Saturday 14 September 2013

Perkasa Ekonomi Bumiputera!!! Jangan Sesekali Curiga

September 14, 2013 SHAH ALAM:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya jangan menaruh sebarang syak wasangka terhadap langkah kerajaan mahu meneruskan usaha memperkasakan ekonomi Bumiputera.

Tegas beliau, apa yang dilakukan oleh kerajaan itu bukan satu jalan pintas untuk memajukan orang Melayu dan Bumiputera, bukan juga mengambil hak kaum-kaum lain dan bukan menafikan kepentingan mana-mana pihak.

"Bagi pihak kerajaan, secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham tentang pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini.

"Sesungguhnya, inisiatif dan haluan besar ini kita lakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain mahupun menafikan kepentingan sesiapa," katanya.

Najib menegaskan demikian dalam ucapannya pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hari ini. Dalam ucapannya itu, beliau mengumumkan lima fokus untuk mengukuhkan ekonomi Bumiputera yang merangkumi antaranya usaha-usaha membangunkan modal insan melalui latihan kemahiran dan pendidikan sehinggalah kepada soal pegangan ekuiti dan hartanah.

Semua inisiatif itu akan dipantau strategi pelaksanaannya oleh Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Majlis itu menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

Selain lima fokus itu, Najib juga mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.

Dana itu dibentuk dengan nisbah satu kepada satu antara Majlis Amanah Rakyatr dan kerajaan yang akan disalurkan secara berperingkat. LAPORAN LANJUT MENYUSUL....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive