Thursday 29 May 2014

Terkini!!! Coklat Cadbury Halal - Majlis Fatwa Kebangsaan

Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwamengandungi Asid Deoksiribonukliek(DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

“Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.

Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja."Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya. ~awani

3 comments:

  1. Saya membantah pandangan muzakarah tersebut....Haram tetap haram...walau apaun kedaanya.Kesukaran mengawal tidak mengubah hukum ...Haram tetap haram..Najis tetap najil walau bagaimana kedaanya .
    Yang memakan benda haram ...tetap haram...tapi tak perlulah sampai kena menyamak dan mencuci darah.Islam itu indah dan tidak menyusahkan.....Bertaubat dam mohon keampunan kepada allah.....dan ingat lain kali jangan main makan aja asalkan ada tulisan Halal dari jakim atau sebagainya .Kita kena elakan makanan yang subahah atau hati merasa curiga.....Makanlah dikedai orang islam...dan disediakan oleh orang orang Islam saja..Sekarang ini kita main makan saja tak kira dikedai cina atau india asalkan ada tanda halal kita bedal.Syarikat atau pengeluar makanan berlumba mendapatkan sijil Halal jakim ...walaupun sesetengahnya amat mencurigakan .Sijil halal sudah diperdagangkan demi mendapat keuntungan ..Kita orang orang islam sendiri yang membuka ruang kepada orang orang atau pengilang bukan Islam menipu kita.....
    Orang bukan Islam tidak akan jujur kepada orang orang Islam....sampai mati pun merika akan kenakan kita .

    ReplyDelete
  2. Umum al balwa,
    makan coklat cadbury tu satu keperluan ke ? hingga nak guna hukum berkenaan.
    Yg dah lps tu apa nak buat ?

    ReplyDelete
  3. nak makan kedai org islam, hmmm...tukang masaknya pun ramai indon. Sesekali buatlah serbuan cara indon memasak, kuat pakai ajinomoto, pastikan ajinomoto bukan dibeli yg murah punya keluaran Indon atau Thailand...pastikan minyak masak diguna bukan yg peket punya/recycle...sejak indoin berleluasa, byk yg tak betul dgn org kita...

    ada sesiapa nak pantau cara pekerja kedai makan indon ni berpakaian? teletubbies pun tak sesendat itu...indon pun byk tak jujur dgn kita, pokoknya siapa yg lebih pinterrrrr...itu prinsip kebanyakan dari mereka!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive