Showing posts with label #Pray4VAT69. Show all posts
Showing posts with label #Pray4VAT69. Show all posts

Tuesday, 5 March 2013

Terkini !!! [VIDEO] Sidang Media KPN #OpsSulu


Sidang media oleh Ketua Polis Negara berkaitan perkembangan semasa #OpsSulu di Lahad Datu.

Terkini!!! Lahad Datu - Kenyataan Media KPN ##PrayForSabah #OpsSulu


Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi.

Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM. Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.

Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.

Sumber - FB PDRM

Terkini !!! #OpsSulu : Azzimudie Kiram Dakwa Walau Dibom Mereka Masih Selamat ! #PrayForSabah

10.17am: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya.

Azzimudie berkata pihaknya tidak pasti sama ada bom tersebut mensasarkan mereka atau pengikut mereka, tetapi mereka kekal selamat dan bersedia untuk bertempur.

Sementara itu di Manila, sekumpulan penunjuk perasaan tiba di kedutaan Malaysia untuk mengutuk serangan itu.
Sumber fb

Terkini!!! #OpsSulu:Pasukan Keselamatan Lancar Serangan Terhadap Penceroboh Sulu #Pray4VAT69#PrayForSabah

10.00 pagi : Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.

9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.

9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.

8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.

Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.

Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.

Berita selanjutnya selepas ini.-mstar

[FOTO] #PrayForSabah : Penduduk Angkat Mayat Penceroboh #OpsSulu

SEMPORNA: Kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi para penduduk sejak semalam.
Sabtu lepas, enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban dalam insiden berbalas tembakan yang turut mengorbankan tiga penceroboh. Dalam pada itu, Ramli turut menasihati penduduk di situ agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kerana ia dapat mengeruhkan keadaan.
"Saya diberitahu penduduk, mereka mengatakan pihak penceroboh akan membalas dendam dengan membakar kampung ini (Kampung Simunul) jadi saya beritahu mereka jangan cepat percaya berita sebegitu, kerana saya sentiasa berhubung dengan pihak polis," katanya.
Ramli yang menjadi ketua kampung itu sejak tujuh tahun lepas, berkata tiada paksaan untuk penduduk kampung meninggalkan kediaman mereka, kerana ia merupakan hak individu.
Beliau optimis pasukan keselamatan negara mampu mengawal keadaan, dan menambah, keadaan kampung kembali tenang namun masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di bawah pengawasan polis. BERNAMA

Monday, 4 March 2013

Koperal Salam Mahu Mati Syahid - Balu #Sempornabackfire

Tawau, 4 Mac - Allahyarham Kpl Salam Togiran yang terkorban dalam kejadian serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna Sabtu lepas, sentiasa melahirkan keinginan untuk mati syahid seperti syahidnya pejuang Palestin menentang rejim zionis.

Balu Allahyarham, Marlinah Utan, 38, berkata sejak tiga bulan lepas, Salam, 42, menzahirkan keinginnya itu setiap kali melihat keberanian rakyat Palestin menentang rejim zionis yang disiarkan di televisyen.

"Kalau ada siaran mengenai Palestin dia selalu cakap bagusnya kalau saya yang pergi ke sana, saya mahu mati syahid. Itulah yang selalu menjadi punca saya memarahi dia. Selalu dia cakap dia mahu  katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Seri Indah dekat sini, hari ini.

Marlinah berkata sebelum menyertai operasi, suaminya berpesan agar beliau menjaga empat anak mereka dan menelefonnya kira-kira pukul 3 petang Sabtu (sebelum kejadian) meminta beliau mendoakan keselamatannya.

"Saya tanya dia kenapa. Dia kata 'Saya mahu ikut operasi. Doakan saya selamat'. Saya kata amin, mudah-mudahan selamat," katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Jenazah Salam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas pada 10.15 pagi ini selepas disembahyangkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Marlina yang mendirikan rumah tanggga dengan Allahyarham sejak 13 tahun lalu menyifatkan arwah sebagai suami dan ayah yang sempurna.

"Saya bangga dia gugur sebagai pejuang. Dia berjuang untuk kedaulatan negara. Dia sanggup mempertaruhkan nayawanya. Sebagai isteri, saya bangga," katanya.- BERNAMA

Terkini!!! Penerbangan Pulang Jenazah Anggota Terkorban Di Semporna #PrayForSabah

MAKLUMAT TERKINI: Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan dan pergerakan membawa pulang jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna.

Masa ketibaan dijangka seperti berikut:
Tarikh: 04 Mac 2013

1. Supt Ibrahim bin Lebar
2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran
Masa: 6.00 petang Tempat: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

3. ASP Micheal Padel
Masa:5.30 petang Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching

4. Sjn/D Baharin bin Hamit
Masa: 2.00 petang Tempat: Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu

5. Sjn Abd Aziz bin Sarikun
Masa : 10.00 pagi (van jenazah) Tempat: Semporna

6. Kpl/S Salam bin Togiran Masa: 10.30 pagi (van jenazah) Tempat: Batu 15, Tawau.

Pegawai polis yang masih menjalani rawatan di Hospital Tawau adalah Insp Mohamad Hasnal bin Jamil yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan di beberapa bahagian badan. Walau bagaimanapun, keadaan beliau dilaporkan stabil.
Sumber fb pdrm

Palsu!! Gambar Ngeri Pencerobohan Lahad Datu ???


Bermula petang tadi, sekeping gambar seorang anggota tentera memegang kepala lelaki dipercayai mungkin rakan pasukannya mula tersebur di Facebook.

Ia dikaitkan dengan serangan penceroboh di Lahad Datu.

Tidak diketahui sama ada pihak yang membuat lawak atau mendapat kepuasan pelik dengan menyebarkan gambar seumpama itu.

Hakikatnya, gambar tersebut bukan melibatkan kes di Lahad Datu tetapi dipercayai kejadian di Selatan Thailand.

Kepada mana-mana insan yang ada banyak sangat masa lapang tu, dinasihatkan agar buatlah kerja berfaedah seperti mengaji al Quran daripada sibuk menyebarkan gambar yang tidak berkenaan. - Sumber


Penjelasan kepada gambar di atas ada di bawah ini.


4 Pegawai Polis Malaysia Di Tahan Penceroboh ???

Jamalul Kiram III mendakwa pihaknya menahan empat pegawai polis Malaysia semasa pertempuran di Semporna yang turut menyebabkan kematian lima anggota polis, kelmarin.




Jamalul Kiram membuat dakwaan itu ketika sidang media yang diadakan di Kota Taguig, di mana mereka turut menafikan mengarah pengikut membuat serangan balas terhadap polis Malaysia, lapor wartawan Divine Caraecle untuk Radio dzBB.

Selain itu, Sultan Sulu itu mendakwa turut tidak menyuruh pengikutnya untuk menahan tebusan-tebusan tersebut.

Lewat petang semalam, seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, seperti disahkan oleh kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut sebarang penahanan anggotanya oleh kumpulan Jamalul Kiram.

Sebaliknya menurut Ismail, pihaknya kini sedang memburu 10 penceroboh, di mana tiga daripada mereka bersenjata dan memakai pakaian kelengkapan tentera.

Sebilangan besar penduduk juga dilihat sudah bersedia untuk meninggalkan kampung halaman mereka setelah kampung mereka kecoh dengan pertempuran yang berlaku semalam.

“Kami telah diarahkan untuk berkurung di rumah atau hanya boleh meninggalkan rumah sekiranya pihak penceroboh sudah berjaya ditawan oleh pihak berkuasa kita,” kata salah seorang penduduk yang ditemubual oleh pihak media. 
(Sumber: BM, GMA News)

[FOTO] Penduduk Semporna Pukul Penceroboh Hingga Mati #Sempornabackfire

Puluhan penduduk membelasah hingga mati seorang lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Dalam insiden awal pagi ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam dan bersenjatakan M-16 turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan, lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dibelasah hingga mati dan mayatnya diletakkan berhampiran sebuah pokok di kampung itu.

Pesuruhjaya Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbarnya mengesahkan kejadian itu dan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, penceroboh menyelinap masuk ke kampung itu melalui jalan pantai.

"Penceroboh itu bersenjatakan M-16 dan membawa pelancar roket," katanya sambil memberitahu bahawa siasatan mendapati lelaki itu berbangsa Sulu dan berumur dalam lingkungan 60-an.

Kebanyakan penduduk di kampung itu adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Sementara itu pelancong dari Republik Czech Jam Pesta, 67, yang bersama keluarganya merancang untuk bercuti ke Pulau Mabul berharap insiden pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata yang tidak dikenali itu dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

"Saya dapati Semporna mungkin antara destinasi pelancongan terbaik di dunia dan sudah tentu di kawasan Asia. Saya berharap insiden ini cepat berakhir," katanya.

Beliau berkata rancangan percutiannya ke Pulau Mabul bersama isteri dan anggota keluarganya ditangguh ke tarikh yang belum ditentukan oleh agensi pelancongan.

"Saya sudah di sini selama dua hari. Sepatutnya esok saya dan isteri ke Pulau Mabul namun secara tiba-tiba ditangguh oleh agensi pelancongan," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memuji tindakan berani penduduk kampung di Semporna yang menumpaskan seorang penceroboh yang dianggap beliau bukti penduduk setempat tidak bersetuju dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.


Terkini !!! Senarai 6 Anggota Yang Terkorban Di Semporna #PrayForSabah


Berikut adalah senarai nama 6 orang anggota yang telah terkorban semasa serangan di Semporna :

1.Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
2.ASP Michael, (KCKD Semporna)
3.Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
4.Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
5.Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
6.Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)

Salam takziah dan al-fatihah kepada keenam-enam skuad  yang terkorban dan semoga roh mereka dicucuri rahmat. Kepada anggota yang masih bertugas hapuskan semua saki baki penceroboh yang masih ada.. Teruskan perjuangan!


Terkini !!! 6 Polis Maut, 6 Anggota Kumpulan Bersenjata Terbunuh #Sempornabackfire -

Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.




Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.- BERNAMA

Sunday, 3 March 2013

Terkini Lahad Datu : Kedudukan Anggota Pasukan Keselamatan Diperkukuh Dan Bersedia #Pray4VAT69

Lahad Datu, 3 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan bahawa keselamatan di Sabah terutama di tiga lokasi berlaku pencerobohan kumpulan bersenjata adalah terkawal.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini. Beliau merujuk kepada tiga situasi iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Zulkifeli, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Ismail meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Beliau turut memberi jaminan keselamatan kepada pelancong yang ingin datang ke negeri ini untuk bercuti. Sementara itu, Zulkifeli dalam sidang akhbar sama berkata penduduk di negeri ini terutama masyarakat setempat di daerah ini tidak perlu bimbang kerana situasi adalah terkawal dan pihaknya berkerjasama rapat dengan polis dalam menangani situasi keselamatan.

"Saya dan Ketua Polis Negara telah merancang sesuatu dan kami boleh tangani situasi ini dengan kawalan keselamatan yang ketat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya penduduk di daerah ini, Semporna dan Kunak menjalani kehidupan seperti biasa.

Zulkifeli berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri ini.- BERNAMA

LAHAD DATU TERKINI - 5 LAGI ANGGOTA POLIS TERKORBAN DI SEMPORNA #Pray4VAT69


5 Polis Terbunuh dan 2 Penceroboh mati: Sumber Bernama News. Tan Sri Ismail Omar juga dilaporkan Bernama mengatakan 10 penceroboh di kesan di KUNAK dan 3 dari mereka bersenjata. Klik sini Bernama

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan ada pegawai dan anggota pasukan keselamatan terkorban dalam kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, jam 7.30 malam tadi.

Sehingga jam 12 tengah malam, beliau bagaimanapun masih belum dapat memberi butiran lanjut mengenai jumlah sebenar anggota pasukan keselamatan yang maut dan cedera kerana masih menunggu laporan penuh daripada ketua setiap pasukan ditugaskan.

“Saya mengesahkan ada kejadian tembak menembak yang berlaku di sekitar Semporna, hingga menyebabkan anggota kita terkorban.

“Kita minta penduduk di kawasan sekitar sentiasa berwaspada dan memaklumkan segera kepada polis sekiranya ada sebarang unsur yang mencurigakan,” katanya ketika dihubungi BH malam tadi.
Ismail berkata, pihak polis akan memaklumkan kejadian itu dalam masa terdekat sejurus menerima laporan penuh daripada komander setiap kawasan yang terbabit.

Dalam laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, Ismail berkata, kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya Siminul itu susulan pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di kampung berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan itu bertujuan mengesahkan pembabitan pencerobohan di Lahad Datu.
“Setakat ini, polis belum dapat mengesahkan jumlah mereka terbabit dalam kejadian itu. Bagaimanapun dipercayai mereka yang terbabit tidak lebih 10 orang,” katanya.
Sumber

Lahad Datu -Raja Muda Sulu Enggan Serah Diri #Pray4VAT69 #PraySabah

MANILA - Raja Muda Agbimuddin Kiram berkata, beliau dan 224 pengikutnya yang masih berkubu di Lahad Datu tidak akan meninggalkan Sabah meskipun pihak berkuasa Malaysia dan Kerajaan Filipina berulang kali menggesa mereka menyerah diri.

Dipetik portal Inquirer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu dalam mesej yang dihantar kepada abangnya, Sultan Jamalul Kiram III kira-kira jam 5 pagi semalam.

"Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata beliau dalam mesejnya.

Semalam kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Filipina merayu dan memberi amaran agar menyerah diri susulan insiden kelmarin. - sinar

Betulkah Sempadan Negara Mudah Di Bolosi???

Seperti yang pengarang duga, ketika kerajaan sibuk menaik taraf sistem pertahanan negara, pasti akan ada anasir yang ambil kesempatan untuk cari kesalahan kerajaan. 
Terbaru kes pencerobohan di Lahad Datu, pembangkang seperti diramal akan memainkan isu scorpene. Ni mau tanya ba, Scorpene di Sabah ada berapa biji ba?. Itu pun yang paling bising masa scorpene sampai di Teluk Sepanggar adalah orang-orang pembangkang, terutama sekali ahli-ahli PAS yang bapak dia sendiri pun PATI, nak tau siapa? cari sendiri. 

Scorpene sebiji dengan keluasan perairan dan jarak dari Sepanggar ke Lahad Datu, bagi pengarang memang ada rasionalnya cadangan penduduk setempat jika sebuah pengkalan Tentera Laut diwujudkan di antara Lahad Datu dan Semporna. Scorpene sebiji yang ribut sekampung angkara perbuatan pembangkang, rasa-rasanya perlu di tambah lagi sebiji lagi mantap kalau ada 3 biji di Sabah di mana sebuah lagi di letak di Utara Sabah (Kudat). 

Sepatutnyanya isu berhubung pemilikan persenjataan tidak seharusnya dipolitikkan. Ini tidak!, ada pula istilah Kapal Selam Tidak Boleh menyelam. Bila tentera laut bagi pemimpin pembangkang ni naik kapal selam, keluar pula isu baru "Kapal Selam Hanya Boleh Menyelam 15 meter". Aduh... Bagi naik salah, tak bagi naik pun salah... susah-susah kasi selam saja dorang yang otak pembangkang ni kt dalam laut dan jangan naik-naik. Selesai masalah lama dan buka buku baru.

Penjelasan Daripada Rakyat Sabah Berhubung Kelonggaran Sistem Pertahanan Negara di Perbatasan. 
Kalau ayat sebegini pengarang cukup bersetuju.

Pencerobohan di #LahadDatu: mari kita dengar penjelasan dari rakyat sabah sendiri...

Kwn2, allow me a moment of indulgence to clear the foul stench of stupidity amongst the malaysians. Kes kat LD is nothing new to us sabahans, in the 90s they abruptly came to the shore at Semporna and immediately bombed the police stations, and went amuck at the town.

They are smart people, some left at the sea naik dr kwsn bakau and lived 4 6 mth b4 start to mingle with locals and married them. The tausugs in LD now didn't came all at once, instead they came in batches, with inside helping frm their family at the village.

Trust me they have been there at least 2 3 mth b4 the group bcomes complete, then they decide its time to wage war. Klu tak paham rules of engagement, jgnlah menunjuk pandai ckp bukan2 kata kerajaan lemau, ada hati nak banding dgn Bersih.

Polis kene masuk dulu sbb dorg trained as negotiators, tentera is the last resort as they will not spare anyone once commanded. They need time to ensure all the locals are out of the village and then cut their food and finance sources, hoping the tausugs will surrender. That is our rules of engagement. We are not barbaric stoic like the american soldiers.

Yg pandai ckp je kt media skrg ni cuba bg arahan btukar kt sbh ke swk, meraung bwk keturunan naik turun ofis merayu xnak dok sana, tp mulut mcm haram mengutuk semua yg tlibat kt LD kata klu dorg kt sana lama dah setel. Kene suntik kt spital pun pejam mata mengucap2, tgk darah pun pitam lagi nak g perang.

Those who went in and died today knew they might not come back alive, as that was their vow when inducted to the force. So please, belajar dr sejarah, nak blajar sejarah kene bnyk membaca, sbb tu org kita ramai jd mcm ni, mulut ngan otak tak sama frekuensi, bhs biadapnya bangang abadi. Fedup with their stupidity. Thank u for ur moment.
- sumber

Lahad Datu : Ostazah Abbiey Salahkan Kerajaan ! #Pray4VAT69

Si buje Abby Abady cuba menarik perhatian umum dengan mempolitikkan insiden yang belaku di Lahad Datu hari ini... Si buje meletakkan segala kesalahan dibahu kerajaan walhal segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan bertepatan dan bersebab untuk mengelakkan pertumpahan darah...


Malah si buje bersama Kit Siang dan Tian Chua cuba merendah-rendahkan semangat pasukan keselamatan serta anggota polis, selain berusaha memutarbelitkan kenyataan sebenar yang berlaku di Lahad Datu.

Si buje seolah-olah menutup mata dengan usaha dan pelbagai cara, kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina.

Namun semua pendekatan telah diambil untuk mengelakan pertumpahan darah, namun pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan. Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara.


Seharusnya si buje dan puak-puak pembangkang yang bangsat ini memberi sokongan kepada anggota-anggota yang terlibat dan bersimpati dengan mereka yang terkorban dalam insiden ini bukannya kutuk dan menyalahkan mereka..


Penyebaran berita secara tulus dan tiada rahsia seperti yang didakwa oleh si janda.... kepada si janda... kalau tak tahu apa-apa tolonglah tutup mulut, tak perlulah jadi heroin Lahad Datu... Ini bukan lakonan...

Penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.

Perdana Menteri telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.  Sumber

Lahad Datu : Kenapa Polis Dan Bukan Tentera ? #Pray4VAT69



1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu. Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)


Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sebagai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi.- Sumber

Terkini Lahad Datu : Presiden Filipina Gesa Penceroboh Serah Diri #Pray4VAT69





Unit Komando berkawal sementara menunggu arahan dalam usaha 
menumpaskan penceroboh di Kampung Tanduo. - Foto Bernama


MANILA - Presiden Filipina, Banigno Aquino III hari ini menggesa pengikut Sultan Sulu yang masih berkubu di Lahad Datu, Sabah agar menyerah diri tanpa sebarang syarat bagi mengelakkan kehilangan lebih banyak nyawa.

Beliau membuat rayuan itu menerusi satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Kabinet dan pegawai-pegawai keselamatan Filipina di Malacanang - kali kedua selepas insiden menembak di Lahad Datu, pagi semalam.

"Jika anda ada rungutan, jalan yang anda pilih adalah salah. Langkah adil dan yang perlu dilakukan ialah menyerah diri," kata Aquino. - SInar

Saturday, 2 March 2013

TERKINI LAHAD DATU : Lagi Anggota Polis Cedera Di Tembak Di Pulau Simunul #Pray4VAT69



LAHAD DATU - Dua anggota polis cedera ditembak oleh beberapa individu di Pulau Simunul, Sabah kira-kira 7 petang tadi.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau berkenaan untuk mencari beberapa individu ekoran laporan yang kumpulan berkenaan memiliki senjata api.

“Anggota polis memasuki kampung itu dan sedang berjalan di atas papan titi gantung apabila mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera.

“Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu,” kata Hamza.

Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan.

Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan.- sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive