Wednesday, 3 July 2013

Gempa Di Acheh, Gegaran Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN - Beberapa lokasi di sekitar bandar ini mengalami gegaran kira-kira lapan saat berikutan gempa bumi yang melanda Sumatera Utara kira-kira pukul 3.37 petang semalam.

Gegaran dirasai di sekitar Balik Pulau, Bayan Lepas sehingga ke pusat bandar George Town menyebabkan orang ramai terutama yang berada di bangunan tinggi bergegas turun menyelamatkan diri.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam memberitahu, gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter itu berpusat kira-kira 65 kilometer (km) di barat daya Lhokseumawe, Indonesia.

Menurut kenyataan tersebut, gegaran dapat dirasai sehingga kira-kira 385km dari barat daya Balik Pulau tetapi tidak menyebabkan sebarang ancaman tsunami atau amaran berjaga-jaga.

Sementara itu di Lampahan Aceh, berita AFD, tiga orang terbunuh manakala berpuluh-puluh yang lain cedera apabila gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah Aceh di Indonesia semalam.

Gempa bumi tersebut turut meruntuhkan sejumlah bangunan dan mencetuskan situasi panik di Aceh yang pernah dilanda ombak besar tsunami pada 2004.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa berlaku di kawasan pedalaman pada pukul 7.37 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer di bawah permukaan Bumi di daerah Bener Meriah, tengah Aceh.

"Seorang kanak-kanak maut dihempap dinding yang runtuh," kata seorang doktor di klinik kesihatan di sini, Ema Suryani kepada agensi berita AFP.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive