Monday, 5 May 2014

Wajib Baca!!! Betulkah Sistem PDRM Senaraikan Mayat Sebagai Buruan???

PETALING JAYA: Tahukah anda berkenaan filem cereka Hollywood berjudul R.I.P.D (Rest in Peace Department)? Ia berkisar sebuah agensi di mana anggota polis yang telah mati memburu hantu penjenayah.

Tidak lama lagi, Polis di-Raja Malaysia (PDRM) juga mungkin menyaingi agensi itu kerana orang mati masih disenaraikan sebagai “buruan” di dalam sistem KomPol yang dikatakan teramat canggih. Bezanya, polis hidup memburu hantu penjenayah.

Kepada yang terpinga-pinga, KomPol ialah pengkalan data dalaman yang merangkumi butiran tentang penjenayah dan mereka yang berada di dalam senarai buruan. Yang anehnya, pihak yang bertanggungjawab terhadap sistem itu langsung tidak melakukan kemaskini.

Pengerusi badan bertindak memantau aktiviti jenayah (MyWatch) R. Sri Sanjeevan menarik perhatian tentang kelemahan sistem ini.

“Aduan yang kami terima ialah berkenaan orang disyaki yang telah ditangkap dan dibicarakan tetapi nama mereka masih di dalam senarai orang buruan.

“Ini menyebabkan kesusahan mereka, kerana disoal ketika pemeriksaan polis di jalanraya. Rakan-rakan yang menemani juga ditahan beberapa jam. Kadang-kala ‘orang buruan’ itu dihumban ke dalam lokap selama sehari sehingga polis mengesahkan senarai itu dengan Pegawai Penyiasat atau balai polis berkaitan,” katanya.

Kelemahan pihak polis yang sering mengaku telus dan berkesan di dalam tindakan mereka amat mengecewakan. Tiada alasan bagi perkara sebegini berlaku kerana ia melibatkan reputasi individu serta hidupnya.

Bayangkan sekiranya dia terpaksa meringkuk di dalam penjara selama beberapa bulan dan selepas dibebaskan, mahu memulakan hidup baharu. Dia ditahan polis kerana kesalahan yang pernah dilakukannya, hanya kerana sistem ini tidak dikemaskini.

Didapati bersalah sekali, diburu polis sampai mati. Bukan sekadar menghukum pesalahlaku yang telah menjalani hukuman, sistem tersebut juga didapati MyWatch sebagai menyenaraikan sekurang-kurangnya seorang individu yang telah meninggal dunia sebagai orang buruan.

“Individu ini melakukan kesalahan pada 2007 dan meninggal pada 2013. Sistem KomPol masih menyenarainya sebagai buruan sementara Jabatan Pendaftaran Negara jelas menyatakan statusnya sebagai telah mati.

“Ini amat mengejutkan. Bagaimana PDRM gagal menyedari perkara yang sebegini besar di dalam senarai mereka?” soal Sanjeevan. Ia turut menimbulkan persoalan tentang kerjasama di antara agensi kerajaan -- dalam hal ini JPN dan PDRM.

Adakah kerjasama di antara mereka? Bagaimana PDRM boleh terlepas pandang perkara ini? Berapa kerapkah sistem KomPol ini dikemaskini, dan bagaimana ia dilakukan?

Adakah dengan hanya menekan butang ‘refresh’ atau pihak yang terbabit benar-benar menyemak senarai yang ada? Tidakkah kita belajar daripada pengalaman dua warga asing yang menggunakan dokumen yang dicuri bagi menaiki pesawat MH370 yang hilang itu?

Insiden itu mampu dielakkan jika pegawai imigresen kita menyemak butiran yang terkandung di dalam paspot penumpang dengan pengkalan data Interpol -- yang menyenaraikan berjuta paspot yang hilang di serata dunia.

Pendedahan ini membuka pelbagai kemungkinan tentang amalan salahlaku dan rasuah di kalangan pihak berkuasa -- dan pekerja yang hanya makan gaji buta.

Di dunia ideal (atau di Jepun), insiden ini dituruti dengan pengunduran pegawai tertinggi sehingga ke peringkat menteri kerana mereka memikul tanggungjawab bagi kesalahan yang dilakukan.

Namun di Malaysia, urusan berjalan seperti biasa. Jari telunjuk sudah tentu ditunding ke pihak lain. Bagi insiden ini, wajar sekali PDRM membetulkan keadaan. Kadar jenayah di Malaysia semakin meningkat dan anggota polis kita tidak melakukan tugas yang berkesan membasminya.

Kita tidak mahu anggota PDRM menangkap orang yang sama berulang kali kerana kesalahan yang dilakukan di masa lampau. Kita juga tidak mahu mereka terus melakukan pemburuan ke atas individu yang telah mati. - V Shuman

PT
Seorang sahabat membetitahu beliau  mula hilang kepercayaan kepada PDRM semenjak beberapa insiden yang berlaku dengan seorang anggota polis yang bertugas di negeri Kelantan. Rupa2nya PDRM ni memihak kepada anggota mereka walaupun berpuluh repot telah dibuat!!! Jangan jadikan kes yang terpencil ini sebagai sebab untuk rakyat bawahan membenci PDRM???

1 comment:

  1. Ya ke??? hahaha, kalu camni la PDRM patut kena kurangkan lagi bilangan anggota mereka..ini tidak, setiap tahun kita dengar PDRM banyak mengambil anggota baru, tetapi mengapakah rekod jenayah tidak dapat di kemaskini? Kalau macam ni lah memang betul orang kata banyak anggota PDRM makan gaji buta dan yang di bawah bawah banyak mengutip rasuah untuk menampung kos sara hidup yang makin meningkat...PDRM jangan syok sendiri saja.. takut terjadi lagi peristiwa Lahad Datu ke II. Tolong tenguk balik filem rakaman TV3 mengenai anggota yang menbuat sekatan jalan raya ketika peristiwa lahat datu....sikit punya besar ke perutnya macam ibu badak saja.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive