Saturday 7 June 2014

CEO MASKargo Letak Jawatan???

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Sdn. Bhd. (MASKargo), Mohd. Yunus Idris meletak jawatan hari ini. MASKargo dalam satu kenyataan media memberitahu, peletakan jawatan itu berkuatkuasa pada 10 Jun ini.

“Mohd. Yunus telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MASKargo. Hari terakhir beliau dalam syarikat adalah pada 10 Jun ini,” kata kenyataan itu hari ini.

MASKargo dalam kenyataan itu bagaimanapun tidak memaklumkan punca peletakan jawatan tersebut. Namun, desas-desus tersebar Mohd. Yunus meletak jawatan berikutan insiden pesawat MAS dilanggar sebuah kereta dan kenderaan bagasi di parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini.

Mynewshub.my pada 4 Jun lalu melaporkan, sebuah lagi pesawat MAS dilanggar kenderaan bagasi ketika diparkir di KLIA selepas satu insiden sebuah pesawat MAS dilanggar kereta Perodua Viva di lokasi sama bulan lalu.

Pelanggaran tersebut menyebabkan kerosakan pada bahagian bawah badan pesawat yang robek dan memberi kesan pada fiuslaj. Kejadian itu menyebabkan penumpang yang sepatutnya menaiki pesawat itu terpaksa dipindahkan ke pesawat lain manakala pemandu kenderaan bagasi terlibat kini digantung kerja sementara.

MASKargo dalam pada itu memaklumkan, Mohd. Yunus telah berkhidmat selama 30 tahun dengan MAS bermula sebagai Pengawal Barangan. Beliau kemudian menyertai MASKargo sebagai Pengurus Projek dan Perancangan pada tahun 1994.

Mohd. Yunus seterusnya dilantik sebagai Pengurus Sokongan Lapangan yang bertanggungjawab dalam operasi kargo dan `ramp’ lapangan terbang. Beliau kemudian diberi jawatan Pengurus Besar Operasi pada tahun 2001 dan Pengurus Besar Jualan pada 20007 sebelum menjadi Ketua Pegawai Operasi pada 2012. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive