Showing posts with label Ning Baizura. Show all posts
Showing posts with label Ning Baizura. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

BIAR BETUL !!! NING BAIZURA JADI MANGSA FITNAH SALAHUDDIN AYUB ??


Kerana terlalu ghairah ingin menarik sokongan orang muda dengan menggunakan artis, Salahuddin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian diselar kerana menyebarkan fitnah kononnya Ning Baizura bakal menyertai PAS.


Foto Ning Baizura memakai tudung juga disebarkan bagi menguatkan khabar angin itu. Ning Baizura secara tegas menafikan berita tersebut dan melarang sesiapapun mengeksploitasikan dirinya untuk kepentingan politik mereka.

Selebriti menyertai parti politik bagaikan sebuah isu semakin hangat diperkatakan hari ini. Bermula dari pengakuan terbuka oleh Abby Abadi dan Hairie Othman, ramai lagi artis yang didakwa akan menyertai PAS sepertimana didakwa oleh barisan kepimpinannya.
Namun penyanyi popular Ning Baizura menyelar secara terbuka di laman sosial Twitter 'fitnah' yang dilemparkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengaitkan dirinya dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam tersebut.

Thursday, 5 July 2012

PAS TERPAKSA MENGHARAPKAN SOKONGAN ARTIS DEMI KEMENANGAN PRU13??



"Ning Baizura dan Sharifah Aini  juga dikatakan akan menyertai PAS tidak lama lagi." Sallahuddin Ayub

Rupa2nya para pemimpin  Pas telah kehabisan modal untuk meraih sokongan rakyat sehinggakan begitu mengharapkan sebilangan artis menyokong mereka. Sehinggakan mereka membuat spekulasi yang mengatakan artis tertentu akan menyertai Pas dan secara automatik menjadi 'ustazah'. Kita tunggu berapa ramai lagi artis popular tanahair yang akan menginsafkan diri mereka dengan menyertai Pas serta mendapat imbuhan yang lumayan. Seperti yang dinyatakan oleh Hairie Othman dalam twitternya.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive