Wednesday, 25 June 2014

Presiden MCA Menteri Penuh Kabinet Persekutuan!!!

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya, Datuk Wee Ka Siong masing-masing dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan sebagai menteri penuh. Turut dilantik sebagai menteri ialah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang akan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan pelantikan baharu ini berkata, Liow akan memegang jawatan Menteri Pengangkutan menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memangku jawatan itu selama lebih setahun.

Sementara Wee akan memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pelantikan itu diumumkan Najib dalam sidang media khas di Putrajaya pada pukul 1.18 tengah hari Rabu.

Selain itu tiga Naib Presiden MCA turut diberi portfolio sebagai timbalan menteri iaitu Datuk Lee Chee Leong (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Chua Tee Yong (Kementerian Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Barisan anggota Kabinet baharu ini akan mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat ini. Pengumuman pertambahan jawatan menteri dan timbalan menteri itu dibuat berikutan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA Februari lalu yang meluluskan resolusi menerima semula jawatan dalam Kabinet selepas mendapat sokongan majoriti perwakilan.

Dalam perhimpunan agung 2011, MCA meluluskan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika gagal dalam PRU-13. Pelantikan Liow ke portfolionya itu dilihat sebagai menyambung tradisi apabila jawatan Menteri Pengangkutan diperuntukkan kepada MCA.  - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive