Saturday 27 July 2013

#N01KualaBesut!!! SPR Tetap Bersalah - PAS

Pas akur dengan kekalahannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan mengakui jentera BN lebih baik dan berjaya mengemukakan tawaran yang tidak mampu ditolak rakyat.


Yang Dipertua Pas Kawasan, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, ini membantu kemenangan BN berbanding agenda Terengganu 16:16 yang dibawa oleh parti itu untuk mencipta sejarah.

Beliau percaya rakyat di kawasan berkenaan yang dahagakan pembangunan memilih BN setelah pelbagai projek dijanjikan akan dilaksana di kawasan itu jika BN menang.

Beliau bagaimanapun turut mengaitkan kekalahan itu dengan mendakwa kononnya berpunca daripada konspirasi BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat telah membuat perancangan awal sehingga membolehkan BN mempertahankan kerusi itu.

"Kita sudah jangka dari awal apabila SPR umum tarikh mengundi jatuh hari biasa dan itu menyebabkan pengundi tidak dapat pulang, sekali gus kita kurang mendapat undi pada kali ini. Hanya 40 hingga 50 peratus sahaja undi daripada pengundi luar diperoleh.

"Kita akui memang tidak dapat tawarkan apa yang BN beri, jadi kita harap selepas ini wakil rakyat BN dapat laksanakan janji kerajaan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Markas Pilihan Raya Pas di Kampung Baharu dekat sini malam semalam.

Pada sidang akhbar tersebut, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Husam Musa tidak kelihatan termasuk Timbalannya, Satipul Bahri Mamat.

Pada PRK DUN Kuala Besut yang berlangsung semalam, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang selepas mendapat 8,288 undi berbanding calon Pas, Endot@Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive