Showing posts with label Demokrasi. Show all posts
Showing posts with label Demokrasi. Show all posts

Wednesday, 5 September 2012

CERITA SEBENAR KEKECOHAN DI PEJABAT PKR


Seperti biasa, media pro-pembangkang akan menambahrasa serta menambahsensasikan laporan mereka tanpa menceritakan keseluruhannya. Dan memang benar sangkaan kita itu!
Yang gagal atau sengaja tidak dilaporkan oleh pemimpin dan media pro-pembangkang ialah kehadiran beberapa NGO termasuk bukan Melayu! Mereka yang mengepalai demo aman yang bertukar kecoh apabila berlaku cabar-mencabar.
Di bawah adalah laporan berita yang tidak mungkin akan disiarkan oleh pro-pembangkang mengenai insiden demo di depan pejabat Keadilan.
Malah, pemimpin pembangkang berterima kasih kepada pihak polis yang sebelum ini kerap dicemuh dan dikutuk oleh mereka. Apakah ada media pro-pembangkang mahu melaporkan perkara ini?
Anda tentu tahu jawapannya!
Di antara laporan tersebut :
Dalam pada itu, Presiden Barisan Bersatu Nambikkai, Kalai Vanar berkata, pihaknya terpaksa mengadakan bantahan aman berikutan tindakan terhadap isu bendera dan tidakan kerajaan Selangor yang tidak menghormati hak raja-raja sekali gus mendakwa perkara itu didalangi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta ketua pembangkang itu memberi penjelasan.
“Pada hari ini kami hanya datang secara aman, tetapi dibaling telur dan fail. Ini adalah provokasi yang tercetus dari pihak mereka kepada kami.
“Kami hanya meminta penjelasan dari Anwar, dan beliau harus memberikan penjelasan terhadap setiap perkara yang dilakukannya yang ternyata membawa kerosakan kepada negara.
“Beliau (Anwar) langsung tidak menghormati bendera malah penghinaan mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada malam sambutan merdeka itu telah dirancang dari awal oleh pihak PKR,” katanya kepada media, selepas bersurai dari bantahan itu.
Kalai turut menyelar tindakan Anwar dan menggelarkan Ketua Umum PKR itu sebagai pengkhianat serta perosak kemakmuran negara dan mendakwanya mendalangi kekacauan yang berlaku dalam negara.
Beliau meminta penjelasan dari tahun 1998 sehingga tahun 2012 daripada Anwar dan mendakwa Ketua Pembangkang itu telah mereka cerita tentang pelbagai perkara tidak masuk akal seperti suntikan HIV yang diterimanya, diracun dengan arsenic selama berada di dalam penjara serta cubaan membunuh keatasnya serta yang terakhir adalah berkaitan dengan bendera baru ciptaannya.
Katanya, kesemua isu yang berlaku merupakan agenda awal daripada Anwar. Malah, pertubuhan itu menggelarkan Anwar dan mendakwanya sebagai pengkhianat negara.
Antara NGO lain yang terlibat dalam bantahan tersebut termasuk Kelab Perpaduan Insan Selangor, Waris Malaya, Malaysian People Organization, Alernative Action Team, Gerakan India Malaysia dan Kelab Prihatin Cina Malaysia.
Sementara itu, Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, R Suresh Kumar berkata, pihaknya tidak akan melakukan laporan polis berdasarkan bantahan yang dilakukan oleh persatuan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan yang kurang bijak apabila pertubuhan itu menceroboh kawasan pihaknya.
Beliau mendakwa, sebelum ini, Kalai Vanar merupakan calon yang bertanding untuk tiket PKR di Gurun, Kedah pada pilihan raya yang lalu dan tidak diberi tempat oleh masyarakat sekali gus melakukan tunjuk perasaan dan mendakwa Kalai sebagai dalang yang mengganggu perjalanan politik parti itu.
“Bagi saya Kalai adalah orang yang banyak mencetuskan perkara yang tidak baik dan banyak mencetuskan huru-hara.
“Mengapa mereka mesti membuat kecoh disini? kenapa tidak menghantar surat? Kami berada disini adalah bagi membela parti dan melindungi Anwar dari dicemuh oleh pihak mereka.
“Kita juga tidak tahu ada NGO kita yang membawa telur atau membaling fail, kerana bagi saya kekecohan tadi tidak sampai ada pihak yang tercedera.
“Saya turut berterima kasih kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang menjaga keamanan kawasan ini sekali gus bertindak meredakan pertikaian yang berlaku. Bagaimanapun, insiden ini tiada pertumpahan darah atau cedera di pihak kami atau pihak mereka,” katanya. – SH

Friday, 24 August 2012

BIAR BETUL !!! JANJI BERSIH AKAN BIKIN KACAU PADA MALAM MERDEKA ???



Pagi tadi lebih kurang jam 11 pagi, GR berkesempatan ke sidang media Gabungan Janji yakni satu lagi agenda jahat puak pembangkang pada malam Merdeka nanti pada 30 Ogos 2012. Tapi apa yang GR lihat sendiri, sidang media ini tidak mendapat sebarang sambutan. Rata-rata pihak media yang hadir hanyalah dari kalangan mereka sendiri. GR juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput GR untuk turut hadir dalam sidang media ini.

Tujuan Gabungan Janji mengadakan Himpunan Janji Bersih katanya menuntut Janji Demokrasi:

1. Keluhuran Perlembagaan
2. Kedaulatan Undang-Undang
- Mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara
- Mansuhkan akta zalim
- Kebebasan media
3. Pilihanraya yang bersih dan adil

Apa yang GR lihat ketiga-tiga agenda mereka ini sama jika dilihat dari agenda Bersih 1.0 hinggalah ke Bersih 3.0. Apa lagi yang tidak kena dengan perlembagaan negara kita ini? Kenapa tidak diambil kesemua rukun negara itu jika mereka mengatakan untuk bersikap adil pada rakyat dan negara. Ini semua hanyalah 'game plan' mereka saja yang hanya mempunyai kepentingan peribadi politik mereka sendiri.



Keduanya mereka mengatakan undang-undang di Malaysia tidak baik, apa lagi yang tidak bebas? Rakyat berhak bersuara melalui medium-medium yang telah disalurkan oleh Kerajaan. Jika dilihat YAB Perdana Menteri juga mendengar masalah rakyat yang bersuara kepada beliau. Beliau juga membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia memberikan pandangan yang baik untuk pembangunan negara untuk dimasukkan dalam Bajet 2013 yang akan datang. Betulkan?? Ini masih lagi yang dikatakan tidak bebas ker??

Mereka ini juga masih menuduh SPR tidak berlaku adil...apa lagi yang mereka mahukan?? Pihak SPR sendiri telah merombak beberapa syarat pilihanraya yang semua kita sedia maklum apa yang akan dibuat ketika Pilihanraya Umum ke 13 nanti.



Bila mereka ini ditanya adakah jaminan bahawa Himpunan Janji Bersih ini dijalankan secara aman? Jawapan yang sama mereka katakan...biasalah aman. Tapi boleh percaya ker? Pembaca lihatlah Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0...apa yang terjadi? Yang kelakarnya juga, bila ditanya soalan tujuan mereka adakah himpunan ini adalah semata-mata untuk mendengar bacaan puisi yang akan disampaikan oleh sasterawan negara Dato' A.Samad Said pada malam tersebut dan selepas itu mereka bersurai.

Jawapan BODOH yang GR dengar juga dari salah seorang mereka mengatakan setiap tahun rakyat Malaysia berhimpun di Dataran Merdeka untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia. Dan mereka ini tidak perlu pun permit untuk berhimpun. So Gabungan Janji ini juga adalah sama seperti rakyat Malaysia yang berhimpun. Ini jawapan budak sekolah yang GR pernah dengar. Aduyaiiiii....

Untuk pengetahun semua, bukankah rakyat Malaysia setiap tahun turun ke Kuala Lumpur untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia. Tidak kira di mana sekali pun rakyat Malaysia turun untuk meraikannya, perlukah rakyat Malaysia ini memerlukan permit untuk berhimpun meraikan sambutan Kemerdekaan atau pun Tahun Baru.



Tolonglah janji dirosakkan mood sambutan Kemerdekaan negara dengan agenda-agenda busuk korang nie. Rakyat Malaysia sekarang hidup aman dan damai boleh pergi ke mana saja. Dan janganlah diheret rakyat Malaysia dengan mengatakan Gabungan Janji ini adalah suara semua rakyat Malaysia yang sebenarnya hanyalah suara segelintir saja dan mereka ini yang sebenarnya petualang negara yang akan merosakkan negara.

Pada semua rakyat Malaysia, usahlah dengar lagi penipuan yang mereka katakan. Perkara yang sama mereka akan buat dalam setiap perhimpunan haram mereka ini. Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....


Sumber : gossiprakyat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive