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini” selepas hilang di udara pada awal pagi 8 Mac dalam perjalanannya ke Beijing.

Pegawai tentera Thailand mengatakan semalam, radar tentera mengesan sebuah pesawat yang dipercayai mungkin pesawat MH370 terbang melalui Selat Melaka selepas beberapa minit sistem komunikasi pesawat Malaysia itu dipadamkan.

Jurucakap Tentera Udara Thailand, Naib Marsyal Udara Montol Suchookorn berkata, tentera tidak mengetahui pesawat yang dikesan merupakan pesawat MH370, lapor Canadian Broadcasting Corporation di laman sesawangnya.

Kegagalan Thailand berkongsi maklumat dengan cepat mungkin tidak mengubah apa yang pihak berkuasa Malaysia tahu sekarang, tetapi menimbulkan persoalan bagaimana sesetengah negara berkongsi maklumat ketenteraan mereka, kata portal berita tersebut.

Gabungan 26 negara, termasuk Thailand, sedang mencari pesawat MH370 dengan krew carian mencari di dua lengkok wilayah gergasi sebesar saiz Australia – separuh daripadanya di laut terpencil di selatan Lautan Hindi. Pasukan penyelamat sebelum ini mengadakan operasi pencarian di Teluk Thailand, tetapi menemui kegagalan.

Pencarian untuk pesawat hilang itu merupakan antara yang terbesar dalam sejarah penerbangan.

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengatakan pesawat pengawasan P-3 dan P-8 bergerak melalui lautan dengan kaedah yang dikenali sebagai "memotong rumput," sementara menggunakan radar untuk mengesan sebarang serpihan bergerak di dalam air dan menggunakan kamera beresolusi tinggi untuk mengambil gambar.

Pesawat dan kapal Indonesia dan Australia mencari di kawasan perairan selatan kepulauan Sumatera sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Beberapa kapal tentera laut Malaysia juga sudah memulakan pencarian pesawat hilang itu selepas lebih banyak aset ketenteraan digunakan untuk mencari MH370.

Pesawat MH370 berlepas daripada Kuala Lumpur pada 12.41 pagi waktu Malaysia pada 8 Mac dan transponder yang membenarkan pusat kawalan trafik udara mengenalpasti dan mengesan pesawat itu terputus komunikasi pada 1.21 pagi, kata pihak berkuasa Malaysia.

Montol mengatakan radar tenteranya mengesan isyarat pesawat terbang sekitar pukul 1.28 pagi 8 Mac lalu, pada laluan bertentangan yang sepatutnya dilalui MH370, kembali menuju ke Kuala Lumpur.

Pesawat itu kemudiannya membelok ke kanan, ke arah Butterworth, sepanjang Selat Melaka.

Isyarat radar tidak kerap dan tidak mengandungi sebarang data seperti nombor penerbangan.

Apabila ditanya mengapa Thailand mengambil masa begitu lama untuk mendedahkan maklumat itu, Montol berkata, “Pihaknya tidak memberi perhatian kepada maklumat tersebut. Pasukan Tentera Udara Diraja Thailand hanya memerhatikan sebarang perkara yang memberi ancaman kepada negara ini.”

Portal berita Kanada itu melaporkan beliau sebagai berkata pesawat MH370 tidak pernah masuk ke kawasan udara Thailand dan permintaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat pada awal misi pencarian tidak spesifik.

"Apabila pihak Malaysia bertanya sekali lagi dan adanya andaian serta maklumat baru daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, kami melihat semula maklumat yang ada.

"Ia tidak mengambil masa yang lama untuk kami mengesahkannya, walaupun memerlukan beberapa pakar untuk mengkaji maklumat tersebut," kata Montol.

Sementara pegawai India memberitahu CNN bahawa jika MH370 terbang melalui selatan Lautan Hindi, berkemungkinan besar sistem radar India tidak akan menyedarinya.

Pegawai tentera India mendedahkan sistem radar yang meliputi kepulauan Andaman dan Nicobar tidak dipantau secara dekat oleh tentera India seperti pihak lain.

Ini menyebabkan kemungkinan sistem tersebut tidak sedar pesawat MH370 terbang di kawasan tersebut, lapor stesen televisyen antarabangsa itu.

“Jika pesawat 370 terbang melalui koridor selatan, ia berkemungkinan melalui ‘lubang hitam’ di Lautan Hindi.

“Kemungkinan sistem radar India tidak menyedari pesawat 370 menakutkan, kerana jika mereka menyedari isyarat pesawat tersebut, laluan penerbangannya dan jadual, kawasan pencarian akan menjadi lebih fokus,” kata CNN.

Selain lubang hitam dalam pemantauan radar, pesawat tersebut mungkin juga terbang pada altitud serendah 5,000 kaki bagi mengelak dikesan, lapor New Straits Times Press pada Isnin.

Tetapi pakar penerbangan mengatakan altitud rendah itu tidak cukup untuk mengelakkan radar dikesan, kerana sistem tersebut mampu mengesannya dalam keadaan begitu, dan jika ia terbang rendah, orang yang berada di bawah pasti akan mengesannya.

Komander William Marks, jurucakap 7th Fleet AS mengatakan mencari pesawat tersebut sama seperti mencari beberapa orang di antara New York dan California.

Kawasan pencarian baru meliputi 2.24 juta persegi batu nautika dari Laut Kaspia ke utara dan selatan Lautan Hindi. ~tmi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive