Showing posts with label Tamrin Ghaffar. Show all posts
Showing posts with label Tamrin Ghaffar. Show all posts

Monday, 27 August 2012

JAWAPAN EN. TAMRIN KEPADA KELUARGA !!!




Jawapan En Tamrin Tun Ghafar...

A'kum Zainun I ve read ur statement in Utusan.

Its ok I understand. I hanya tukar party bukan tukar Agama. Tengku Abd. Rahman dan Tun Husain Onn keluar UMNO dan mati d luar UMNO.

Tun M dan Sanusi pun pernah keluar UMNO zaman Dollah dan masuk semula zaman Najib. Begitu juga dng Rais , T. Razaleigh dan ramai lagi.


May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members. Salam.


Ini pula kenyataan ahli keluarga En Tamrin terhadap kenyataan merapu si Mat Sabun terhadap Allahyarham Tun Ghafar Baba....


Ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

"Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

"Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa," katanya kepada media di sini, semalam.

Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.

"Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar," katanya.

Sunday, 12 August 2012

GILIRAN TAMRIN PULA DIKUTIP PAS ??


Sah Tamrin Ghafar bersama PAS. Beliau telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada TG Datuk Seri Hadi, Presiden PAS di Markas Tarbiyyah Taman Melewar malam tadi.

Tamrin adalah bekas ahli parlimen Batu Berendam di Melaka yang kini dinamakan Bukit Katil.

Tamrin adalah ahli Umno veteran kedua meninggalkan Umno. Sebelum ini, ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, 

Sebenarnya langsung tidak merencatkan segala persiapan dan gerak kerja UMNO serta Barisan Nasional khususnya dalam menghadapi pilihan raya.

Sebabnya di pihak UMNO dan Barisan Nasional kita sendiri pun sudah mengenali sikap dan tindak tanduk mereka sebelum ini dan sudah pun bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Malah apa yang PT tengok kerajaan Barisan Nasional semakin hari semakin baik dengan segala perancangan yang di lakukan semuanya menjurus kepada kebaikan rakyat berbeza dengan sikap Pakatan Hancing yang masih terkial-kial hatta dalam soal slogan untuk menyambut hari kemerdekaan negara bakal tiba.


Apa pun Tamrin mungkin lupa sejarah ! Beliau mungkin lupa bahawa Tun Ghafar arwah bapanya pernah di singkirkan dalam pemilihan parti yang menyaksikan Tun Ghafar kalah kepada seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang sebelumnya berjanji tidak akan sesekali bertanding dengan Tun Ghafar atas dasar hormat.

Mugkin Tamrin juga lupa agaknya bagaimana Tun Ghafar terpaksa keluar dari pejabatnya dengan hanya membawa sebuah beg kesan daripada tindakan paling jijik seorang manusia yang tidak tahu menghormati pimpinan sebelumnya siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim.



Monday, 2 July 2012

TUAN HAJI TAMRIN BUKAN HIPOKRIK - BLOGGER PAS


Dia bukan hipokrit macam pemimpin Umno. Bunuh orang, bersekedudukan dengan artis, mentekedarah arak, berjudi sakan, rasuah dan tipu rakyat tapi tak mengaku. Tunjuk baik depan rakyat. Belakang perangai macam setan. (Lapor blogger pro pembakang. Nok suko rasanyer)....betulke si Tamrin ni bukan hipokrik?



Kalau ya pun nak kelentong agak2 la bro!!! sape tak kenal dengan si Tamrin anak arwah TPM ni...seluruh Malaysia tahu macamne perangai beliau... eloklah tu Pas mengumpul seberapa banyak ahli2 yang terdiri dari bekas pegawai dari kalangan umno yang sudah nak baham tanah.Lepas tu buat kenyataan kononnya mereka diberi petunjuk serta sudah insaf.

Masing-masing ada otak, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive