Betulke pengguna yang bil dibawah RM70 tak terkesan dengan kenaikkan tarif elektrik???
Dalam usaha mereka untuk meredakan kemarahan majoriti rakyat berikutan pengumuman kenaikkan tarif elektrik oleh Menteri Tenaga, Teknoligi Hijau dan Air baru-baru ini beberapa orang pemimpin UMNO bertaraf Menteri cuba untuk memperbodohkan rakyat.
Berbekalkan ayat yang hampir sama mereka mempertahankan tindakan Kerajaan Barisan Nasional yang bercanggah dengan akujanji mereka sebelum PRU13 iaitu mengurangkan kos sara hidup.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek, menyifatkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun hadapan sebagai rasional dan tidak banyak memberi kesan kepada orang ramai.
“…ramai dari kita sebenarnya yang tidak terkesan pun! Jadi , bertenanglah,” katanya yang dipetik menerusi laman mikro Twitternya.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula berkata kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa Januari ini, tidak akan menjejaskan pengguna biasa terutama yang mempunyai bil RM70 dan ke bawah sebulan.
Beliau berkata kenaikan itu hanya memberi implikasi ke atas pengguna yang bil elektrik bulanannya RM150 dan ke atas sahaja. Kesemua mereka hanya mengulas tentang kenaikkan tarif yang bakal dihadapi oleh pengguna domestik tetapi kenapa mereka tidak mengulas apa implikasi kenaikkan tarif itu terhadap industri pengeluaran?
Walaupun segelintir persatuan perniagaan seperti Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia menyatakan kesanggupan mereka untuk menanggung peningkatan kos akibat kenaikan tarif elektrik ini kerana tidak mahu membebankan pengguna.
Tetapi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) memberi amaran tidak dapat tidak, ahli mereka akhirnya terpaksa memindahkan kenaikan kos ini kepada pengguna. Kesannya akan tetap dirasai oleh pengguna walaupun menurut kata Menteri-menteri di atas pengguna tidak akan terkesan.
Perlu kita ketahui, suatu masa dulu Malaysia menjadi pilihan para pelabur kerana negara kita mampu membekalkan tenaga buruh yang murah, air dan elektrik yang murah selain berbagai faedah untuk pelabur.
Kini untuk membekalkan tenaga buruh yang murah negara terpaksa membawa masuk para pendatang dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Vietnam dan juga Indonesia. Tetapi bila tarif elektrik dinaikkan hingga 15% kebanyakkan para pengeluar terpaksa menaikkan harga keluaran mereka sekurang-kurangnya 15% juga bagi membolehkan mereka terus beroperasi tanpa kerugian.
Masaalahnya ialah bilamana produk keluaran mereka terpaksa ditingkatkan harganya 15% atau lebih para pengeluar itu akan kehilangan daya saing diperingkat antarabangsa.. Dan apabila ini berlaku.. apa pilihan yang para pelabur itu ada?..
Hendak kekal setia dalam negara ini, negara ini bukanlah milik mereka.. Jadi inilah pilihan mereka... Sebahagian pelabur Jepun di Malaysia dijangka pindah ke negara lain Agensi perdagangan Jepun, JETRO Kuala Lumpur menjangkakan sebahagian pelabur Jepun akan berpindah dari Malaysia ke negara lain ekoran pelaksanaan gaji minimum dan kenaikan kos operasi pada tahun depan.
Pengarah Urusan JETRO Kuala Lumpur, Joji Ikeshita juga melihat kenaikan tarif elektrik akan memberi impak kepada pelabur dari negara tersebut. Beliau berkata, dua keadaan itu sudah semestinya akan menambahkan kos yang perlu ditanggung syarikat Jepun sekali gus mendorong mereka memikirkan destinasi pelaburan alternatif.
"Walaupun belum berlaku, tetapi saya boleh katakan bahawa keadaan semasa pasti akan menakutkan segelintir pelabur, terutamanya kerana kenaikan tarif elektrik adalah agak tinggi.
"Jika kos gagal dikurangkan, pasti akan ada pengilang yang berpindah keluar dari Malaysia.
"Anda (media) mungkin akan terkejut apabila mendengar nama syarikat yang akan berpindah dari Malaysia, keadaan ini bagaimanapun tidak dapat dielakkan," katanya kepada Sin Chew Daily.
Menurutnya, banyak pengilang sedang berfikir cara untuk mengurangkan kos operasi dan jalan penyelesaian terakhir ialah berpindah.
"Pengilang bagaimanapun akan mempertimbangkan suasana baik yang ditawarkan oleh Malaysia.
"Jika berpindah ke negara Asia Tenggara lain, negara berkenaan mungkin gagal menyediakan suasana dan kemudahan yang setanding Malaysia," katanya.
Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberi tempoh lebih panjang kepada pengilang untuk menyesuaikan diri sebelum melaksanakan kenaikan tarif elektrik.
Tambahnya, terdapat 700 pengilang Jepun melabur di negara ini ~
MalaysiaGazette Tidak terkesankan pengguna yang bil elektriknya di bawah RM70 jika para pelabur berpindah keluar dari Malaysia sedangkan ramai mereka yang bekerja dengan industri-industri yang dibangunkan oleh para pelabur itu?
Sumber