Wednesday 4 September 2013

Bapak Sang Saka Ditahan Polis???

SHAH ALAM - Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said telah ditahan polis sebentar tadi bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan Ambang Merdeka, Jumaat lalu.


"Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi.

"Saya dibawa tiga anggota polis," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta Samad supaya menyerah diri.

Menurutnya, sasterawan itu merupakan antara tiga individu yang dilaporkan dilihat dalam insiden berkenaan.

Dua individu lain iaitu aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan aktivis politik, Hishamuddin Rais telah ditahan polis malam kelmarin di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan pada jam 3.00 pagi semalam selepas diambil keterangan.

Pada sambutan malam kemerdekaan Jumaat lalu, sekumpulan aktivitis pro pembangkang dilihat bertindak mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.


PT
Pak Samad ni bukan orang Malaysia ,dia adalah rakyat Singapore yang mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia jadi lucutkan saja taraf warganegara beliau dan hantar balik ke Singapore ,orang tua  ni dah terlalu banyak buat onar jadi Malaysia tidak memerlukan makhluk seperti beliau di sini.

3 comments:

  1. Kalau nak kibar bendera lain pergilah ke hutan dan baliklah ke zaman pra kemerdekaan.

    ReplyDelete
  2. terkini.. makhluk sang saka ni telah pun dibebaskan selepas 3 jam disoal siasat oleh polis

    ReplyDelete
  3. Bekas rakyat Singapore dia ni?? Senang kerja kita.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive