Showing posts with label Sumbang Mahram. Show all posts
Showing posts with label Sumbang Mahram. Show all posts

Friday, 31 August 2012

KES SUMBANG MAHRAM !!! SUSPEK BUKAN AHLI PKR - FAUZI ABDUL RAHMAN



KUANTAN - Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menegaskan, tiada pemimpin daripada parti itu terbabit dalam kes sumbang mahram yang dilaporkan berlaku di negeri awal minggu ini.

Menurutnya, jika suspek yang dikatakan itu adalah ahli PKR, beliau menafikan kerana pemimpin tersebut sudah keluar dari parti sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

"PKR Pahang menafikan sekeras-kerasnya cuba mengaitkan pemimpin yang terlibat dengan perbuatan itu (sumbang mahram) dengan parti ini.

"Pemimpin itu bukan ahli PKR lagi dan sudah keluar parti selepas PRU12 lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai seorang pemimpin kanan sebuah parti bersama anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sumbang mahram di Jerantut.

Pemimpin itu dikatakan pernah bertanding pada PRU12 namun tewas pada pencabarnya dalam pilihan raya tersebut.

Thursday, 30 August 2012

SUMBANG MAHRAM !!! SUSPEK UGUT SAMAN BLOG DAN MEDIA ???



Bekas calon PKR dalam PRU12 lalu dan tidak dikenali oleh Fuziah Saleh, Ahli Parlimen Kuantan, akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog atau media yang menyiarkan berita tentangnya, anak perempuan berusia 14 tahun yang dirogol dan telah melahirkan seorang bayi serta perbuatan rogol sumbang mahram.

Mohd Nor Jaafar, 59 tahun, yang mempunyai 2 orang isteri dan 11 orang anak yang berusia antara 6 hingga 31 tahun, telah ditahan oleh polis bersama-sama seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun setelah anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor. Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Cheras.

Bekas calon pilihanraya PKR itu yang sekarang menyertai Parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim menegaskan, dia hanya dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan. Dan sekarang dia telah dibebaskan. Sedangkan berdasarkan maklumat pula, dia dibebaskan dengan jaminan polis dan pihak berkuasa sekarang sedang melakukan ujian pateniti berdasarkan darah ketiga-tiga beranak itu.

Menurut suspek rogol sumbang mahram itu, dia telah diadili oleh blog dan keputusan bersalah, mendahului keputusan mahkamah. Disebabkan itulah, dia mahu menyaman mana-mana blog dan media massa yang menyiarkan berita tentang anak perempuannya yang bunting dan bersalin di sebuah hospital swasta di Cheras, Selangor. (Sel13.com)

p/s: Yang disebarkan bukanlah cerita-cerita penipuan, tapi semuanya yang dikemaskini dari wartawan-wartawan prosfesional yang buat liputan mengenai kes ini.

Saman la semua akhbar dalam Malaysia ni!

Baik sebarkan cerita Superhero Terbaru ini. Boleh juga buat belanja sehari dua. Tapi kalau bawak laju, silap hari bulan kena sama juga...heheheh..


Wednesday, 29 August 2012

SUMBANG MAHRAM PEMIMPIN PEMBANGKANG - FAUZIAH MEROYAN SAKAN HENTAM BLOGGER PRO BN ???



DARI BLOG ANAK SUNGAI DERHAKA

Boleh dikatakan hampir seluruh Blogger-blogger Pro UMNO memainkan isu kes sumbang mahram yang melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan anaknya ditahan  Polis.

Berbagai-bagai tajuk mereka keluarkan, walaupun apa tajuknya tujuannya hanya satu iaitu memburukkan Pakatan Rakyat terutama sekali PKR..

Kebanyakkan dari mereka menuduh ianya dilakukan oleh Pemimpin dari PKR, ini kerana suspek dilaporkan telah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas.

Tetapi suspek telah kalah kepada calon Barisan Nasional..

PapaGomo mengeluarkan satu nama.. menariknya kali ini beliau bukan menuduh tapi bertanya.. mungkin takut kena saman kot..



Sebelum korang baca apa kata Fuziah Salleh yang merupakan Naib Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen Kuantan baca dulu apa yang dilaporkan oleh BERNAMA di bawah ini..

Kes sumbang mahram: Pemimpin kanan parti pembangkang, anak ditahan

JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - Bernama

 Ini jawapan dari Fuziah Salleh melalui Twitter..


Dan jawapan kepada soalan PapaGomo itu pula ialah..

Tidak ada calon PKR yang bernama Mohd Noor Yaacob yang bertanding di DUN Jerantut pada PRU12 lalu.. yang ada ialah Mohd Nor Jaafar.

Beliau adalah abang kepada Calon PAS yang bertanding di Kerusi Parlimen Jerantut iaitu  Dr Hamzah. 

Pada PRU12 lalu  Mohd Nor Jaafar telah tewas ditangan calon BN .. Beliau tekah mendapat 5165 undi manakala calon BN mendapat 5674 undi..

Manakala Mohd Noor Jaafar bukanlah seorang Ahli PKR lagi kerana beliau kini adalah Pengerusi KITA Jerantut... 

YANG BETULNYA BELIAU ADALAH BELAAN ATAU BEKAS PEMIMPIN PAS LOMPAT KE PKR DAN LOMPAT KE KITA UNTUK JADI CALON. KALI INI LOMPAT KE DALAM LUBANG ANAK SENDIRI , ITULAH PERANGAI PEMBANGKANG DIBAWAH KETUANYA ANWAR YANG SUKA LOMPAT IKUT BELAKANG!!!


Sumber : helangbuana

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! PEMIMPIN PR DITAHAN KES SUMBANG MAHRAM ???



JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive