Showing posts with label Tukang pukul. Show all posts
Showing posts with label Tukang pukul. Show all posts

Thursday, 16 August 2012

'RAJA' MAKI HAMUN FB DI PUKUL GENG SENDIRI KERANA KECELUPARAN ???


Semalam seorang blogger pro Pas Asfanizam Abdullah yang begitu aktif dialam maya ini, telah dipukul oleh sekumpulan samseng yang dipercayai diupah oleh geng Syiah di dalam Parti Pas. Motif kejadian, mungkin disebabkan beliau selalu membongkar kegiatan jahat kumpulan syiah dalam Pas yang berpusat di Pendang, Kedah.

Kritikan dan terjahan keras yang beliau lakukan selama ini terhadap Phahrolrazi dan Mat Sabu (geng-geng kuat Syiah Pas) menyebabkan mereka mengupah 12 orang samseng untuk memukul beliau semalam. Kejadian berlaku betul-betul dihadapan kedai kereta beliau di jalan Langgar. Di bawah Mc sertakan gambar yang Mc ambil dari FB beliau..


Mc ada menghubungi beliau untuk mengesahkan kejadian ini. Beliau sendiri amat terkejut apabila dipukul oleh orang Pas sendiri. Selama beliau bergiat dalam alam maya, beliau telah berperang dengan troopers UMNO hampir 5 tahun, namun tak pernah pula beliau di pukul. Namun kali ini, beliau dipukul oleh orang Pas sendiri, apabila beliau hanya mengkritik kepimpinan Pas Kedah dan Pusat.

Sesungguhnya Mat Sabu dan Phahrolrazi tak boleh disentuh dan dikritik, kalau anda sentuh dan kritik Phahrolrazi dan Mat Sabu, anda akan terima akibat dari perbuatan anda. Atas sebab demikianlah kami blogger dan troopers UMNO tidak mendedahkan diri dan identiti sebenar, kami takut nasib kami jadi seperti Asfanizam.


Malam tadi Asfanizam telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Mc rasa, pihak polis telah pun membuat siasatan dan melakukan tindakan keatas samseng-samseng tersebut. Bab ni nanti Mc update kemudian.

Mc dan Team Media Kedah berasa amat simpati dengan Asfanizam Abdullah, kami berdoa dan berharap agar Asfanizam cepat sembuh. Walaupun perjuangan kita berbeza, namun sebagai blogger pejuang alam maya, Mc menghormati Asfanizam dan cara beliau berjuang. Benar katakan benar, salah katakan salah.

Sumber : Mc Theory

Wednesday, 27 June 2012

BIAR BETUL !!! TEAM 'R' DAKWA INILAH 'TUKANG PUKUL' DEMONTRASI ISNIN 26/6/2012


Gambar 'tukang pukul' diedarkan oleh Team R untuk tatapan umum...'katanya' manusia2 inilah yang menjadi tukang pukul dan yang memulakan kekecohan..Boleh percaya ke??? Biasanya puak2 PR ni memang hebat dalam segi lakonan...semalam baru luka kat kepala. Tapi yang lebih teruk puak2 PR sanggup lakukan. Sanggup buat2  'mati' demi meraih simpati rakyat. Tidak mustahil apa yang berlaku semalam hanya rentetan lakonan yang dirancang dengan teliti dan licik oleh pihak PR. Sayang seribu kali sayang team 'Sedar' masih belum sedar dengan buah silat yang di mainkan oleh team 'R'.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive